Wednesday, September 16, 2009

Voice Training Anyone?


Saya sebenarnya baru pulang daripada perbincangan dengan Roslan Aziz. Ya... Rozlan Aziz yang pernah menjawat jawatan Pengetua AF Musim ke-5. Di mana ketika itu Mila telah berjaya menjadi Juara AF Wanita yang pertama. Ini sebenarnya adalah perbincangan rasmi kerana delegasi yang terdiri daripada Pn FAB, Pn Mas dan saya sebenarnya telah ditugaskan oleh syarikat di mana kami bekerja untuk membuat perbincangan awal berkenaan Voice Training untuk Facilitator. Ini masih di peringkat awal dan Roslan Aziz adalah anatar individu pertama yang kami temui. Msih banyak lagi yang perlu diperincikan. masih banayk yang perlu diperjelaskan. Saya seperti biasa mengambil kesempatan untuk mendapatkan tanda tangan dan bergamabar. Jangan tak percaya... Album RAP di atas yang mengandungi lagu Bersatu Hati (Sheila Majid, Azlina Aziz & Liza Aziz) pernah menjadi kegilaan saya ketika dahulu. Kami sepatutnya bertemu, berbuka puasa dan berbincang di Restoran Rebung milik Chef Ismail & Sheikh Muzaffar tetapi terpaksa ditunda kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan dan di ceritakan di sini. Maka akhirnya kami terpaksa berbincang di kedai mamak Dave's Deli lebih kurang jam 9.00 malam. Namun begitu... setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang pastinya saya juga mendapat pengetahuan baru berkenaan Voice Projection, Dramaticcaly in Voice dsb. Nantilah tiba masanya untuk di perkatakan. Eh... sudah tentu saya ingin menawarkan diri untuk menyertai sesi latiha ini.... Boleh kan?


No comments: