Sudah lama sebenarnya saya tidak berjumpa/bertemu muka dengan rakan-rakan lama (meskipun ada beberapa daripada kami yang amat aktiof di FB dan mengikuti perkembangan masing-masing). Ini adalah taulan saya semasa muda, masa membesar dan menjadi dewasa bersama. Jika ada peluang memang saya akan ambil kesempatan dan tidak mungkin melepaskan ianya berlalu begitu sahaja. Terkadang bila terlepas akan peluang itu terasa juga ralatnya. Tahun lalu saya memang tidak berkesemapatan menghadiri majlis ini kerana terpaksa bertugas di perantauan. Ramai juga yang tidak dapat hadir ketika itu. Tetapi berkat kesabaran dan keyakinan maka kali ini Abu John (yang memang secara tradisinya menjadi penganjur) berjaya mengumpulkan kami seramai 7 orang (daripada 9 @ 10 orang saya kira, ramai lagi sebenarnya yang bertugas jauh di seluruh negara dan seberang) yang bertugas di Lembanh Kelang untuk melapangkan masa berbuka bersama. Banyak nostalgia diimbau kembali, banyak juga perancangan masa mendatang yang difikirkan.
Apapun jua... saat itu memang manis. Untuk sekian kali ini, izinkan saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AIDIL FITRI KALI INI INDAH SEINDAH CAMAR YANG PULANG... INSYAALLAH JIKA DIIZINKAN ALLAH S.W.T. BERTEMULAH KITA KEMBALI...
No comments:
Post a Comment