Ini adalah beberapa keping gambar yang dapat saya kongsi bersama di hari pembukaan Hard Rock Hotel Penang & Hard Rock Cafe Penang di Batu Feringgi. Ramai pun dah tahu saya memang pengumpul T-Shirt HRC, begitu juga Lisa. Jadi kami (dan juga) Angah mengambil kesempatan di hari terakhir berpuasa untuk meninjau HRC & HRH yang baru di buka ini. Penant memang penat tapi kalau pergi di hari raya kedua tentulah tak best sebab dah buka 3 hari. Maka kami cuma boleh bergambar tanpa dapat merasa untuk menjamu selera di sini. Tapi tak mengapa kerana tujuan utama hanyalah untuk bergambar dan membeli t-shirt sahaja. Antara yang menarik di sini tentulah kolam renang yang mengadap laut dan gitar dan jeans Ella buat pertama kali dapat masuk HRC. Yang tak bestnya ialah pemegang Kad Kredit CIMB masih belum boleh mendapat 15 % diskaun. Melepas saya... Huhuhu. Dalam pada itu, sempat lagi saya menelefon Alif OIAM bertanyakan samada beliau menginginkan Short Glass HRC Penang. (Ya... Alif adalah pengumpul Short Glass HRC - nak jadi cerita, keluarga Alif pun dalam perjalanan ke Penang - jadi kena datang beli sendirilah jawabnya !!!)
Jadi jika singgah di Pulau Mutiara Timur apa kata singgah juga di HRC & HRH ya !!! Untuk rekod, ini adalah HRC kedua di Malaysia dan HRH pertama di Malaysia !!!
No comments:
Post a Comment