Pada 6 September 2009 yang lalu saya, Lisa, Mama, GMan & Meda bersama anak-anak, Maisarah dan Harith, Azali & Nina serta Iwan telah sempurna berbuka puasa di Melting Pot, Hotel Concorde Shah Alam. Mungkin tiada apa yang boleh di komen berbuka di sini kerana semuanya nampak bertepatan dengan apa yang dirancangkan. Juadah? Memang telah diketahui ramai yang Melting Pot tidak pernah mengecewakan. Layanan? Hampir "Tip Top". Pengunjung? Punyalah ramai... lebih-lebih lagi memandangkan pekerja di Selangor DE akan bercuti keesokkannya sempena Nuzul Quran maka ramai yang ambil kesempatan untuk berbuka di luar. Tahun ini siap ada dua 'edisi' tambahan iaitu persembahan di pentas di lobi (eh... bukan selalupun ada ke?) oleh Quartret 4-piece band entah dari mana datangnya mendendangkan lagu-lagu Ketuhanan dan seorang badut yang menghiburkan kanak-kanak dengan seni kreatif belon (Eh... bukan Galzean kah badut itu? Opppsss... I did it again?).
Moment? ketika melangkahkan kaki ke Surau di Tingkat 3 hotel... saya terserempak dengan Yasin. Sudah lama tidak bertemu dengannya. Selalunya cuma sempat ber'chat' di FB sahaja. Yasin OK aja... Memang OK pun sebab dia ingat nama saya !!! Hahaha... Poyo jer !!!
No comments:
Post a Comment