Tuesday, January 19, 2010

Tragedi Berdarah 99 Nyawa...


Awal-awal lagi penulis novel sejarah ini - Abdul Latip Talib telkah membuat 'tuntutan' yang berbunyi ' Novel ini adalah versi yang berbeza daripada filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (LAPD), terbitan 2009 dan novel dengan tajuk yang sama terbitan tahun 1957 hasil karya Cikgu Shaharom Hussain. Menurut beliau lagi, novel ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian beliau sendiri'.

Namun begitu novel setebal 333 halaman terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd ini tetap menggunakan poster filem LAPD sebagai penghias kulit. Bukan itu sahaja, kandungan novel ini juga turut menyisipkan snap shot - snap shot daripada filem terbabit. Novel ini juga menjadi novel kedua yang berjaya saya habiskan di awal tahun ini. Jadi ada kemungkinan besar saya boleh menghabiskan 24 buah novel sepanjang tahun 2010 !!! Tahun lalu saya cuma berjaya membaca 12 buah novel sahaja. Niat kena dipasak dari awal...

LADP mengisahkan tragedi berdarah yang telah mengorbankan 99 nyawa yang pernah berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. (Novel ini adalah novel sejarah). Kawasan ini sebenarnya terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dan Parit jawa). Di namakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar menjadi padang jarak padang terkukur. Menurut sejarah, daerah ini deperintah oleh Org Kaya Aris dari keturunan Daeng Seriuk.

Awang dan Dayang adalah berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Awang dan Dayang yang saling menyintai telah ditunangkan akhirnya (meskipun mula-mula seperti mendapat tentangan), namun begitu keluarga Dayang meminta agar Keluarga Awang menyediakan wang hantaran $370.07 dan sehelai kain mastuli tenunan bugis (kain ini dikira amat mahal dan berharga ketika itu). Bagi membolehkan Awang menyediakan hantaran tersebut, maka mereka bersetuju untuk bertunang selama 3 tahun. Dan ini sebenarnya telah memaksa Awang merantau bagi menyediakan keperluan hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun kepulangan Awang telah terlewat 5 bulan dan dalam masa yang sama telah membolehkan Bachok mengambil kesempatan untuk merampas Dayang daripada Awang dengan tipu segala tipu muslihat yang ada. Kepulangan Awang yang di sangka telah mati oleh keluarga dan orang kampung di saat-saat majlis perkahwinan Dayang dan Bachok akan dilangsungkan telah mengakibatkan Awang mengamuk besar.

Maka terjadilah tragedi telah dimana Lembing Awang, setelah mengorbankan 99 nyawa (termasuk bapa Dayang) akhirnya pulang ke Dayang... Dan mengikut ceritanya Dayang tidak berkahwin selepas itu dan menimpan lembing tersebut sehingga akhir usianya.

Antara yang betul-betul berbeza daripada versi filem ialah kisah ketika Awang merantau sehingga ke Makasar. Di sini Awang telah tinggal dengan Daeng Purnama yang mempunyai anak bernama Kuntum yang juga menaruh hati kepada Awang. Manakala di dalam versi filem pula Awang bekerja dengan Kompeni Belanda di mana beliau telah di goda oleh Gadis belanda benama Claudia.

Novel Sejarah ini agak mudah dibaca dan difahami kerana menggunakan lenggok bahasa yang mudah, jelas dan tanap maksud tersirat. Namun begitu jalan ceritanya agak mendatar dan tidak begitu suspen bukan kerana saya telah mengetahui kisah ini tetapi kerana penulisannya adalah seperti menghamparkan kisah silam di depan mata untu saya tatapi.

No comments: