Saturday, October 28, 2006

Corat Coret Ramadhan/Syawal 1427H (Bhg 2)

Selebriti @ Raya - 19 Oktober 2006

Dua hari sebelum saya pulang ke kampung, sempat juga menjengat ke Studio 1 Astro sekali lagi. Kali ini bersama Cute dan protege saya, Dak Galzean. Sebenarnya ini merupakan rakaman terakhir bagi program raya Astro. Selebriti @ Raya mengikut jangkaan akan di tayangkan pada Hari Raya Ketiga di Astro Ria. Rancangan ini pada dasarnya tidaklah istimewa sangat, cuma ia menemukan rata-ratanya penyanyi angkatan 80an seperti Nash, Awie, Rahim Maarof, Aishah, Ziana Zain dan Ramlah Ram. Entah bagaimana Camelia terselit pula antara yang ramai-ramai tu. Personalaiti Astro juga turut serta seperti Linda & Reza (Era), Julia & Adifashla (X-Fresh), Abby Fana (Sinar) dan Farish the Dak DoyanFarish. Pengacaranya pula Azwan (yang baju melayunya... alahai) & Nana 'ke tu'?. Memandangkan ini merupakan rancangan yang dirakamkan maka... bagi mereka yang berada di studio tentu bersetuju dengan saya bahawa kami sebenarnya penat dan seksa menantikan bagaimana susahnya rakaman lagu Menjelang Hari Raya dendangan Rahim Maarof dibuat. Saya rasa andainya perkara sebegini berlaku pada Mawi, sudah tentu keesokan harinya semua akhbar tempatan menyiarkan berita ini di muka hadapan !!! Kami juga diperlukan untuk memakai pakaian hari raya, malangnya 'shoot' untuk penonton amat kurang sekali.


Seperti yang dijangkakan oleh Cute, akhirnya kami cuma berjaya bergambar dengan Farish Dak Doyan sahaja... ahaks. Farish memang sudah terkenal dengan 'sporting'nya. Dengar cerita akan menaiki pesawat di pagi raya untuk pulang ke negeri di bawah bayu.... kasihan. Apa-apapun jagan lupa bawa pulang biskut lidah, ok. Baju Melayu Johor Farish, cantik juga.... 'wardrobe' sendiri rupanya !!!

Ini dia protege saya, Dak Galzean. Bukan, bukan untuk jadi 'the next celeb hunter'lah.... ini protege untuk program kemasyarakatan/kebajikan dan 'outreach'lah !!! Ni lagi sorang nak jadi orang Johor nii.... mentang-mentanglah Mawi tengah top sekarang....:)))

Souq AlBukhary, Alor Star - 22 Oktober 2006


Souq AlBukhary adalah destinasi membeli belah terbaru di Bandaraya Alor Star. Baru sangat dibuka, tidak sampaipun 1 bulan. Letaknya di Langgar, Alor Star, Kedah. Jika mengguakan Lebuhraya PLUS, kita perlu 'exit' Alor Star (U). Selepas membayar tol, belok sebelah kiri. Kiata akan nampak Masjid AlBukhary yang memang telah menjadi salah satu mercu tanda di bandar ini. Apa yang hebatnya Souq AlBukhary ini... bagi saya ia merupakan destinasi membeli belah yang lengkap, ada pasar basah, ada medan selera, ada lot-lot peniaga kecil, ada butik, ada hypermarket (Giant) dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Tidak cukup dengan itu, seni bina bagunannya yang cantik dan bercirikan Islam.

Selalunya jika pulang ke kampung, saya akan ke Pekan Rabu mencari capal dan kain pelikat untuk abah, kain tudung dan ubatan tradisional untuk emak. Saya juga kekadang membeli baju melayu di sini. Songkok Style Tun juga terkenal. Makanan? Di pekan Rabu tentunya terkenal dengan ikan pekasam, bahulu, karas, dodol dan kuih bakar. Hmmm.... mungkin jika saya pulang ke kampung sekali lagi, maka Pekan Rabu terpaksa bersaing dengan Souq AlBukharylah pula...

Kenduri Menyambut Menantu Cikgu Marzuki - 26 Oktober 2006


Inilah yang telah membawa saya merantau dari daerah Kulim melewati Baling lantas ke Gerik, Perak buat kali pertama. Kenduri Kahwin Zulhuzaimy yang merupakan anak kedua Cikgu Marzuki dari 12 orang adik beradik. Zulhuzaimy mana? Bagi mereka yang telah menonton Remp-It di pawagam tentu tahu akan wajah ini. Malangnya Zul kalah di tangan Hans dalam FFM baru-baru ini bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki meskipun secara peribadi saya memilih Zul. Saya mengenali Zul semenjak beliau di pentas teater lagi. Namun persahabatan yang singkat itu terputus akibat pertukaran no telefon (luculah pula). Kebetulan, baru-baru ini saya bertemu dengan beliau di Jabatan Imigresen Kajan ketika kami sama-sama berurusan di sana. Lantaran itu, maka dipanjangkanlah jemputan walimah ini. Saja saya bawa hadiah besar.... nilainya entah berapa. Zulpun rasanya terkejut juga melihat saya datang.... tapi bila difikirkan balik bukannya jauh sangat kampung saya hendak ke Gerik... lebih kuran 1 1/2 jam sahaja, lagipun saya telah berjanji untuk datang.


Ini... yang muka dari acuan yang sama ini tentulah adik Zulhuzaimy. Farizal (anak kelapan) rasanya nama budak ni (kecik-kecik dah pakai spek). Beliau juga merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini, saya lihat adik beradik lain sibuk menjadi 'mentara', yang dia ni 'dok angkat kamera' (lawak jer). Masih menuntut di UiTM Arau Perlis. Muda lagi, baru Part 1 !!! Katanya bidak Sains Kuantitatif, jika tidak salah saya mendengarlah...


Tentulah tidak sah jika tidak bergambar dengan pengantin kan. Macam-macam sebenarnya saya ingin bertanya dengan Zul, tetapi masa pun tidak mengizikan dan tetamu jemputan juga ramai. nantilah jika ada kesempatan saya akan bertanya juga. Yang pastinya, baju melayu Zul tuu.... boleh tahan juga cantiknya.. ada 'can' nak tiru nii...

Corat Coret Ramadhan/Syawal 1427H (Bhg 1)

Sentuhan Kasih - 13 Oktober 2006
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, syarikat di mana saya bekerja telah meganjurkan satu program yang dinamakan 'Sentuhan Kasih'. Bagi program ini, para kakitangan yang berminat boleh mengambil anak/adik angkat dengan menaja hadiah anak yatim terbabit dari 11 buah rumah anak yatim sekitar WP KL/Selangor. Saya juga turut serta buat kali kedua sebenarnya. Malangnya adik angkat yang saya taja hadiah daripada 'wish list'nya (Husni) tidak hadir. Lantaran itu, Ayad dari Rumah Ilham Pinggir TTDI telah menggantikan tempat beliau. Adik Ayad yang 'sporting' akan mengambil SPM tahun ini, Nampak gayanya lepas SPM nanti saya perlu keluar dengan Ayad untuk membelikan hadiah dari 'wish list' beliaulah pulak. Program pada hari tersebut termasuk lawatan ke PETROSAINS, aktiviti bersama Galeri PETRONAS (di mana Ayad telah membuat t-shirt untuk dirinya) dan diakhiri dengan majlis iftar di KLCC Convention Centre.



Bilik beraneka cermin dalam PETROSAINS, jika bergambar - tentu boleh lihat muka kita dari pelbagai sisi.

Hari Raya Aidil Fitri - 24 & 25 Oktober 2006


Inilah baju raya saya yang ala-ala selebriti... perasanlah pulak. Saya membelinya di Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum pulang bercuti ke kampung. Baju Melayu Merah kedua yang saya miliki. Baju Melayu Johor yang ketiga bagi saya.

Bergambar bersama Pengasuh saya semasa saya kecil dahulu. Saya memanggil beliau Kak Yah. Kak Yah sebenarnya datang melawat ibu saya pada hari raya kedua. Melawat sayalah juga tuu.... Cuma setahun sekali dapat bertemu dengan Kak Yah.


Angah tengah menghias rumah baru beliau di Desa Aman... saya ambil peluang untuk berposinglah... Ni yang 'jeles' ni sebab selepas ni rumah saya dah tidak 'glamer' lagi.

Gunung Inas, Baling - 26 Oktober 2006

Bersama seorang sahabat yang tinggal di Baling, saya dalam perjalanan untuk ke sebuah kenduri Kahwin di Gerik, Perak. Dek cantiknya pemandangan, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan bergambar.


Cantikkan pemandangan di sini...


Pengkalan Hulu, Perak - 26 Oktober 2006

Masih dalam perjalanan ke rumah kenduri di Gerik... ahaks, kenduri siapa? Nanti bacalah dalam bahagian kedua... OK? Ke tak OK?


Bergambar di hadapan Rumah Warisan Penghulu Wan Teh, Pengkalan Hulu. Yang kini menjadi Kediaman Ahli Parlimen Gerik.

Sempat lagi cuci mata di Sempadan Malaysia - Thailand. Pengkalan Hulu juga ada Kompleks Bebas Cukai meskipun tidak besar. Jika keadaan mengizinkan, sudah tentu kami langsung ke Betong, Thailand. Apa yang saya beli? Cuma mangga siam & ciku siam sahaja.

Perjumpaan Raya bersama "Course Mate' lama - 27 Oktober 2006.


Cuma 6 orang yang hadir termasuk Tuan Rumah, CD Oba... ahaks. Dari kiri Mat Den, Amiaq, Li Sudin, Tat, CD Oba dan saya. Masih ada yang tinggal/kampung di kawasan utara tetapi tidak hadir seperti Mat Sham, Ed, Mat Jid, Zet & Brahim. Hmm.... semuanya dah beranak pinak, kecuali saya...

Friday, October 13, 2006

Seroja - The Ramadhan Musical di Palace of Golden Horses

Seroja dimulakan dengan persembahan lagu seperti Zikir, dalam bahasa Arab yang saya pun tidak sempat melhat tajuknya. Penyanyinya ialah Alwi Al Hadad yang saya kira mungkin tidak dikenali di persada 'main stream' industri hiburan. Suaranya, memang lunak sekali. Meskipun lagu itu agak panjang... terasa sekejap sahaja.

Begitulah khusyuknya Papa Rock mendendangkan lagu-lagu beliau. Abang Ramli menyanyikan lagu seperti Iqra' dan Kau Yang Satu. (Lagu ketiga, tidak ingat pula saya). Suara Abang Ramli memang 'kellaaasss !!!'. Sebenarnya saya menantikan beliau menyanyikan lagu Bahasa Terindah (dari album Kalam Kesturi) yang saya baru sahaja terdengar/minati. (lagu tema Ziarah (Astro Ria sepanjang bulan Ramadan, 6.30 ptg). Bayangkan lagu yang begitu merdu dan bermakna ini yang dilahirkan dalam tahun 2002 tetapi cuma empat tahun kemudian baru saya bisa menikmatinya?


Adik Ikhwal (suara dan 'tone' suara beliau memang merdu). Kali keempat saya melihat persembahan beliau... dan setiap kali pasti ada peningkatan. Saya masih menunggu album Ikhwal masuk pasaran. Ikhwal di bantu oleh Alwi.

Mawi muncul tiga kali. Sememangnya antara sebab utama saya 'memejam mata dan 'swipe' kad kredit' ialah unuk menonton Mawi. Mawi menyampaikan lagu Al Jannah, Sesngguhnya & Seroja. Memandangkan semua lagu memerlukan penghayatan, cuma sesekali sahaja kita dapat melihat Mawi bermain 'mata' dengan penonton.

Ini yang buktikan saya memang betul-betul hadir... ahaks (di belakang - di pentas bukankah Mawi). Saya terpaksa ke hadapan sebentar kerana ingin mengambil gambar. Meja saya, walaupun hampir di tengah dewan, tetapi masih dibelakang... hampir dengan sisitem PA pada malam tersebut sebenarnya.

Semua artis yang membuat pesembahan diminta untuk menandatangani di papan tanda Seroja. kelihatan Mawi yang menggunakan 'marker' dakwat merah dengan tangan kirinya sedang menandatangan.

Sebelum itu inilaha barisan semua artis yang membuat persembahan di antaranya Alwi, Adik Ikhwal, Salleh Brothers, Salima AF4, Abang Ramli Sarip & Mawi.

Adik Ikhwal & Abang Jase... Dari jauh Ikhwal menegur saya, perasan jugak Ikhwal akan kelibat saya di dalam dewan yang agak suram itu... :)))

Jase & Salima AF4. Masih kelihatan parut dihidung Salima akibat kemalangan, insyaAlilah akan baik nanti...

Jase, Salleh Brothers & isteri. Kali pertama sebenarnya saya bergambar dengan kedua-dua mereka meskipun telah lama kenal. Salleh meyampaikan lagu Pergi Tak Kembali, boleh tahan serasinya. Saya masih ingat kemerduan suara Salleh mendendangkan lagu Selamat Berjuang dalam Album kedua Brothers !!!

Kali kedua berjumpa Alwi, beliau masih mengingati saya sebagai Kawan Shah Brothers... Kali pertama berjumpa Alwi di Tower Records KLCC, gaya beliau begitu santai & nusantara. Kali ini berlainan sekali. Apatah lagi dengan serban hijau dan pakaian ala-ala pemuda Pakistan. ditambah pula, di atas pentas beliau berkaki ayam !!! Bagi yang meminati alunan nasyid klasik, bolehlah mendapatakan album Alwi yang bertajuk Miskul Ruh - Kasturi Jiwa yang diterbitkan oleh Telaga Biru tahun lalu. Murah sahaja, harga pasaran tanpa diskaun ialah RM 19.90. Antara alunan menarik dalam album tersebut ialah Khairul Bariyah & Badruttamaam.


Memang tak sah jika tidak bergambar dengan Mawi tat kala berjumpa!!! Memandangkan kapasiti dewan persembahan yang tidaklah sebesar mana, jadi kali ini tidak perlulah sangat untuk saya berebut-rebut bergambar dengan Mawi. Lagipun, rasanya mereka yang membayar 'dengan agak mahal - RM 100 ++' untuk memonton Seroja ini lebih berhemah.... ahaks. Dalam ramai- ramai itu, terselit juga Keluarga Datuk Dr Fadzillah Kamsah yang juga meminati Mawi.Saya membuka songkok untuk melihatkan yang kami sama-sama botak !!!

Nota Jase :

* Saya telah berbuka puasa dan menyaksikan Seroja di POGH pada 9 Oktober 2006 bersama dengan sahabat saya Mus. Nasib baik Mus juga sudi mengeluarkan RM 100 +++ untuk Mawi.

* Sempat juga saya berjumpa Kak Bada (saya pernah meminta tolong beliau menguruskan pengeluaran semula pasport antarabangsa yang baru saya 3 tahun lalu akibat dirompak di Kedutaan Oman sebelumnya, sedangkan saya perlu ke 4 negara Asia Barat kurang dari seminggu ketika itu !!!) Seperti biasa.... ayat pertama yang keluar dari mulut beliau, awak minat mawi kan? Selalu nampak kat TV !!!

* Papa Rock, Abang Ramli telah sempat memberikan saya kata hikmat, kata beliau "Jangan Boros tapi Jangan Lokek".

* Saya tertinggal kamera digital saya di pejabat, Mus pula tidak memiliki kamera digital. Hampir semua rakan yang saya hubungi tidak dapat memberi pinjam. nasib Baik Cute menyelamatkan keadaan dengan meminjamkan saya kamera digital beliau. Tetapi saya harus berjimat kerana beliau tak sempat habis mengecaj !!!

Sunday, October 8, 2006

Sekilas Pandang ... Raptai Zoom In Bersama Mawi

Semua orang tahu siaran langsung Zoom In Bersama Mawi ditayangkan di TV2 pada 7 Oktober 2006. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa raptai telah diadakan pada 6 Oktober 2006 di Auditorium Perdana, Angkasapuri dari jam 9.00 malam. Alhamdulillah maklumat tersebut sampai ke pengetahuan saya daripada seorang blogger glamer. Lantas itu, selepas berbuka kamipun 'zaassttt' ke Angkasapuri !!!

Hampir 90% penyokong Mawi jika ditanya, mengenai lagu Mawi yang paling diminati tentulah jawabannya 'Aduh Saliha'. Berlainan pula bagi saya, saya lebih meminati lagu 'Cinta Hakiki'. Lagu tersebut jugalah yang paling awal saya hafal dalam ambum Mawi. Gambar di atas berjaya saya ambil semasa Mawi membuat latihan lagu 'Cinta Hakiki'. Lagu ini semasa turutan 'reheasal' menjadi lagu kedua, tetapi bila 'live', ia menjadi lagu pertama pula yang didendangkan... (mungkin memandangkan ia lebih sesuai dengan bulan Ramadhan rasanya...)


'Cinta Di Hujung Rindu' - duet Mawi & Ayin.

Mawi tengah menunggu 'Q' untuk menamatkan raptai.... ahaks. Jika dibandingkan skrip yang Mawi lafazkan semasa raptai dan 'live' memang jauh bezanya. Apa-apapun skrip masa 'live' lagi BEST dan mengancam (apa tuh... 'ye bang') !!!

Jase dan Ayin.... Kenapalah tak nyanyi lagu, "jika dunia... aku yang punya..." malam tuu


Tersenyum simpul Mawi.... kwang kwang kwang. Ada Apa Dengan Gambar ini.... Hmmm.... jika dilihat betul-betul, Mawi telah sudi bertukar cap dengan saya. Betul.... tapi cuma untuk bergambar sajalah (untuk fanatik/lunatik Mawi - tak perlu 'jeles' ok ahaks....) Cukuplah tuu... Mawipun tentu sayangkan cap GTI beliau sebagaimana saya sayangkan cap Primax3 saya kan. Apa-apapun, terima kasih pada Mawi kerana sudi memakai cap Primax3 saya untuk bergambar.

Nota Jase :

Secara keseluruhan, persembahan 'live' Mawi untuk Zoom In Bersama ini memang HEBAT, selaras dengan porpulariti beliau.... Bravo Mawi !!! Nanti kita jumpa lagi di Seroja.

Saturday, October 7, 2006

Penjelajahan Dunia 'BMW Art Cars' mendarat di Galeri PETRONAS

Kumpulan BMW telah menjadikan Galeri PETRONAS sebagai persinggahan pertama 1st World Tour of the unique and rare BMW Art Cars Collection.

Pameran ini mempamerkan kereta-kereta BMW yang pernah berfungsi sebagai kereta lumba satu ketika dahulu yang telah direka cipta oleh pereka cipta terkenal dunia seperti Frank Stella (1976), Roy Lichtenstein (1977), Andy Warhol (1979), and Ken Done (1989).

Saya dan Zal telah berkesempatan untuk menjengok Galeri PETRONAS (terletak Aras 3, Suria KLCC) untuk melihat sendiri hasil kerja unik daripada pereka cipta yang diiktiraf dunia dan tidak ternilai harganya pada 17 September 2006 yang lalu. Memang menarik, terpegun dan banyak yang boleh dipelajari.Sebelum ini, ‘skulptur bergerak’ ini cuma mampu dilihat di galeri seni dan muzium sepertiParis Louvre, the Palazzo Grassi di Venice, Powerhouse Museum di Sydney, the Guggenheim Museums di New York and Bilbao sahaja. Pameran di GALERI PETRONAS ini telah berlangsung dari 15 September sehingga 22 Oktober 2006.

Roy Lichtenstein
The BMW Art Car by Roy Lichtenstein, 1977
BMW 320i Group 5 Racing Version
4-Cylinder in-line engine
Twin overhead camshafts
Displacement : 2000 cm3
Power output : 300 bhp
Top speed : 257 km/h

(Roy adalah pelopor kepada Pergerakan Seni Pop Amerika yang berlandaskan kepada tema dan teknik yang lahir daripada budaya kontemporari massa. Untuk hasil seni ini, beliau menggunakan garis hitam lebar, warna ‘bold flat’ dan juga ‘trademark’ beliau “Benday Dots”).

Frank Stella
The BMW Art Car by Frank Stella, 1976
BMW 3.0 CSL
6-Cylinder in-line engine
Twin overhead camshafts
Displacement : 3210 cm3
Power output : 750 bhp
Top speed : 341 km/h

(Frank adalah seorang yang ‘minimalist’ yang percaya bahawa imej dan objek tidak sepatutnta ‘mengacau’ kereta tersebut. Untuk ini beliau menghasilkan seni yang berdasarkan kertas graf dan garis grid).

Andy Warhol
The BMW Art Car by by Andy Warhol, 1979
BMW M1 Group 4 Racing Version
6-Cylinder in-line engine
Twin overhead camshafts
Displacement : 3500 cm3
Power output : 470 bhp
Top speed : 307 km/h

(Menggunakan ‘high-colour-contrast’ & lukisan ‘silk screen’ hasil daripada produk-produk pengguna di pasaran ketika itu. Apa-apapun yang jelas kelihatan ialah sesuatu hasil yang amat abstrak !!!).

Ken Done
The BMW Art Car by by Ken Done, 1989
M3 Group A Racing Version
4-Cylinder in-line engine
Double overhead camshafts
Displacement : 2332 cm3
Power output : 300 bhp
Top speed : 281 km/h

(Ini adalah kombinasi design, ilustrasi, grafik, konsep dan seni komunikasi perniagaan untuk audiens massa, menggunakan ikon-ikon Australia daripada alam seperti burung kakak tua dan ‘parrot fish’ melahirkan).


Zal dan Jase di Galeri PETRONAS

Selepas ini pameran ini akan berlepas ke Singapura, Filipina, Korea, Australia, New Zealand, India, Taiwan, China, Russia and Turki.


Apa yang menambat hati ialah kita dapat melihat bagaimana hasil kerja seni yang unik yang dilukis keatas badan kereta lumba dan mengenalpasti bagaimana seni, rekacipta dan teknologi digandingkan dengan begitu serasi sekali.


Kepada yang berminat, Galeri PETRONAS dibuka dari 10 pg – 5 petang (Selasa – Sabtu) dan 10 pg – 8 malam (Ahad). Galeri PETRONAS ditutup pada hari Isnin. Masuk adalah percuma, jika bernasib baik ada hadiah istimewa menanti pengunjung. Lawatan berpandu pula telah di aturkan jam 11.30 pg – 12.00 tengah hari dan 3.30 – 4.00 petang.

Wednesday, October 4, 2006

Majlis Berbuka Puasa Mydin Bersama Pelanggan & Pelancaran Mineral Water Mawi World











Nota Jase :
Saya, Mus, Cute & Zam seperti berjanji untuk sama-sama menjadi 'pelanggan' Mydin, berbuka puasa dan memeriahkan lagi pelancaran Air Mineral Mawi World pada 26 September 2006 yang lalu bertempat di Mydin Hyper Market di Mydin Mall, USJ. Kali pertama sebenarnya, saya menjejakkan kaki ke sini. Ramainya manusia memang tak terkira, tetapi Mydin memang pemurah kerana makan memang mencukupi di tambah lagi dengan hidangan buah tamar bermutu tinggi dan tidak lupa air zam zam yang memang juga kegemaran saya.
Di awal majlis, sempat saya berjumpa dengan Rabbani di gerai mereka yang ada menjual krim mengurut. Rabbani juga yang mencelah awal selepas mereka membuat persembahan, rasanya mereka ada persembahan di Hotel Singahsana (seperti setiap tahun). Sebelum berbuka, persembahan di teruskan dengan Hafiz (ex-UNIC, yang juga pernah digossipkan bercinta dnegan Waheeda - bagaimana kisahnya sekarang?) dan Suhaimi (ex-InTeam, yang pernah saya buat liputan akan album pertama beliau dalam 'posting' terdahulu). Hafiz juga telah melagukan Azam Maghrib pada malam tersebut (Ramai yang mengharapkan Mawi sebenarnya; namun Mawi muncul seteleh selesai Solat Maghrib di hotel bersebelahan). Solat Maghrib berjemaah pula diadakan di kemah sementara di hadapan bangunan Mydin Mall.
Selepas Solat Maghrib dan menjamah selera barulah Majlis secara rasmi bermula... Tuan punya Mydin menyampaikan ucapan (Datuk/En Amir jika tidak salah saya, yang juga meminati Mawi). Namun orang ramai yang datang seperti tidak sabar menunggu Mawi muncul !!! Suasana hampir tidak terkawal apabila Mawi muncul menyampaikan ucapan dan menyanyikan beberapa buah lagu (antaranya, Cinta Hakiki, LJLC). Mawi kekurangan suara sebenarnya, mengikut kata beliau, dia memiliki MC yang 'tidak laku', lantaran itu beliau masih terus menyanyi. Persembahan dan kontak Mawi dengan penonton memang superb !!! Rata-rata yang datang memang terhibur.
Pelancaran Air Mineral Mawi World juga tidak kurang hebatnya, Mawi menekan butang di sebelah kanan pentas, maka munculah botol air mineral gergasi di sebalah kiri pentas.
Suasana menjadi 'topsy turvy' apabila Mawi di bawa ke lobi/concourse Mydin Mall untuk menandatangani tanda harga Air Mineral Mawi World dan di bawa melawat sekitar Maydin Mall. Tidak dapat saya nyatakan secara terperinci, cuma mereka yang berada di sini sahaja yang mampu memahami.
Majlis di akhiri dengan Sidang Akhbar dengan Mawi di atas Pentas, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar.
Yang menjadi persoalan saya; jika dilihat pada 'banting' promo Air Mineral Mawi World; label air mineral tersebut adalah berbeza dengan label air mineral yang di pasarkan. Kenapa ya?