Thursday, September 3, 2009

Erti Iftar Ini bagi Kasi Gegar










Secara ikhlas saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Syed Rahim kerana menjemput saya dan Lisa untuk bersama-sama berbuka puasa di Masjid Asy-Syakirin (yang saya rindui kerana hampir setahun saya tidak dapat bersolat di sini kerana telah berpindah tempat kerja)hari ini. Ini merupakan jemputan kedua yang yang saya sambut. Terima Kasih dan Tahniah kepada Aizat dan Kaki Gegar Entertainment kerana berjaya menganjurkan Majlis Iftar yang sederhana tetapi bermakna. Lebih-lebih lagi di Masjid PERMATA indah di tengah-tengah kota. Saya amat terharu. lebih-lebih lagi apabila mendapat cenderahati berupa single terbaru Aizat "Erti Hidup ini" yang berentak balada yang dicipta sendiri oleh Aizat & Anas.

Secara ringkas. Tazkirah yang padat dan bermanafaat. Juadah yang enak. Majlis yang ringkas dan cepat. Solat maghrib, Solat Isyak, Solat Terawih dan Witir yang nyaman dek kerana masjid berhawa dingin. Pendek kata PAUS... Eh bukan Puas Hati !!!

No comments: