Wednesday, September 2, 2009

Halwa Telinga di Bulan 1000 Rahmat





Sepanjang Bulan Ramadhan ini saya mengambil kesempatan untuk mendengar kembali beberapa koleksi CD Kerohanian yang saya miliki. Antara yang mampu untuk dimasukkan di dalam CD Changer 10 CD kereta saya termasuklah Koleksi Nasyid Terbaik RAIHAN yang mengandungi lagu I'tiraf (yang menampilkan Yasin - yang juga lagu tema filem Syukur 2000), Senyum, Puji-Pujian, Bismillah & Iman Mutiara. Album ini merupakan album koleksi pertama yang dikeluarkan oleh Raihan setelah menghasilkan 3 album sebelumnya.

Keleksi Terbaik Hijjaz Nasyid Popular juga merupakan album koleksi pertama dilahirkan oleh Hijjaz. Istimewanya album ini adalah kerana ia bukan sahaja menampilakan Lagu nasyid Popular Hijjaz seperti Ya Rabbibil Mustafa, Zapin Kesyukuran, Fatamorgana, Rindu dan Rasulullah (asalnya nynayian The Zikr) tetapi juga petikan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kompilasi Rabbani Persembahan pula adalah sebuah album kompilasi Kumpulan Rabbani yang di terbitkan untuk pasaran Indonesia. Album ini menampilkan lagu-lagu Nasyid merdu Rabbani seperti Intifada, Assalamualaikum, Iqrar, Insan (nyanyian asal Yantzen), Ingat 5 Sebelum 5 dan sudah tentu Pergi Tak Kembali.

Zain Bhikha adalah seorang penasyid bertaraf antarabangsa yang berasal dari Afrika Selatan. Suaranya yang halus dan merdu ada ketika di salah anggap menyami suara Michael Jackson. (tentu ada yang tahu akan lagu Give Thanks To Allah yang diuar-uarkan sebagai lagu Nasyid Micheal Jackson jika didengar berkali-kali, ia mungkin suara Zain Bhikha). Banyak lagu menarik dalam album ini, terdapat sebuah lagu yang menampilkan kumpulan Nasyid Underground Malaysia Qatrunada berjudul Selawat. Antara lagu yang berjaya mencuit perasaan saya ialah Our World, Orphan Child & Demedim Mi (feat Hasan Kilicatan).

Untukmu Sahabat adalah koleksi lagu-lagu untuk sahabat karib kita. Bak kata pepatah "Sebaik-baik sahabat itu, orang yang tidak pernah berubah-ubah, meskipun zaman terus berubah". Saya teruja untuk memiliki album ini adalah kerana ia menampilkan lagu-lagu hebat seperti Sahabat (Amar), Untukmu Teman (Brothers), Masih Ada Waktu (Rast) dan Pertengkaran Kecil (edCoustic). Jika ada perselisihan kecil mahupun besar dengan sahabat - lagu ini elok di dengar dan dihayati.

Kompilasi 14 Nasyid Terbaik Finalis Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm tidak kurang hebatnya. memiliki album ini memang berbaloi. Album ini menampilkan lagu Aku Tanpa Cintamu (Mirwana feat JayJay), Belaian Ibu (Hijjaz), Destinasi Cinta (Mestica), Kalimah Cinta (In-Team), Balqis (UNIC), Yalla Beena (Rabbani feat Yasin) dan Berkorban Demi Cinta (Hijjaz).

Ito Lara adalah salah seorang penulik lirik lagu-lagu nasyid yang dihormati. Album Melakar Cinta di Pintu Syurga ini menghimpunkan 17 lagu nasyid hasil kreativiti Saudara Ito Lara. Lirik Ito Lara memang puitis, menusuk kalbu dan mudah meresap di jiwa. Antara lagu yang terkandung dalam koleksi ini ialah Melakar Cinta di Pintu Syurga ( Far East feat Nassier Wahab), Keranamu Saudara (Brothers), Hijrah Perjuangan (Hijjaz), Cinta Zulaikha (Mustika), Al Hamra' (Far East) dan Nur Kasih (In-Team).

Cheb Ali adalah seorang penasyid (Rai) Mesir yang menetap di Malaysia. Saya pernah menulis berkenaan penyanyi ini satu ketika dahulu. Antara lagu menarik di dalam album ini termasuklah Be Like Muhammad & Ana Muslim. Saya pun tidak pasti samaada Cheb Ali masih di Malaysia ataupun tidak sebenarnya.

Kalimah Cinta adalah Koleksi Nasyid yang di terbitkan oleh Hijjaz Records menampilkan artis-artis di bawah naungan syarikat ini. Saya amat meminati lagu Kalimah Cinta (In-Team), Yang Abadi (Mestica), Amirul Ummah (Hijjaz), Ainul Mardiah (UNIC), Siti Khadijah (In-Team) dan Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC).

Album Nasyid kedua Mawi sudah tentu tidak patut dilepaskan. Album ini menampilkan lagu hits Sujud (feat KRU). Selain daripada itu saya juga amat suka akan lagu Hijab, Serulah Namanya & Teman Hakiki.

Dah namapun bulan Ramadhan kan... hampir-hampirkan diri dengan alunan nasyidkan... tak gitu?

No comments: