Tuesday, September 15, 2009

Ku MIliki Tahajjud Cinta...


Ini adalah kulit CD terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Bukang calang-calang album tetapi adalah Album Ketuhanan (Kerohanian) PERDANA Dato' Siti. Album yang telah lama-lama ditunggu-tunggu baik oleh peminat, bukan peminat atau baru nak minat. Album yang tertangguh pelancarannya sejak awal Bulan Ramadhan yang lalu. Album ini telah banyak mendapat liputan samada di dada akhbar mahupun penulis blog bebas. Maka saya pun tidak ingin melepaskan peluang untuk 'jump into the banwagon!!!'. Kulit Cd ini sahaja sudah 'inviting' untuk kita membelinya tanpa perlu membelek senarai lagunya. Dato' Siti yang sedang bedoa, berbaju putih berlatarbelakangkan padang, pokok dam langit biru serta awan memang begitu menenangkan. (Lokasi ini menginatkan saya kepada Bukit Ekspo UPM - Betulkah?)


'The Most talked about song' in this album is Ku Percaya Ada Cinta. Ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Habsah Hassan. Lagu dengan pelbagai elemen (maca waltz pun ada) ini sekali dengarpun sudah rasa suka sebenarnya meskipun agak pelik juga sebenarnya. Lagu ini juga telah di jadikan Single Pertama dari album ini dan saya kira ia akan mendominasi carta-carta lagu tempatan selepas raya ini. Antara bait-bait menarik di dalam lagu ini termasuklah -"Pandang-Pandang Alam Ini, Sambil Pandang Difikiri, Mana Bumbung Langit Tinggi, mana Lantai Bumi".



Ya Rasulullah adalah lagu Raihan yang dinyanyikan semula oleh Dato' Siti di dalam versi wanita. Lagu ini juga pernah di dendangkan di dalam Teater Tahajjud Cinta di IB sempena Maulidur Rasul awal tahun ini. (Yang merupakan teater tahunan saya - kali ini saya menonton pada malam yang menampilkan Mawi). Lagu ini dimulakan dengan bait puitis - "Alangkah Indahnya Hidup Ini, Andai dapat Ku Tatap Wajahmu" sudah cukup untuk meruntun jiwa kita.

Ketika Cinta? Saya pernah menulis berkenaan lagu ini. Inilah lagu yang amat saya nantikan agar ianya mendarat di persada muzik tanah air. Alhamdulillah tercapai juga hasrat ini. Lagu yang menjadi OST Filem Perempuan Berkalong Sorban ini akan menjadi ikutan tertama di rangkap "Rindu, rindu, rindu kalbu... Memanggil-manggil nama Mu". Lagu ini adalah ciptaan Opick (dari tanah seberang).


Hairul Anuar Harun mula mencipta jenama beliau sebagai penulis lirik tersohor sejak CINDAI meletup-letup di persada muzik tanah air satu ketika itu. Sejak itu saya mengikuti perkembangan penulis lirik ini. Tujuan utama ialah untuk mempelajari/menerokai lebih banyak lagi khazanah bahasa melayu dan bidalan-bidalah indah. Maka Pintu Rindu tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab ini. Lirik lagu ini bukan sahaja puitis, klasik dan tersirat. Malah amat indah, mendalam dan sarat dengan metafora yang melampaui 'kerajaan tafsir pemikiran' kebanyakan pendengar yang 'malas berfikir'. Lihat saja bait-bait ini - "Sungguhku Buta Dalam Cahaya, Sungguh Ku Lupa Tika Bahagia". Dan Dato' Siti pula telah menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan untuk mengajak kita mendengar dan terus mendengar lagu ini.


Seingat saya Kak Erma kata dia saja saja sahaja menukar ejaan namanya menjadi Eirma. Jadi saya akan tetap memanggil beliau Kak Erma lah. Ya... Erma Fatima dalah pemilik lagu ini. Liriknya pula sekali lagi hasil pena Hairul Anuar Harun. Lagu ini juga daripada Teater Tahajjud Cinta. Saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini sejak mendengar Mawi menyanyikannya di dalam teater tersebut lagi. Dan apabila Dato' Siti meralamkan lagu ini maka ia tealah berada di dalam suatu tahap yang lain. Kita akan berkata Wow apabila menghayati bait-bait ini - "Ku Rebah Di dada Malam, Memecah Dendam Yang Lama, Diam Ku Tanggalkan Baju Dunia, Dakapku Dengan Selimut Syurga...". Melodinya pula begitu mengasyikkan..

Nota Jase : Saya amat berharap agar denai yang dipelopori oleh Dato' Siti ini akan membuka pintu dan jalan untuk artis-artis Malaysia yang lain berlumba-lumba untuk melahirkan Album Ketuhanan pada setiap kali Ramadhan tiba seperti artis-artis di negara seberang yang seakan menjadi tanggung jawab mereka untuk melahirkan album Religi saban tahun. Antaranya termasuklah Ungu, Gigi, Radja mahupun Acha & Irwansyah !!!

No comments: