Sunday, August 31, 2008

Daerah Merdeka




Jika Benar Aku Berdiri
Pastinya Aku Berdiri Dengan Megah
Melihat Jalur Gemilang Berkibar Gagah
Berlantaikan Persada Nan Indah
Sungai Rahmatnya Mengalir Melimpah Ruah
… Nyatanya; Inilah Negeriku

Jika Pernah Aku Duduk
Terpaku Diam Dalam Aman
Menyedut Udara Melewati Keterbatasan
Kerana Ini Pertiwiku
Tempat Aku Dilahirkan
Bermain dan Melukis
Berkarya dan Berideologis
Belajar Aku Menjadi Dewasa

Ini Daerah Merdeka
Seusia Aku Kenal
Aku Sudah Cinta
Ini Tanah Airku
Bumi Nan Bertuah
Tetap Ku Bela

(Reedza – 27 Ogos 2008 - KLCC)


Nota Jase :
Sudah begitu lama sebenarnya saya tidak menulis puisi. Ruang masa di antara sebenarnya tidak mengizinkan untuk saya berkreatif. Pena seakan tumpul. Minda seakan berkarat. Tapi saya gagahi juga untuk menulis untuk merakamkan rasa kebertuahan diri ini menjadi warga Malaysia setelah 51 tahun Merdeka. Dari warisan perjuangan nenek moyang terdahulu, akan saya suburkan tanah ini dengan matlamat yang jitu.

Friday, August 29, 2008

Antara Keputusan dan Pilihan

Ini gambar di 'workstation' saya yang belum habis di kemas - sekadar hiasan


Hari ini merupakan hari terakhir saya (dan kita tentunya) bekerja sebelum masuk bulan puasa. Hari terakhir untuk sarapan, cicipan dan kudapan. 2hb September 2008 nanti, bila mula bekerja semula suasana di pejabat akan jadi lain, bulan puasalah katakan. Ada banyak perkara penting yang akan berlaku hari ini sebenarnya. Di peringkat negara, petang ini ada Pembentangan Bajet 2008 (Kalau zaman DSAI jadi TPM/Menteri Kewangan dahulu, namanya Pembentangan Belanjawan Negara). Jam 4.59 petang ini pula; tarikh akhir untuk menghantar surat penerimaan/penolakan dengan tawaran kerja baru. Sementara itu, kami juga di arahkan untuk bersiap sedia melihat ‘Skrin Intranet’ hari ini, dengar ceritanya ada pengumuman ‘menarik’ hari ini. Akhir sekali, saya perlu ke rumah Alif lewat waktu kerja hari ini kerana ada kenduri dan rakaman TV. Semuanya hari ini !!! Dan esok... tentunya; “Penghujung Borneo, akanku tawan”.

Berbalik pada tawaran kerja. Saya sebenarnya masih dalam keadaan dilema. Keputusan memang telah dibuat, tapi situasi saya masih terumbang-ambing. Bukan apa-apa; cuma bagi mereka yang tahu tahu… kami sebenarnya telah ditawarkan dengan tawaran kerja baru dimana kami terpaksa membuat pilihan dengan berhenti dari tempat kerja sekarang (majikan sekarang) dan menerima tawaran majikan baru. Secara dasarnya, kami akan menjalankan kerja yang sama (ada yang akan dinaikkan pangkat) dengan pertambahan gaji (lebih kurang 20 %) tetapi dengan 'kontrak pekerjaan' yang berbeza. Berhenti kerja sekarang bererti saya perlu berhenti daripada menjadi warga sebuah syarikat multi nasional yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Wow… bukan mudah untuk membayangkannya apatah lagi untuk menulis ‘entry’ ini. Saya memang telah lama membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan terus bekerja dengan syarikat multi nasional ini. Tambahan lagi saya juga telah mendapat tawaran kerja di sebuah anak syarikat milik badan korporat ini dimana saya akan berpindah ke Bangi (yang penuh nostalgia, kiranya). Tentunya saya merasakan keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri saya ketika ini. Surat penolakan telahpun di hantar pada 19hb Ogos 2008 – 10.10 pagi yang lalu. Namun begitu, sehingga petang semalam saya masih lagi di datangi ‘kuasa berpengaruh’ untuk memujuk agar saya merubah fikiran. Persoalannya ialah samada saya yang mengecewakan atau saya yang akan dikecewakan dengan keputusan ini? Apakah pilihan ini baik untuk saya? Namun apa yang pasti, keputusan dan pilihan yang tepat cuma berlaku pada masa keputusan itu dibuat sahaja, selebih dari itu saya harus berpegang pada keputusan dan pilihan itu dan percaya setiap keputusan ada hikmahNya. Lantas mempelajari, menghayati, mengambil iktibar lalu memperbaiki.

Bukankah kerja Tuhan itu tiada siapa yang tahu?

Wednesday, August 27, 2008

Brillante Weblog Award 2008



Tetiba sahaja di 'warung' ada mesej dari Yoyo yang meminta saya memasuki blog beliau. Ingatkan apa, rupa-rupanya ada satu award untuk 'blogger'. Dan saya telah dianugerah Brillante Weblog oleh Yoyo dan perlu pula mematuhi beberapa peraturan. Sebelum itu, Terima Kasih Daud Keladi Yoyo. Di lain tahun calonkan saya lagi ye.




Rules of this award are :

1. Put the logo on your blog


2. Add a link to the person who awarded you


3. Nominate at least 7 other blogs


4. Add links to those blogs on yours


5. Leave a message for your nominees on their blogs




Maka dengan ini saya mengambil peluang yang muncul ini untuk mencalonkan :
















Nota Jase : Dear Bloggers Friends... Don't let this chain break, wokey.

Kehadiranmu

Helaian tulisan tangan yang masih tersimpan

Kekadang Aku Menjadi Bayu
Menyapa Rindu Menitip Sesuatu
Mengejar Destinasi Yang Tiada Hujungnya
Kekadang Aku Menjadi Insaf
Pada Diri Yang Seringkali Alpa
Pada Kemahuan dan Kehendak Diri


Dan Tanpa Aku Sedar
Sejak Kau Hadir Dalam Situasi Ini
Aku Terasa Persis Dewasa
Kerana Kehadiranmu Itu
Mamaksa Aku Mengharungi Gelodak Rasa

Sesungguhnya
Perasaan Ini Kita Yang Punya
Memang Ditakdirkan Untuk Kita
Dan Seharusnya Aku Akur
Kehadiranmu Menyala Talian Inspirasiku
Membakar Semangatku
Lantas Maju Setapak Lagi
Memperlengkapkan Diri
Sama-sama Bersaing
Dalam Arena Yang Sedang Kita Tempuhi


(Reedza - 18 April 1992 - Perpustakaan UPM)


Nota Jase :
Saya sebenarnya baru berpindah lokasi 'workstation'. Meskipun berpindah ke 'workstation' yang lebih besar, saya harus juga menjalankan aktiviti 'spring cleaning'. 'File'kan apa yang patut, buang apa yang patut, simpan apa yang patut, berikan kepada kawan-kawan apa yang patut dan kemas sekemas-kemasnya agar 'work station' saya yang baru akan lebih 'inviting' dan aman. Dalam menguruskan proses-proses tadi maka, saya ada terjumpa beberapa karya lama saya yang belum pernah di terbitkan di mana-mana penerbitan (meskipun sebenarnya kebanyakan karya-karya ini cuma untuk simpanan peribadi). Lantaran itu saya ambil kesempatan untuk siarkan di dalam blog agar karya-karya ini tidak hilang ditelan zaman dek kerana helaian-helaian usang ini nanti ini kabur dan dimakan anai-anai. Ini koleksi peribadi, mungkin ada cerita di sebalik setiap sajak-sajak ini. Mungkin juga saya sendiripun seakan lupa juga tentang apa yang tersirat di antara.

Tuesday, August 26, 2008

Konspirasi-Teater-Politik. Sultan Alauddin?

Semalam dalam suasana basah dan dingin, kami (saya, Lisa & Galzean) meredah hujan demi menuju Akademi API-UM untuk menyaksikan pementasan teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Persembahan dijelmakan melalui lima watak, semuanya lelaki termasuk Tun Senaja (isteri keempat Sultan Alauddin), bergelut dalam tempoh dua jam sebelum mementaskan sebuah produksi teater purbawara tentang Sultan Alauddin Riayat Syah. (Baca : Ini bukan teater purbawara tetapi teater masakini berkisarkan tentang konsiparasi politik peringkat tertinggi yang melampaui batas masa). Kami membeli tiket yang paling mahal (RM50 seorang) bukan hanya sekadar kerana saya adalah pembaca setia karya-karya Faisal Tehrani tetapi demi untuk mendapatkan lokasi terbaik untuk menikmati teater hebat ini. Hebatkah teater ini? Nak tahu hebat tak hebat, kenalah datang dan menontonnya sendiri. Bagi seorang penggemar teater, saya merasakan teater ini bermula agak lembab tetapi berakhir dengan klimaks yang amat mendebarkan. Teater 'budget rendah' tapi bermutu. Selain daripada itu, patah-patah dialognya penuh makna mendalam dan terkini dengan perkembangan politik semasa.


Tiket boleh ditempah dengan membuat pesanan melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email muringwien@mac.com. Juga boleh menghubungi produser : HAMZAH AMIR +60172052409 atau email hamzah_oc@yahoo.com atau SAIFUL DIWAN di +60175331002.


Saksikan Tun Senaja, Sultan Alauddin, Mani Purindan (Juru Busana - Rosma?), Raja Merlang (Coffee Boy?) & Tun Kerutup (Pengarah).


Dr Abu Hassan : Kami bawakan pementasan ini sebab nak bawa satu mesej penting. Kita nak minta orang lihat semula sejarah, gali semula ketokohan baginda. Supaya kita dapat ‘jual’ kebijaksanaan baginda…

Untuk rekod pembaca, Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah Melaka dari tahun 1477 hingga 1488 masehi. Baginda Sultan Alauddin disifatkan sebagai satu-satunya raja Melaka yang bersifat action oriented. Iaitu pemerintah Melaka yang melakukan setiap retoriknya. Baginda amat mengambil berat keadaan negeri sehingga turut turun padang menjaga keamanan negeri Melaka. Baginda juga seorang yang wara’ dan alim. Baginda misalnya menitahkan kanun Melaka ditegakkan secara menyeluruh di seluruh tanah jajahan Melaka sehingga baginda ikut menghukum pembunuh Telanai Trengganu yang didalangi oleh kekandanya sendiri di Pahang. Hasrat baginda untuk menegakkan Islam ini mendapat tentangan kumpulan yang lebih liberal dalam istana dan ini sudah tentu menambahkan musuh baginda. Siapakah yang meracun Sultan Alauddin dan apakah yang berlaku dua jam sebelum baginda syahid? (Sumber : Blog Faisal Tehrani)


Tun Senaja : Banyak perkara tuanku. Yang paling utama, titah tuanku mahu melaksanakan undang-undang Islam yang benar setelah pulang dari haji menakutkan kita semua. Sangat-sangat menakutkan kita. Kerana Islam lebih menakutkan dari Melayu. Kalau tuanku melaksanakan Melayu dalam istana kita semua masih dapat berbahagia, tetapi kalau melaksanakan Islam tiada ruang semua bernafas. Kalau syahid kalimatnya, maka syahidlah baginda sultan. Yang utama dan berkepentingan, tiada Islam mengekang kita dari berbuat apa yang kita suka. (Nada mengejek) Demi Tuhan Kaabah! Ya demi Tuhan penjaga yang makruf dan pencela segala yang mungkar, Tuhan yang mencabut nyawa untuk golongan Tamil kembali bertakhta. Jadi tuanku, izinkan kita melihat tuanku berangkat ke barzakh tanpa rasa bersalah. (Sumber : Dialog Tun Senaja, bukan Tun Sengaja)



Sultan Alauddin: Demi Tuhan Kaabah! Kalian meracuni beta kerana beta mahukan Islam mentadbir Melaka?

Sempat lagi bergambar dengan Sultan Alauddin Riayat Syah Syah sebelum post-morterm malam pertama bermula.


Nota Jase : Faisal Tehrani atau nama sebenarnya Mohd Faisal Musa menyatakan bahawa teater ini bertujuan untuk menyampaikan suara rakyat bawahan yang "tidak lagi percaya dengan semua kepimpinan politik" pada masa ini. Teater ini diadaptasi daripada novel kanak-kanak "Nama Beta Sultan Alauddin" yang dihasilkan beliau dalam tahun 2007. Penerbitan Akademi Sinema Amatur Malaysia ini diarahkan oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya iaitu Dr Abu Hassan Hasbullah. Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dibintangi oleh atlet olahraga acara lompat berpagar kebangsaan , Mohd Robani Hassan (yang kini belajar di UPM) dan Hero Jonny Bikin Filem, Zack Idris. Tiket berharga RM50, RM30 dan RM20 untuk awam dan RM10 untuk pelajar boleh dibeli di auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sebelum persembahan bermula. Persembahan bermula jam 8.30 malam dari 25 - 29 Ogos 2008.

Engkaukah Itu?


Engkaukah Itu
Bermain Ombak Sendirian
Tanpa Berteman
Berkaki Ayam
Keseorangan

Engkaukah Itu
Mengutip Kerangan
Di Persisiran
Tak Hirau Sebarang Halangan
Tak Hirau Manusia Lalu Lalang

Engkaukah Itu
Dari Tadi Aku Perhatikan
Lantaran Mengingatkan Aku
Pada Helaian Kisah-Kisah Semalam

Engkaukah Itu
Engkaukah Itu

(Reedza - 10 Jun 1992- Sungai Karangan)

Monday, August 25, 2008

Selamat Ulang Tahun Ke 27 Untuk Wiwi !!!

Aksi "Fan Friendly" Mawi
selepas Konsert PBank @ KLCC Convec
(dated : 10 May 2008)

Antara gambar terbaru saya dengan Mawi,
yang ini selepas Konsert PBank di KLCCC Convec
(dated : 10 May 2008)

Hello... Ko ingat ko sapa berani panggil Mawi, "Wiwi".... Sorry yer Mawi, sekali ini saja (cam lagu Glenn (Januari) lah pulak). Apa-Apa pun saya ingin mengambil kesempatan yang datang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke 27 kepada Mawi - Artis No 1 Malaysia, Asia & Sedunia (Kipas... nampak). Semoga kehidupan Mawi bertambah berkat, rezeki pulak bertambah murah dan kesihatan bertambah baik. Saya juga doakan semoga karier mawi bertambah hebat dan hebat lagi, InsyaAllah.


My very first pix with Mawi kat Stadium Malawati Shah Alam
sempena Malam Kemuncak Misi Suara Hati Astro Ria
(Dated : 28 May 2005)

Sunday, August 24, 2008

I Was Tagged By Yoyo

Alamak… tetiba saja saya telah di TAGGED oleh Yoyo (dah nak masuk dua bulan dah pun, jangan marah ye Yo). Saya kenali Yoyo bulan Mei lalu ketika melancong ke Korea. Mula-mula macam malas nak layan… tapi bila dok belek blog Yoyo… interesting pulak soklan-soklannya. Lantaran itu, saya pun terpaksa berjaga malam dan memerah otak demi untuk menyiapkan ‘tesis’ ini. Rasa macam buat Master balik.


BILA KALI PERTAMA MENAIKI KAPAL TERBANG? Hmm… let me see. Saya tidak pernah menaiki pesawat semasa masih belajar. Kali pertama rasanya tahun 1996 ketika sudah mula bekerja, itupun penerbangan domestik sahaja dari Subang ke Bintulu. Walaupun kali pertama, saya cuba berlagak ‘cool’ sahaja dan mengikut semua arahan dan pesanan yang telah diberikan oleh mereka yang berpengalaman. Saya amat bernasib baik ketika itu kerana telah dipilih mewakili syarikat untuk satu lawatan sambil belajar ker MLNG dan ABF di Bintulu. Apapun pengalaman pertama itu memberi pengajaran yang amat bermakna buat saya dan menjadi ahli keluarga yang kedua menaiki kapal terbang.


KALI PERTAMA KE OVERSEA? Jika Haadyai, Thailand dikira oversea.. maka ia telah menjadi kenyataan dalam tahun 1997. Saya dan Angah mengikut seorang rakan sekampung kami (Ramli)yang baru graduate dari UUM untuk mengambil barang-barang beliau di kolej. Lantas itu, kami terus ‘cross border’ sehingga sampai ke Haadyai. Jika ‘cross border’ tidak diiktiraf maka rekod ini akan berpindah ke tahun 1998 di mana buat pertama kali saya melawat Along di Los Angeles, USA selama 9 hari. Meskipun begitu, dalam tahun yang sama saya ada menghadiri kursus & melancong ke Singapura (1 minggu sebelum ke LA), alamak…. cross border lagik !!!


KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DARI KELUARGA? Hmmm… terlalu lama dahulu. Zaman Dinosaur !!! Amat tidak saya sangkakan bahawa ketika saya melangkahkan kaki keluar dari rumah ayahbonda untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di MRSM, Kulim maka sehingga kini secara definisinya saya duduk berjauhan dari keluarga. Kerana selepas sekolah menengah, melanjutkan pelajaran di IPT dan bekerja kini saya tidak pernah kembali untuk menetap bersama keluarga nun jauh di utara. Kalau adapun ketika bercuti sahaja.


TERINGIN SANGAT NAK MELANCONG KE…? Wow… terlalu banyak tempat yang istimewa. Terlalu besar keinginan di hati. Terlalu jauh langkah kaki ini ingin pergi. Jika di suruh pilih tiga tempat utama maka Turki akan mendahului senarai. Saya ingin melihat The Blue Mosque, Haagia Sophia, Grand Bazar, Masjid Sulaiman dan Istana Topkapi lantaran juga ingin menikmati segala peninggalan Kerajaan Othmaniah. Saya juga ingin mencuba Turkish Bath (Hamam), meminum jus tradisi turkey yang dijual di jalanan (from traditional juice vendor), menonton sufi dancing, makan kebab & muhallebici, merasai kopi turki yang pekat dan akhir sekali melawat ladang bunga tulip Turki (yes... saya masih memboikot Belanda) .



Lokasi kedua pula saya pilih Maghribi. Secara spesifik saya ingin menjelajah Marrakech (yang penuh dengan tradisi dan kepelbagaian). Asal nama Maghribi ini dari Marrakech. Kalau ke sini yang menjadi tarikan saya ialah The Souqs of Marrakech, bukan untuk membeli belah tetapi untuk mempelajari budayanya. Selain daripada itu saya juga ingin menjejaki Masjid Koutibia (1147M). Casablanca (kota yang mendadap Laut Atlantik dan penyambung kepada Andalusia di utara). Dan tentunya... “A Kiss is still a kiss in Casablanca, a kiss is not a kiss without your side, please come back to me oh Casablanca, I love you more and more each day as time goes by…”. Bukan itu sahaja, saya ingin ke Casablanca kerana ingin menjejeaki sendiri Masjid Hassan II yang merupakan Masjid yang kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram (Mekah). Masjid ini boleh menampung 25,000 jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 9 hektar.


Dan di tempat ketiga, saya memilih Greece. Negara yang penuh dengan 'statues', 'scluptures', monumen-monumen, 'architectures', 'museums' dan tapak-tapak purba tinggalan Kerajaan Athens, Sparta, Roman & Byzantine (ada juga tinggalan Kerajaan Othmaniah sedikit rasanya). Bagi saya yang meminati kesusasteraan dan filosofi tentunya Greek juga menjadi pilihan kerana di sini terdapat banyak hasil karyawan, budayawan dan ahli falsafah purba agung. Kalau kita masih ingat Athens menjadi Host Olimpik Musim Panas tahun 2004 (selepas terlepas peluang untuk menjadi host tahun 2000 (Sydney) bagi menyambut ulang tahun ke 1000 Olimpik bermula). Salah satu lokasi wajib di Greece ini pastinya 'Ancient Olympia' di mana sukan Olimpik ini bermula lebih dari 1000 tahun dahulu.



FAVOURITE ACCESSORIES? Lelaki ada pakai aksesori ka? Metroseksual, may be. Hmmm… let me think. Dulu saya suka beli bangle, masa muda-muda laa… bila dah tuha (perkataan lama untuk tua), malaslah pulak nak pakai gelang-gelang nii… Apa lagi haa…? Nak mudahkan cerita, kira saya suka beanie (snow cap) & fisherman hat – eh koleksi saya adalah dalam satu plastics box. Butang baju melayu… mestilah, nak pakai setiap Jumaat kan. Jam… tak collect sangat, tapi kalau ada lebih rezeki nak tambah koleksi Swatch dan Fossil (my last fossil dah kena score 3 tahun dahulu & dah ler beli kat US !!!)


KALAU ADA DUIT ??? Fisrt and foremost… nak langsaikan hutang. Nak jadi bebas hutang. Langsaikan pinjaman kereta dan kad kredit… ini 2 yang utama. Pinjaman perumahan, saya ikut rentak pemeberi pinjamanlah... Then masukkan sebahagian dalam 'Unit Trust'. Gi melancong ke tiga Negara di atas plus lagi dua country, Portugal (nak menjajah negara yang menjajah melaka ni) dan Norway (nak tengok matahari terbit tengah malam). Lagi satu, nak buat private function kat Pulau Tiga (ingat Survivor 1?) ngan Mawi dan jemput rakan-rakan Yellow Mellow (ini kira nak elak paparazzi ikutlaaa nii). Last but not least.... Ini kira kalau dapat durian runtuh yang betul-betul banyak giler laaa…. Saya nak buka rumah kebajikan (ala-ala finishing school concept) untuk ‘teenagers’ yang bermasalah. Nak kembalikan mereka ke jalan yang lebih berfaedah.

SIAPA YANG ANDA NAK TAGGED ?


Cute
Suhana
Oza
Nizam

Think Of You The Video - Usher

From this very first album of the Mega Star Usher, came the very first Single from him entitled "Think Of You". This happen in 1994, 14 years ago !!! Bukan senang nak cari CD ini, berbulan juga saya mencari di merata flea market di sekita Lembah Kelang. Akhirnya 3 tahun lalu saya berjaya mendapatkannya di Flea Market, Amcorp Mall. Usher mula di kesan bakatnya semasa menyertai 'Star Search' ketika masih muda remaja. Kalau masih ingat Sheila Majud juga pernah menyertai Star Search dan menang selepas melahirkan lagu 'Sinaran'.




"After being spotted by a La Face record executive at a talent show in his hometown of Atlanta, it took no time for Usher Raymond's career to take off. The 14-year-old auditioned for La Face co-founder L.A. Reid, who signed the gospel choir boy to a recording contract. Raymond was introduced to the world simply as "Usher," and released his debut album of the same name in 1994, which featured co-executive producer Sean "Puffy" Combs. The first single, "Think of You," gained Usher notoriety and reached gold status. From that initial exposure, Usher was approached to do other projects. In 1995, he recorded a national holiday jingle for Coca-Cola. He also joined several top male R&B vocalists to form Black Men United for the single "You Will Know," featured on the Jason's Lyric soundtrack. He also teamed with teen singing sensation Monica for a duet remake of Latimore's "Let's Straighten It Out". After graduating from high school, Usher released his sophomore album, My Way, in 1997. In an attempt to display his maturity and songwriting abilities, Usher co-wrote six of the nine songs and enlisted the help of producers Jermaine Dupri, Babyface, and, again, Combs. The album's first single, "You Make Me Wanna," re-established Usher as one of R&B's hottest artists, and also made him a crossover sensation; it topped the R&B charts for 11 weeks, hit number two pop, and eventually went double platinum. Both of the follow-up singles, "Nice & Slow" and "My Way," also went platinum; the former stayed at number one on the R&B charts for eight weeks and became his first number one pop single. In the meantime, Usher launched an acting career, appearing in the 1998 horror spoof The Faculty and the 1999 urban high-school drama Light It Up.To tide fans over, he issued a concert recording titled simply Live in 1999. Usher returned with his third proper album, All About U, toward the end of 2000. His third album, 8701 (2001), moved him from a teen pop star to a sultry R&B singer. In early 2004, Arista released the single "Yeah!" Produced by Lil Jon and guesting Ludacris, the addictive, lightly crunk cut fast became a club and radio favorite. By the time the Usher full-length Confessions dropped later that March, "Yeah!" had hit the top of the Billboard charts. The album itself was Usher's most mature work to date and won the Grammy for Best Contemporary R&B Album in 2004 while "Yeah!" took home the best rapped/sung collaboration award". Credit to : Lynda Lane, All Music Guide.

Nota Jase :
Video Klip di atas memang 'ancient'. Tapi kalau nak kaji... saya kira masih ada video klip artis Malaysia kini yang sama level dengan video klip ini. Dalam erti kata lain video klip yang bertaraf video klip karaoke. Memang dari mula Usher pandai menari, in fact he is one of my favourite dancer laa . Lagu ini walaupun bukanlah 'killer song' dan 'evergreen', tetapi boleh tahan juga melodinya. Lagipun Usher mula menunjukkan 'belangnya' ketika melancarkan Single "You Make Wanna...". dan selepas itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

Ramai juga yang bertanya.... siapakah Artis Antarabangsa yang saya follow. Banyak juga sebenarnya, tetapi jika nak di buat ranking.... Inilah senarai Top 5 :


1. Usher (since 1997)/R&B
2. Akon (since he came to Malaysia for an open concert @ Cyberjaya)/R&B - Hip Hop
3. Chris Brown (since 'Gimme That')/R&B
4. Nelly (since Country Grammar...)/Hip Hop - Rap
5. Pharrell Williams (since he produced Senorita for JT)/Hip Hop- Rap

Saturday, August 23, 2008

Menangani Ketakutan

Menangani ketakutan bukan mudah. Ada yang takut air, tempoat tinggi, binatang, kegelapan dan sebagainya. Hari ini sebenarnya saya bersama 2 rakan di tempat kerja menyertai 'Maju Junction Mall 2008 Merdeka Challange'. Acara 'Walk Hunt' sebenarnya. Memandangkan Kumpulan kami (yang diberi nama Olang Oley) cuma berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah sahaja , maka saya lebih ghairah untuk bercerita tentang 'Fear Factor Challange' melebihi pertandingan itu sendiri. Ular memang menggelikan dan menakutkan. Saya pun memang gelikan ular, walaupun bukan di tahap maksima. Kulitnya bersisik, licin, sejuk dan terasa melekit selain daripada reptilia ini amat merbahaya. Gambar-gambar ini saya ambil bersama ular sawa. Diulangi, walaupun ular bukanlah binatang yang paling saya geli, tetapi hari ini saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan mengatasi segala kegelian itu. Alhamdulillah berjaya. Jadi... binatang apakah yang paling menggelikan saya? Agak-agaknya binatang apa ya? Katak jawabannya, Ya memang katak.


Selain daripada itu, hari ini juga salah satu cabaran yang saya perlu saya lakukan untuk mendapat markah untuk kumpulan ialah makan sandwich ulat perasa wasabi ! Ulat hidup? Yuck !!! Wasabi.. macam tahu-tahu saja yang saya tidak gemar makanan Jepun. Dan saya habiskan hidangan tersebut dalam masa 55 saat !!!


Wednesday, August 20, 2008

20082008

Aizan dan Azlan telah mengambil keputusan untuk bertunang pada 20-08-2008. Cantiknya tarikh tahun masihi inikan. Untuk -rakan-rakan bujang & anak dara yang lain, masih ada 20-09-2009 atau 20-10-2010. Tak gitu? Saya dan Lisa di jemput. Saya kan rakan TEKAD Aizan selain dari kami bekerja di bangunan yang sama. Maka ramailah juga rakan-rakan Tekad yang datang seperti Naz (jurugambar rasmi), Afendi & Red, Azura, Ziad, Oza & Shafinaz. Sori Oza... muka you terpotong sedikitkat gambar tuh. Hampir sesat juga mencari rumah Aizan, nasib baik datang awal dan sampai sebelum majlis bermula. Apa-apapun, Sekalung Tahniah untuk A & A. Tambahan lagi, jamuan dan bunga telur pun best.


Tuesday, August 19, 2008

Dumbo & Che Weng ???





Ini merupakan kali kedua saya ke Kuala Gandah Elephant Santuary & Perkampungan Orang Asli Che Weng. Tarikhnya lawatan kali ini ialah16 Ogos 2008. Kalau dahulu bersama Majalah Libur... kali ini dengan adik-adik Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Bangsar (SKBP). Macam mana saya boleh terlibat ni? Saya sebenarnya menyertai program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Syarikat di mana saya bekerja - Program Bakti Pendidikan namanya. Dalam program ini kami perlu mengelola Kelas Bukan Akademik sekali sebulan dengan mengambil Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai teras untuk aktiviti yang menyeronokkan. Dan bulan Julai 2008 ini adalah bulan santai sebelum menyambut kedatangan Ramadan. Lantaran itu kami membawa adik-adik (satu bas jugakla) ini beriadah dengan gajah dan menginsafi diri bila membandingkan kebertuahan diri dengan orang asli.


Para fasilitator lain perlu datang awal (Amiza, Kak Su, Kak Jam, Arni & Julia antaranya) kerana mereka perlu berkumpul di SKBP tepat jam 7.30 pagi bersama adik-adik. Nasib baik saya dan Fiq menawar diri untuk menguruskan makanan tengah hari (Nasib baik ke? Cam tak bernasib baik jer... Cabaran beb..). Jadi kami cuma memulakan perjalanan tepat jam 10.00 pagi dari KLCC. Itupun sebab Fiq bangun lambat (kalau tak awal lagi ni). Oooppsss...! (sorry bro, pecah lobang). Misinya mudah... cuma perlu mengambil 63 packed snack plate di KFC Karak yang telah saya tempah di awal pagi. Namun begitu akibat ajaran sesat oleh petugas KFC Karak (sabar ajelah...), kami cuba tiba di sana jam 11.30 pagi, setelah puas meneroka Bentong !!!. Selesai mengumpulkan makanan kamipun bertolak menuju Elephant Santuary. Dumbo The Flying Elephant.... Here We Come !!!


Bila tiba di sana, kanak-kanak sedang menonton video (dah puas bermain dengan gajah tadi sebebnarnya). Memandangkan Fiq kali pertama sampai, tentulah tak puas hati kalau tak dapat tengok gajah. Nasib baik kami masih sempat merakam aksi-aksi gajah yang sedang berehat di lokasi berehat mereka (di belakang lokasi pertunjukan menunggang gajah & memberi makan gajah). Sedangkan pertunjukan sebelah petang cuma akan bermula jam 2.30 petang. Dah puas tengok gajah... kamipun mengagihkan makanan kepada semua peserta - adik-adik, cikgu-cikgu dan fasilitator. Cup.... masih sempat tengok gajah mandi dari luar pagar walaupun kami tak bisa mencuba.


Selesai solat zohor (ada yang jamak takdim, saya cuma jamak ta'khir), kami berjalan kaki untuk bermesra dengan Kaum Orang Asli Che Weng yang pemalu (tak sampai 2 minit pun jarak perjalanan dari elephant sanctuary (pusat konserversi gajah ni). Cikgu (dari JAKIM) yang mengendalikan mereka begitu seronok bercerita (alamak... lupa pulak nama Cikgu ni walau dah dua kali berjumpa). Kami sempat berewang dan menyumpit. Adik-adik ada juga yang membeli kraf tangan dan menderma. Fiq siap bagi sebeg cokelat lagik kepada orang asli. Kemudian kami melihat sendiri pondok-pondok kayu kaum orang asli ni. Rasa sayu. Rasa hiba. Rasa bertuah. Rasa yang berbaur. Tapi dek kelucuan Abang Mus (orang asli laa) yang dok menyanyi... hampir lupa segalanya. Abang Mus ni orang asli yang fasih berbahasa melayu.


Nasib baik adik-adik ni sempat naik bas. Bas pulak meluncur laju selepas itu. Saya hampir tak terkejar. Lewat lebuhraya hujan meluru dengan lebat juga. Bila Fiq dah tak larat nak sembang, dia tidur saja. Ambik kesempatan bro. Saya teruskan pemanduan... terpaksa tapi rela.


Adik-adik SKBP bergumbira, Alhamdulillah.


Monday, August 18, 2008

Ana Muslim Kata Cheb Ali

Kulit Album Cheb Ali - Ana Muslim

Ini Pula Cakera Padatnya

Ceritanya : Bulan April yang lalu (6/4/2008 lebih tepat lagi)... ketika di KL International Book Fair di PWTC; saya telah berjumpa dengan seorang penyanyi nasyid dari Mesir yang kini menetap di Malaysia. Ketika itu beliau baru melancarkan album nasyid baru beliau yang berjudul Ana Muslim. Bermula dari seorang penyanyi RAI sebenarnya, Cheb Ali akhirnya menukar langkah dengan melagukan nasyid untuk mengembangkan lagi bakatnya. Telah berkecimpung dengan industri muzik Mesir dan Antarabangsa (Lubnan, RSA, Australia dan Saudi antaranya) sejak 1994 lagi. Dilahirkan 35 tahun yang lalu, bapa kepada dua orang anak lelaki ini bukan sahaja boleh menyanyi malah seorang illustrator/graphic desogner yang berbakat. Juga dikenali sebagai Suara dari Padang Pasir, muzik beliau pula dikenali sebagai Rentak Sungai Nile.

Menurut Cheb Ali di dalam laman webnya : "My objective as an individual and as a Muslim artist, is to make a difference to the society, to the world. In pursuit of excellence, I hope to evolve in the continuous process of self development, To embrace life in the numerous aspects of the new “global village”, I aspire to continue my journey as a glowing gear in a useful machine".

Kalau nak kenal dengan lebih lanjut Cheb Ali nii.... KLIK DI SINI

Cheb Ali fasih berbahasa Inggeris... perbualan menjadi mudah dan terlebih peramahlah pulak. In the end dia pulak yang lebih banyak bertanya pasal saya daripada saya yang interview dia. Kalau nak dengar lagu Cheb Ali... dengarlah IKIM.fm... Pilihan Utama.

Ini Cheb Ali yang dok concentrate sign CD yang telah saya beli. Bulan puasa dah dekat... ada baiknya memiliki CD Ana Muslim ini untuk halwa telinga ketika memandu, tambah-tambah lagi kalau kesesakan. Dapat pahala juga... Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah; Be Like Muhammad, Ana Muslim & Iftar. OOpppss... susah nak dapatkan CD murah ni kat Kedai Rekod, carilah kat Saba Islamic Media di Setiawangsa. Musti ada.

Seputar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Faizal AF4 Ke 24


Sudah lama saya tidak berjumpa Pejal. rasanya kali terakhir ketika Majlis Hari Raya Pejal bersama peminat di Hotel Legend tahun lalu. Show Pejal pun tak ada yang saya sertai. Tapi alhamdulillah... berkat 'kabel' yang kuat, Cute mendapat 7 allocation untuk majlis ini. Namum akhirnya cuma kami bertiga termasuk Lisa yang menghadiri. Mus menarik diri kerana tidak ingin terlepas menonton 'event of the year' katanya. Chong Wei vs Lin Dan. Bila Malaysia kalah, lantas dia terasa lapar dan baru ingat nak join. Dah terlambatlah. Azwan pun nak menonton badminton juga... akhirnya tertidur di depan TV. Faisya & Sheera... semasa saya menelefon masih dalam bas di Sabak Bernam. Yeo dan Yani di Johor. Galzean perlu bekerja. Dan list berterusan. Saya dan Lisa memakai baju baru... ahaks.

Majlis bermula agak lambat. Dalam jam 9.00 malam lebih. Tapi Majlis ini amat ringkas dan pendek. Begitulah Kak LIB. Selesai membaca doa, Pejal menyampaikan sedikit ucapan dan terus meenyanyikan lagu Warisan. Kemudian kami terus makan dengan enaknya. Sambil Makan, Pejal terus menyanyi. Tup-tup sampai ke acara memotong kek. Dan sesi bergambar. Kemudian ada sedikit sidang akhbar. Yang kelihatan Majalah Sensasi & Kosmo.

Pejal akan memasuki Ikon Malaysia 2008 bulan Disember ini. Kalau rajin janganlah lupa SMS. Dengar cerita nak jadi pelakon. Hmm.... Ada gaya Mat Rempit nii. Lagi satu, kalau betul jadinya... Pejal akan menyertai Kumpulan Iklim. Apa Kata Anda?

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 24 - Pejal !!! Ikhlas dari Bro JaseMario.

Selamat Ulang Tahun ke-24 Pejal Senyum Sokmolah !!!

Saya ambil kesempatan untuk begambar kat pentas mini ni... Ini ini bukti kehadiran

Kek Hari Jadi Faizal sumbangan Pan Pac... alamak lupa pulak nama baru hotel ni.

Kami yang saja-saja dok menyibuk ngan Kek Hari Jadi Faizal... Sedap gak kek ni

Faizal yang begitu sporting menyampaikan banyak lagu. Antaranya ialah Warisan (Sudirman), My Way (Frank Sinatra?), Right Here Waiting (Richard Marx) & Datanglah.

Faizal meniup lilin tanda memasuki 24 tahun dan disebelah beliau ialah ibunya.

Ini hadiah kami untuk Faizal. Ikhlas dari saya, Lisa, Cute & Mus.

Nota Jase :
Jika ada masa saya akan uploadkan slide sekitar majlis ini esok-esok. Apa-apapun TQVM untuk Kak LIB atas jemputan ini. Begitu juga pada dakReez, Malis & AJK FaizalFC yang lain untuk majlis yang indah dan serba ringkas.

Sunday, August 17, 2008

Hai... Wendy's In Town


Lunch lewat hari ni. Ye... lah pagi-pagi lagi saya dah ke Mines untuk main boling. Wakil PejalFC lagi. Kalah pun tak per. Hehehe.... Tapi posting ni saya nak cerita pasal one of the new comer in the Malaysia Fast Food Industry. To be frank, saya bukanlah penggemar fast food sangat. Makan pun sebab Lisa tu hantu fast food. Tapi nampak gayanya dah back to back fast food ni sejak semalam. Semalam lunch and dinner KFC (terpaksa sebab banyak sangat lebih). Hari ini pulak kami gi Wendy's @ IOI Mall. Yes... kalau sapa2 dok lepak kat Berjaya Times Square (BTS) tuu... pasti perasan akan sign board 'Opening Soon' Wendy's kat BTS ni. Lama gila dah construction in progress, tapi tak bukak-bukak jugak. Sebab tu lah IOI Mall menjadi pilihan. Wendy's kat IOI Mall ni dah sebulan lebih di buka rasanya. Ramai dok kata sedap, saya tak pasti mereka makan kat mana. Another cawangan kat Sunway Pyramid.

Tag Line yang tak berapa catchy dan tempting; "Quality is Our Recipe". Biasa sangat dah. Quality Food tak semestinya sedap kan. Ditambah dengan Fresh Food, Made Fast. Hmm.. dah namapun fast food kan apa nak dok heboh made fast?. Wendy's yang dimiliki oleh Berjaya Group ni sebenarnya adalah template McDonald's & Burger King. Menunya pun hampir serupa. Ada menu burger seperti Spicy Chicken Sensation, 1/4 Pound Single, Premium Fish Fillet dan Ultimate Chicken Grill.

Antara signature dishnya pula ialah Baked Potatoes, Chili (kuah daging dengan cili - sedap kalau makan dengan roti) dan frosty. Haaa... lagi satu ada Shrimp Supreme Burger (teringat kat MCD Japan, inilah makanan utama saya semasa kat sana). Yang best lagi.... saiz minuman sodanya lebih besar dari biasa.

OK. Malaysia memang tak kekurangan Restaurant Fast Foodkan. Cubalah... lepas tu kita banding-bandingkan ya....

Saturday, August 16, 2008

Pocketful Of Sunshine The Video - Natasha Bedingfield

Natasha Bedingfield bukanlah satu nama asing. Dulu Natasha pernah top ngan lagu 'Unwritten' yang jadi lagu iklan Rejoice tu... Tup2 kali ini ada lagi satu lagu yang tak kurang catchynya... "Take Me Away... To Secret Place". Kalau yang selalu dengar FlyFM mesti tahukan lagu ni. Apataknya... selalu sangat di'spin' kat station nii... hehehe... Laayaaanlah video klip ni sambil bersantai !!!

Wednesday, August 13, 2008

Mawi Ada Restoran?


Kita selalu baca di dada-dada akhbar yang ramai selebriti yang mula menceburi bidang perniagaan. Terutamanya perniagaan makanan @ restoran. Antara yang sudah 'established' ialah Kak Ruby (Rubiah Suparman), Usop Selam (Mamu Yusof Haslam), Datin Seri Tiara Jacquilene, David Teoh, Sheila Rusly (yang kes dengan rakan kongsi beliau diarahkan oleh mahkamah untuk diselesaikan di luar mahkamah) dan ramai lagi lah. Namun kita tidak pernah dengar pula Mawi telah membuka kedai makan kan? Dulu Mawi ada pernah cerita yang kalau dia nak buka kedai makan dia nak jual ambuyat (sejenis makanan tradisi Labuan).
Mawi Seafood ini dikenalkan kepada saya oleh Azwan. Namun Azwan sendiripun tak perasan yang kedai makan ini namanya Mawi Seafood. Dia cuma tahu tempatnya sahaja dan katanya lagi makanan kat sini sedap. Lokasinya restoran ini ialah di Balakong. Di sebelah kiri jalan selepas Mines dan sebelum Jusco Cheras Selatan. Kedai makan biasa sahaja sebenarnya; yang menu utamanya ialah masakan patani/kelantan. Tomyam sudah semestinya. Goreng-goreng pun ada. Minuman seperti biasa. Sambil makan boleh tengok TV.
Adakah ia dimiliki oleh Mawi? Saya rasa tidak... Tapi ini cuma agakan saya sahaja dan bukannya berdasarkan fakta yang saya miliki.

Tuesday, August 12, 2008

Shortie Like Mine The Video - Bow Wow feat Chris Brown

Lil Bow Wow is one of the Kid Rapper yang enjoy short term success in early 2000s. Memandangkan dia dah meningkat remaja, maka digugurkan perkataan 'Lil' di pangkal namanya. Obviously this video appear on my side because of CB. Yes untuk single ini Bow Wow menampilkan Chris Brown - The Prince of R & B. Lagu ni catchy jugak, puas saya mencari video klip in i akhirnya berjumpa. Enjoy aja...

Monday, August 11, 2008

Crocs Oh Crocs, Kenapakah Kau Menambat Hatiku?

Beach Club Dip - Winter Camo - Saiz XL

Alice Suade - Black - Saiz W6

Islander - Black/Chocolate -M9/W11

Bulan Julai 2008 yang baru lalu... saya mendapat rezeki yang lebih sedikit. Dalam berkira-kira untuk berbelanja, saya melewati Lot 10. Tiba-tiba terperasan akan 'Concerpt Store Crocs' yang baru di buka. Sebelum ini cuma ada 3 'Concept Store Crocs' yang saya tahulah, di Lembah Kelang iaitu di Ikano Power Centre (my favourite), Sunway Pyramid & Mid Valley. Saya memang mencari sepasang Crocs baru, konon-konon nak yang sama dengan Mawi; betul.... Mawi beli Crocs Beach Club Dip (BCD) beliau di Korea. Saya terlepas... lagipun Off Road saya masih cantik, menarik dan tertarik. Nasib baik ada kat sini. Yang bestnya BCD ni ialah kita boleh mixed n match; sebabnya ialah designnya memang tak sama antara kanan dan kiri. Setelah puas dok mix n match... saya pun tangkap sepasang. (Jangan tak percaya... Mawi pun terperasan yang Crocs BCD kami sama bila saya berjumpa dengan beliau semasa di Raptai Senandung Muhibah baru-baru ini)
Semasa saya sedang sibuk memilih... Lisapun sampai. Jadi sayapun menyampaikan berita gembira ini; yang dia akan mendapat sepasang Crocs yang baru. Seronoklah Lisa... hehehe. Antara casual atau 'office attire'? Saya mencadangkan kasut ke pejabat, saya pun dah ada sepasang sepatu Crocs untuk kepejabat, sedangkan Lisa belum. Nanti barulah samalah kami. Maka sepasang Alica Suadepun menjadi milik Lisa.
Dua mana cukup... lagipun Crocs sedang menjalankan kempen 'Buy 2 pairs, the 3rd one get 15% Discount'. Lagipun, Crocs yang paling mahal yang akan dikira diskaunnya. Jika tak di beli sekarang, nanti lupa atau hilang pula kad diskaunnya. Maka... sayapun menelefon Angah di kampung bertanyakan samada dia juga ingin memilik Crocs. Angah memilih Islander dan tanbahnya lagi sanggup bayar 50/50 sebab Islander ni mahal. tak per Angah.... asalkan kita sama-sama dapat bergaya dengan Crocs batu. Tak gitu?
Lantas perbelanjaan saya pada 23 Julai 2008 yang lalu di Concept Store Crocs @ Lot 10 ialah RM485.65 (dengan diskaun sebanyak RM31.35). Dan saya berasa puas !!!

Sunday, August 10, 2008

Doyan Part 2


Dengan rasminya saya umumkan bahawa musim buah-buahan di Kalumpang telah tamat. 10 Ogos 2008 adalah hari terakhir untuk makan buah di dusun ABKH... hehehe. Kalau nak makan lagi kita tunggu musim depan ye.

Siapa yang tak datang kali ini memang rugi besar, terutama Cikgu Jah. Hahahaha... Siapa yang datang kali ini. Hmm.... Let me see... Abang Burn, Kak Husna & Farhana (sudah semestinyalah... kalau tak pasti pintu gate akan dikuncikan). Abg Everland & Mrs Everland menumpangkan (oopsss!!!), Yoyo dan Atehnya (yang dapat lesen kuar lagi kali ini). KY & Lynn... yang baru mengkonpomkan penertaan pagi ini. Dua kembar Rafizah & Rafidah. Zully & ayah dan ibu (yang kata papa punya dusun kurang best dari dusun ABKH.... hahaha). Dan terakhir sekali saya, Lisa, Azwan (yang teringin nak join last week tapi x dapat) dan Suzy (yang berjaya di racun untuk turut serta).

Kami menggunakan modus operandi yang sama. jadi saya malas nak update ceita untuk sampai ke sanalah. Kami berjumpa di tempat biasa dan mula bertolak lebih kurang jam 1.50 ptg, dan sampai ke Kalumpang satu jam kemudian. Kami mula beransur pulang lebih kurang jam 5.00 petang. Usai menghantar Suzy di Jln Tun Razak, kami meneruskan perjalanan untuk menghantar Azwan di Serdang dan cuma sampai di rumah jam 7.15 malam.

Puas dan terima kasih banyak-banyak Tuan Tanah !!!