Saya memang peminat Donut terutama J.Co Donut yang sungguh menyelerakan. Saya kira ramai lagi di luar sana yang turut menggemari donut bukan. Tetapi kadang-kadang disebabkan saiznya yang agak besar dan kebanyakan perisa adalah manis belaka; membuatkan saya terasa cepat muak dan seringkali juga tidak dapat menghabiskan sebiji donut tersebut (dalam erti kata lain terpaksa berkongsi). Lagi satu, donut J.Co cuma enak jika di makan semasa panas-panas-suam. Jika sudah sejuk ia agak kurang menyelerakan lagi.
Seperti memahami kehendak penggemar donut seperti saya maka J.Co telah memperkenalkan 'baby donut' yang di panggil J.Pop yang dijual di dalam kotak saiz 24 biji donut bersaiz kecil dan enak. Dalam setiap kotak kita akan dapat merasai 12 jenis perisa donut yang berbeza. Semasa saya dan Lisa mengunjungi Sunway Pyramid baru-baru ini bersama-sama Nazeem, Hajar & kedua anak mereka (Nawfal & Nazmi) kami sempat sinbggah di J.Co Cawangan Sunway Pyramid untuk menikmati J.pop (ini kali kedua buat saya dan Lisa sebenarnya). Ternata Nazeem & Hajar juga berpuas hati. Antara perisa yang ada dalam kotak yang kami beli termasuklah Alcapone, Coco Loco, Barry Spears, Blue Berrymore, Why Nut, Oreo, Copa Banana dan bayak lagi. Boleh makan sebiji seorang dan tak perlu di potong-potong lagi. Bijak kan?
No comments:
Post a Comment