Monday, January 4, 2010

Jelajah Persada : Episod 1 (Cameron Highlands)




Lucu bila mengingatkan perbincangan di antara Mas, Oxford & saya di Old Timer Kopitiam, Bangi ketika merancang tentang penjelajahan kami ini. Sebelum itu, XPDC ini selalunya merujuk kepada Road Trip - Gua Musang tetapi apabila perbincangan terperinci dibentangkan cuma ada dua kemestian yang membuatkan kami ketawa terbahak-bahak tanpa henti. Pertama, Teh & Scone di BOH Tea Centre (BTC). Kedua, Strawberry Smooties di Equatorial, Cameron Highland. Dua-dua kemestian ini membuatkan tarikan Gua Musang, Gunung Stong & Tasik Banding tiba-tiba tenggelam. Sedangkan itulah tujuan utamanya... Tapi... kan ini 'road trip', perjalanan adalah lebih penting dari destinasikan?

Kami tiba di lokasi dituju, BTC Sungai Palas lebih kurang jam 1.20 petang. Sudah melewati waktu Solat Jumaat di mana saya terpaksa berniat untuk menjamak Asar & Zohor sahaja kemudiannya. Denai menuju ke Sungai Palas pula amat mencabar sekali. Sehingga sepanjang perjalanan Lisa kelihatan amat tegang. Pemanduan saya penuh berhati-hati di tambah pula dengan hujan renyai-renyai dan kadang kala agak lebat. Tetapi bila terpandang bangunan BTC semuanya hilang kerana ia sungguh indah dari jauh lantaran 'Mango Tea Seri Songket' dan 'Scone' telah sedia menunggu. Kami menjadi hampir 'tamak' apabila bukan sahaja menempah teh dan scone tetapi juga pie ayam, nasi lemak dan kek cokelat yang sungguh 'devil' sekali. Lagipun, inikan 'lunch' kami. Mas dan Oxford juga apa kurangnya. Usai makan kamipun mengambil peluang untuk mengambil gambar sepuas-puasnya (Ya.. pemandangan berlatar belakangkan ladang teh di sini amat indah sekali - saujana mata memandang) selain daripada melewati kedai jualan BOH Tea, ruang pameran dan juga kilang BOH Tea. Kami meninggalkan BTC lebih kurang jam 2.35 petang untuk menuju EQ !





Perancangan asal memang hendak menuju terus ke EQ, tetapi apabila terpandang sahaja papan tanda Gunung Berinchang terus kami membuat keputusan bersama untuk 'mendaki' Gunung Berinchang dengan kereta. Jika tadi laluan ke Sungai Palas mencabar tetapi denai ke Gunung Brinchang adalah sepuluh kali lebih mencabar. Ini terbukti apabila laluan terlalu sempit, licin dan curam kenderaan kami tersangkut. Ditolak oleh dua orang pun tak lepas. Apa lagi terpaksa menurun ke bawahlah jawabnya. Alhamdulillah tiada kerosakan dan kemalangan. Sementara ketika itu Mas dan Oxford sedang 'besenang-lenang' di hadapan menunggu dan mengambil gambar kereta saya. Hahahaha....

Kami tiba di Gunung Berinchang lebih kurang jam 3.35 petang. Memberhentikan kereta lantas menjejaki anak-anak tangga ke dalam Hutan Simpan Gunung Berinchang yang bukan hanya cantik tetapi eksotik; seperti lokasi filem-filem pra-purba Inggeris seperti Merlin, King Arthur, dsb. Perjalanan yang tiada penghujung itu sampai ke jalan mati kira-kira jam 3.22 petang. Setelah bergambar 4 orang menggunakan 'self timer', kami berpatah kembali untuk mencari puncak sebenar Gunung Berinchang. Mengikut sejarahnya, saya sudah 3 kali mendaki Gunung Berinchang sekitar tahun 1992-94; ketika itu saya masih menuntut di Menara Gading. Kami mengikut denai hutan simpan untuk sampai ke puncak. Puncak Gunung Berinchang semestinya mempunyai stesen pemancar TM !!! dan kami belum menemuinya lagi. Setelah membuat perkiraan... kami bersetuju untuk melewati yang seakan jalan mati. Alhamdulillah... perkiraan kami tepat dan sampai ke puncak sebenar apabila terpandang Stesen pemancar TM & Menara Pandang!! Satu pencapaian... 2031M akhirnya kaki kami berempat menjejak lagi puncak ini. Dan untuk saya kali Ke-4 !



Mas memamg bijak 'meracun'. Kami seperti akur akan cadangan untuk berhenti di EQ untuk merasai kehebatan Straberry Smooties di sini. Mengikut perkhabaran ia adalah 'yang paling tersedap sekali di dunia'. Saya kira di dalam hati Mas juga ada cuaknya, manalah tahu kalau-kalau strawberry smooties ini tidak mencapai tahap piawaian Oxford, Lisa dan saya. Namun, lega apabila hirupan pertama sudah terasa keenakannya. Di EQ juga kami telah dikejutkan dengan berita yang Cameron Highland dilanda masalah bekalan air. Hmm... adakah ini bererti kami akan tidak dapat mandi malam ini? Tuhan saja yang tahu...



Perjalanan yang amat-amat panjang. Jarak di antara Brinchang ke Tanah Rata cuma sekitar 8 kilometer sahaja. Tetapi kami terpaksa mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Tanah rata dari Brinchang unutuk 'check-in' di Casa Della Jaszmin. Secara teori, jika kami berjalan kaki mungkin akan sampai lebih awal daripada memandu. Maka, jika kita ada perancangan untuk melepasi kawasan ini cuba elakkan pada petang Jumaat di musim cuti sekolah dari jam 5.00 petang sehuingga 9.00 malam. Ada ramai pelancong yang singgah di Pasar Malam Berinchang yang akan mengakibatkan MACET yang lebih hebat dari Kota Bangkok!!!

Kami tiba di Casa Della Jaszmin kira-kira jam 8.15 malam. Itupun setelah berkali-kali Mr Rama menelepon bertanyakan kami bila akan sampai. Usai 'check-in' kami bersetuju untuk keeluar makan malam di Medan Selera Tanah rata dahulu. Setelah mengisi perut maka kami masing-masing mengambil giliran untuk membersih diri, melayari internet, berehat, menonton TV dan tidur. Esok perjalanan masih panjang dan penuh misteri pastinya.









Keesokannya, pada 19/12/2009 kami semua bangun awal. Mungkin kerana semua sedar bahawa apartment ini cuma memiliki 1 bilik air maka semua perlu bertimbang rasa. Aduh... air di Cameron Highland masih sejuk seperti dahulu. Sungguh segar mandi air sejuk... hahaha... Tetapi hakikatnya saya juga mandi dengan alat pemanas air. Mula-mula sahaja nak rasa mandi ais !!! Setelah semua siap, kami pun keluar untuk bersarapan di Brinchang. Nasib baik pengusaha Casa Della Jaszmin amat bertimbang rasa dengan membenarkan kami menguruskan 'check-out' di Brinchang meskipun pemnginapan di Tanah Rata. Saya terpandang Cafe Alif... Hmmm adakah ia milik Alif Satar... Oh Tidak !!! Selepas mengambil gambar dan m,engisi minyak di PSS Brinchang kami meneruskna perjalanan tetapi sempat lagi membuat hentian terakhir di Pasar Basah Brinchang (di sebelah EQ). Saya membeli pokok periuk kera (yang telah lama saya idamkan) dan amat tertawan dengan Jample, Epal Cameron & Buah Cinta !!!

Cameron Highland kali ini amat indah bukan sahaja kerana saya dapat mengimbau zaman remaja di menara gading tetapi kali ini dengan pengalaman baru dengan rakan travel yang 'sporting banget!!!'.

1 comment:

Galzean said...

Abg Jep memang kelasss...