Wednesday, January 6, 2010

Jelajah Persada : Episod 1 (Titiwangsa)





Seperti adegan kejar-mengejar antara kereta saya dan kereta mas dek kerana mengejar masa untuk tiba di Pantai Barat jam 8.00 malam. Tepat jam 7.00 malam kami sampai di R & R Titiwangsa yang menurut sembang-sembang kaki lima adalah R & R yang tertinggi di Malaysia. R & R ini boleh di katakan lengkap kerana ada restoran, tandas, surau dan tapak ruang memandang. Pemandangan di sini sungguh nyaman sekali tambahan pula situasi ketika kami sampai di seliputi kabus. Pokok-Pokok di sini juga kelihatan seperti di pinggir hutan yang hijau saujana mata memandang. Sementara faunanya mungkin tidak dapat kami lihat kerana mungkin semuanya sudah masuk tidur barangkali. Waktu hampir Maghrib jadi kami cuma sempat untuk singgah mengambil gambar, menyedut udara bersih dan melepas lelah. Tidak lama cuma lebih kurang 10 minit kami menghabiskan masa. Perjalanan masih jauh juga. Tapi Alhamdulillah semuanya OK sehingga kini...

No comments: