Thursday, June 30, 2011

Hambamu - Akhil Hayy, Mawi & Imam Muda



Selamat Menonton Final Imam Muda di Astro Oasis malam esok jam 9.00 malam. Eh... rasa macam nak pergi Dewan Muktamarlah pulaaaak.... Jom !

Sunday, June 26, 2011

Wayang... Wayang...

Lewat beberapa minggu ini bayak juga filem yang saya tonton di rumah. Ketika 'posting' ini di tulis sebenarnya saya sedang menonton 'The Fighter' lakonan Mark Wahlberg dan Christian Bale. Bukan sekadar filem berkenaan peninju yang didasarkan kisah benar tetapi juga tentang perhubungan kekeluargaan dan setiakawan. Yang pastinya lakonan kedua pelakon tadi sebagai adik beradik memang mantap dan hebat.

Pagi tadi pula saya sempat menonton Blitz lakonan John Statham. Mengenai 'Cop Killer vs Killer Cop'. Meskipun selalunya filem kepolisian dari Britain agak membosankan tetapi saya agak teruja dengan penamat filem ini. Masih belum terlambat untuk menonton.

A Barefoot Dream, sebuah filem Korea mengenai seorang bekas pemain bola sepak Korea yang memulakan perniagaan di Timor Leste yang akhirnya membawa kejayaan gemilang kepada pasukan kebangsaan bawah 12 tahun Timor Leste juga amat memberi kesan.

Aduh...!

8 Nilai 1Malaysia




Budaya Berprestasi Tinggi
Budaya Ketepatan
Budaya Ilmu
Integriti
Ketabahan
Kesetiaan
Kebijaksanaan
Budaya Inovasi

Saturday, June 25, 2011

Make Milk Mine with Green Lantern !

Next 2 You - CB feat JB



Surely this willbe one of my favourite song this year !!! To CB... Keep producing GRRRRREAT Song ! (This also infact will be the first Justin Bieber song that I like... hahahaha).

Tuesday, June 14, 2011

Suria di Cordoba.



Simpan saja Selasa Malam Rabu anda dari jam 9.00 hingga 10.00 malam. Lepak saja di rumah dan bukalah TV LED anda dan alihkan ke ASTRO Prima di saluran 105. Ya... Suria di Cordoba sedia menemani anda seisi keluarga. (Mesej ini adalah tanda sokongan kepada Alif Sataryang juga belakon di drama ini). BRAVO lil bro !!!

Monday, June 13, 2011

Cinta Teragung - Hazama AF9



"ini MTV Cinta Teragung yang original"

Ceciter Lagi....

Dah lama sangat tak berceloteh dalam blog ni... dah hampir macam nak bersawang. Asyik dok upload youtube saja kerja saya... Hahaha. Hmm... semalam 'frust' jugak tak dapat gi Konsert Final AF9 kat Dataran Putrajaya, Precint 3. Jemputan yang datang itu, teramat lambatlah sekali. Patutpun... "ko ingat ko retis ke" nak dapat jemputan awal2. Aleh2 terpaksa, memaksa dan dipaksa tengok Konsert di hadapan TV LED 40 inci baruku di saluran HD Astro 188. Puas lah jugak. Tahniah kepada Hazama kerana berjaya menepati ramalan dalam penantian yang amat panjang (5 tahun beb !!!) ...Dan terima kasih pada sahabat saya, Zul yang temankan saya 'supper' malam tadi (ataupun awal pagi tadi) sebelum beliau pulang ke Mumbai (lewat pagi tadi) !!!

Minggu ini saya telah berjaya menon 2 buah filem. Super 8 - Cerita kanak-kanak ala-ala E.T. Tiada apa yang baru dengan plot filem ini. Yang ada cuma teknologi CGI yang agak muak juga kerana dapat dilihat di hampir semua filem sci-fi buatan Hollywood. Seperti ynag di duga, tentunya makhluk asing tersebut akhir nya akan pulang ke tempat asalnya.

Filem kedua yang saya tonton ialah KL Gangster. Filem komersial yang mempunyai roh hasil garapan pemngarah terbaik FFM yang lalu. Ada 4 pelakon telah berjaya menghasilkan lakonan yang mantap. Zizan Jozan yang menjadi Comic Relief untuk filem ini memang memukau habis. Semua babak yang beliau muncul mnegundang gelak ketawa yang tidak terhingga. Sofi Jikan dengan watak gangster kurus keding yang penuh dengan nilai brotherhood amat berkesan ala-ala gengster HongKong. Tidak ketinggalan watak yang hitam lagi legam yang di mainkan oleh Adi Putra. Begitu hidup dan memukau dan penuh kerakusan dan kebencian. Sesungguhnya lakon tebaik muncul daripa heor utama filem ini iaitu Aaron Aziz dengan watak hitam kelabu yang insaf untuk menjadi putih tetapi terpaksa hitam kembali dek kerana keluarganya dikacau lagi. Hampir semua sisi lakonan Aaron kali ini sempuran dengan kesedihan dalaman, keinsafan, kemarahan dll. Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem yang lebih baik dari Khurafat !!! (Tapi adalh juga yang saya tak berkenan... dengan ending yang begitu seperti slot Gerak Kahs untuk siaran TV... Hahaha... penuh dengan tanggung jawab sosial, nasib baik dibuat secara monolog).

Ya... rumah saja sudah ada alat penghawa dingin mudah alih. Tentunya Lisa tak bad mood lagi di waktu malam. Lalala....

Dalam masa percutian yang singkat sahabat saya Zul telah membantu saya untuk menggerudi rumah... maka tiga perkara penting telah berjaya di latakkan di dinding; Jam dinding dan kotak kunci di ruamg tamu dan juga medan besi untuk meletakkan 'fridge magnet. Hmmmmm... tidak lupa juga lampu 'porch' saya sudah berganti. 'TQ so much bro... i appreciate it very much'.

Wow! Apa lagi nak catatkan. Nanti-nantilah...:)


Saturday, June 4, 2011

Tahniah Hazama !



Tahniah Hazama Kawtiiiiim yang telah berjaya melangkah ke Pentas Final AF9. Semoga berjaya menjadi JUARA !!!

Dalam pada itu, kita layan dulu Cinta Teragung, single terbaru Hazama !

Thursday, June 2, 2011