Thursday, January 14, 2010

Jika Tidak Kerana Oji..


Ini adalah koleksi DVD terbaru yang saya miliki dari seberang. Ceritanya sahabat saya Bung Joko memerlukan 2 botol kosong 'specialty produk' jenama PETRONAS dari Malaysia. Sebagai gantinya, beliau menawarkan kepada saya untuk ditukar (seperti sistem barter) dengan 2 keping DVD dan sebuah novel Indonesia 'Negara 5 Menara'. Memandangkan ia amat penting untuk pekerjaan Bung Joko maka saya pun bersetuju dengan tawaran tersebut. Maka lewat minggu lalu saya pun menerima bungkusan 'courier' daripada beliau yang mengandungi DVD 'Suami-Suami Takutkan Istri The Movie' dan 'Garuda Di Dadaku' berserta novel yang dijanjikan.

Kiranya baru semalam saya sempat menghabiskan masa menonton 'Suami-Suami Takutkan Istri The Movie'. Cerita lucu ini mengisahkan tentang kenakalan para suami terhadap isteri-isteri mereka dek kerana terlalu mengikut nafsu mengejar Trio Ganas hingga ke Bali.

Sesungguhnya, Bung Joko mengirimkan saya DVD ini kerana Oji (Fauzi Baadilla) muncul secara 'cameo' di dalam filem ini. Bung Joko amat arif tentang saya yang amat mengikuti aktor berkarisma dan hebat dari Indonesia ini (Ingat Tentang Dia? 9 Naga? LOVE?) . Setelah menonton, cuma satu yang saya mampu perkatakan, jika tidak kerana Oji tidak mungkin saya menonton filem ini... "Jangan Marah Ya Bung..."

p/s : Bung Joko... Aku masih nunguin lewat DVD Jamilah & Sang Presiden, Jangan lupa titipkan aku ya !!

No comments: