Tuesday, September 15, 2009

Iftar @ HRC, KL (08/09/2009)






Selasa lalu (8/9/2009) adalah 'Boys Night Out' bagi saya. Seperti selalu saya, Azwan dan Mus akan mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama sekali dalam setahun jika tiba Ramadhan Al-Mubarak. Tahun ini tidak ketinggalan. Kali ini destinasinya adalah Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur (HRCKL). HRCKL sebenarnya tidak menawarkan Buffet Ramadhan tetapi cuma Ramadhan Set menu yang menu utamanya boleh dipilih samada daging lembu, ayam, kambing ataupun udang. Menu lain termasuklah minuman dengan tambahan sekali, sup, satay dan juga dessert (mangga & kek buah). Puas jugalah makan dengan harga RM45.00++ sekepala. Setelah KZ tidak dapat turut serta kerana ada hal, korum kali ini telah di sertai juga oleh Alang (senior saya semasa kat Kolej), Shakeel (share partner Mus) dan istimewanya Bell 'Binggo' Ngasri juga hadir setelah menerima ajakan saya memandangkan lama kami tidak bertemu, makan-makan dan bersembang . Lewat ini, Bell cuma boleh ditonton di TV3 setiap Jumaat jam 7.00 malam melalui 'Nikmatnya Malaysia' sahaja !!!



Memandangkan makanan pun enak maka sembang-sembang pun jadi kian rancak selain bertanya khabar. Sedar tak sedar kamipun perlu pulang kerana perlu menunaikan tanggungjawab lain. Tetapi dah namapun ke HRC maka saya pun tidak lupa untuk membeli T-Shirt HRCKL untuk menambahkan koleksi. Kan.. Kan.. Kan... InsyaAllah koleksi HRC Penang akan menyusul selepas ini.

Pesanan untuk Bell : Selamat Maju Jaya di dalam bidang pengacaraan & lakonan. Binggo !!! Hmm... Bila lagi nak berlakon filem yang sehebat Kaki Bakar? Dan... nak ajak abang jadi 'Pak Pacak' dalam Nikmatnya Malaysia? Hahaha... Nak jugak glamer tuh...



No comments: