Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri Iqwal !!!

Semalam saya ada menerima Kad Ucapan Hari Raya Aidil Fitri daripada Iqwal. YES !!! Adik Iqwal yang memenangi 4 Pingat Emas di WCOPA, LA - USA tahun lalu. Iqwal yang baru tampil dengan album baru ini memang sedang sibuk sekali sekarang dengan undangan persembahan. Mengikuit kata Iqwal lagi, keluarga beliau akan pulang berhari raya di Kulim, Kedah. Apa lagi... Kalau ada peminat-peminat Iqwal di utara bolehlah beraya di Kampung beliau. Kalau ingin mendapatkan maklumat terkini Iqwal bolehlah layari ==> IQWAL HAFIZ






Memandangkan Iqwal belum lagi memiliki Lagu Hari Raya baru dan original maka bolehlah kita layan lagu ini dahulu. Takdir Cinta Kita judulnya. Boleh tahan juga lagu ni. Kalau selalu dapat 'air play' di radio memang boleh jadi hits. Kalau tak puas dengar lagu ini.. Kita sebenarnya masih menunggu Video Klip Original untuk beberapa lagu Iqwal. InsyaAllah akan di keluarkan selepas hari raya nanti. Dalam pada itu, apa kata kita dapatkan album penuh Adik Iqwal !!! Sebelum terlambat... Selamat Hari Raya Iqwal Hafiz. Kalau sudi, bolehlah datang rumah abang di kampung raya nanti !!! Hehehe...

No comments: