Monday, January 11, 2010

Corat Coret AJL 24

Persembahan pembukaan gelanggang pertandingan malam tadi adalah Aurora oleh Estrange. Persembahan yang biasa-biasa sahaja, tiada gimik hebat, tiada 'wow!' tetapi dek kerana persembahan pembukaan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Azlan & The Typewritter terlalu mantap makan tiba-tiba sahaja persembahan Estrange terus tenggelam !!!


Jika nak dibandingkan persembahan Alyah semasa separuh akhir dan di malam Juara Lagu maka perbezaannya adalah persis langit dengan bumi. Nyanyian Alyah tampah lebih relex (dan tidak dipaksa-paksa) malah lebih menghayati. Penari latar dan props Alyah juga membantu memberi makna kepada lagu ini. Cuma bagi saya Gaun berwarna merah mungkin tidak kena dengan mood lirik Tak Mungkin Kerana Sayang yang agak pudar dan kusam.

Tahniah kepada Misha Omar yang begitu bersungguh-sungguh menampilkan kisah percintaan Adam dan Hawa. Sepanjang nyanyian beberapa kali Stadium gamat dek kerana sorakan dan tepukan penonton. Idea memulakan lagu dengan sajak juga memberi impak terhadap makna lagu ini. Misha juga kelihatan bersatu dengan props dan penari. Meskipun gagal membawa pulang anugerah vokal mahupun persembahan; saya puas dengan persembahan Misha.

Yang paling saya takut dengan persembahan Masih Jelas hafiz ialah penggunaan props yang sia-sia. Persembahan ini cuma ada tiga elemen ketara. Video Klip sebagai latar cerita, Bunga Tulip bercahaya dan interaksi Hafiz dengan bunga, video dan penonton. Semuanya kelihatan OK tetapi tidak mampu menambat hati juri !!!

Secara peribadi saya amat meminati persembahan Bunkface dengan Situasi malam tadi. Jika teruk 'diserang' peminat dan wartawan hiburan ketika menyampaikan lagu ini di peringkat separuh akhir tempoh hari tetapi malam tadi, Bunkface telah bangkit menebus kegagalan lantas membuktikan yang mereka memang mempunyai 'X Factor' yang amat kuat. Suara sam yang bagus, impak pentas yang menarik, kehadiran dua penyanyi cilik untuk merobah 'situasi' masa akan datang adalah kupasan kepada liriuk bersahaja lagu ini.

Bila ternampak Stacy di dalam sangkar terus saya teringatkan video klip Shakira "She Wolf". Stacy sendiri mengaku yang idea persembahan beliau dikutip hasil daripada pemerhatian di dalam YouTube. Persembahan Stacey memang bertenaga, seperti memiliki Kuasa Kuda !!! Tetapi jika hendak ditafsirkan apakah maknanya Pakai Buang dengan Sangkar mahupun 'pentas juara', saya juga keliru. Tetapi syabas dengan ledakan dan letupan yang membuat seisi stadium 'mengucap' !!!

Lagi satu persemabhan yang menyentuh dan memikat hati saya ialah Pergi oleh Aizat. Bagi saya ini adalah persembahan 1Malaysia yang penuh dengan nilai-nilai patriotisma. Alunan syahdu hindi dipermulaan lagu, gesekan erhu yang mendayu-dayu, lontara suara Aizat yang begitu cocok dengan melodi lagu, suasana kelam pentas dengan cahaya lilin dan suara latar yang mantap telah membina persembahan ini berada di suatu tahap yang akan diingati dalam masa yang panjang. Tidak lupa juga video klip negarawan yang membuatkan kita bersyukur akan segala sumbangan mereka untuk persada tercinta ini.

Ini adalah persebahan yang tidak memberi impak kepada saya meskipun kehadiran begitu ramai Rangers dengan kareografi tersusun. Ia tidak lebih daripada sebuah persembahan gigs yang mendapat sambutan hebat tetapi tidak memiliki nilai estetika. Jika perasan, pemain alat tiupan juga ada 'step' masing-masing !!!

TV3 telah membuat tindakan tepat dengan mengubah giliran Tomok dan Faizal Tahir. Persembahan Tomok memang berada di aras yang melebihi 'average' tetapi tidak memiliki faktor untuk mengajak kita terus mengingati. Tomok pula sepanjang nyanyian asyik memegang telinganya. Mungkin ada masalah pendengaran kepada monitor. Selain daripada itu, Rindu akan Terhenti di sini. Saya kira persembahan Tomok untuk lagu ini di Final OIAM3 lebih memberi kesan.

Lontaran suara Black memang 'power habis'. Black seperti menyanyikan lagu ini khas untuk peminat beliau apabila memulakan persembahan dari bawah pentas. Di pertengahan persembahan pulan para penyokokng Black yang juga memakai baju hitam turut sama bernyanyi dari tempat duduk mereka. Mereka juga dibekalkan dengan alat pembesar suara oleh penganjur. Black juga tigak lupa turut sama menari dengan penari. Penguasaan pentas Balck juga baik.Nilai dari segi persembahan kurang tetapi suara 'pukul habis'.

Saya bukan tidak memahami props dan klip video yang menjadi latar persembahan Akim tetapi saya kira usaha ini sia-sia sebab Akim tidak bersatu dengan props dan klip video tersebut. Maka persembahan ini jika kita pejam mata pun kita tidak akan rugi apa-apa.

Oh... Bulan beberapa kali. Sebutlah ia tetap merdu. Baby piano yang di bawa oleh Yuna juga akan comel sekali. Yuna menjadikanlagu in amat medu malam ini. Persembahan yang amat snatai tetapi ikita akan seperti mahu lagi dan lagi dan lagi. Bravo Yuna !!!

Aizat memang ternyata 'all out' dan 'enjoy tahap gaban' ketika mendendangkan lagu ciptaan beliau ini. Mengambil tema 'back-to-school' dan mungkin juga 'unfold the music' yang menjadi Tema AJL 24 membuatkan persembahan ini hebat malah selari dengan kehendak penganjur. Dari pentas besar berlari ke pentas bulat di tempat kalangan penonton membuatkan persembahan ini terasa amat hampir dengan penonton dan hati penyokong. Idea yang brenas. Kareografi yang amat menarik. Permulaan persembahan yang mengimbau detik persekolahan membuatkan kita tertunggu-tunggu. 3 minit yang amat pantas...

'Sejibik' Micheal Jackson. Menyanyi dengan tongkat ala-ala Wacko Jacko. Suit yang kolar tertulis F & T persis juga meniru Micheal Jackso "M & J". Black and White juga antara single Micheal Jackson yang amat popular dan kontroversi. Maka penari dan pelakon memakai baju HitamPutih. Angin dan Asap disembur di hadapan muka dan membuar rambut ikal FT mengerbang juga ala-ala Persembahan Micheal Jackson. Penari Terbang !!! Lagi satu... Maka bolehkah saya memanggil Faizal Tahir sekarang ini sebagai Micheal Jackson Malaysia? "Tepuk dahi tanya diri sendiri". Banyak juga elemen simpati untuk mendapat markah juri yang di tampilkan sebenarnya melalui persembahan Faizal Tahir ini. Antaranya menyanyi dalam keadaan kesakitan, persembahan yang penuh kesakitan - bertongkat. Faizal menjatuhkan dirinya sendiri di akhir persemabahan seperti real, menambahkan lagi 'prasangka' ini. Sedar atau tidak, di akhir persembahan Shila OIAM muncul? Maaf... saya memang tak berkenan dengan 'overall' idea persembahan kitar semula dan meraih 'undi' ini !!!

Akhir sekali, Tahniah untuk Pete Teoh & Amran Omar (INI ADALAH PERTANDINGAN LAGU). Dan juga Aizat yang mendendangkan lagu ini dengan amat baik sekali. Memang juri telah membuat pilihan yang tepat.

1 comment:

Anonymous said...

valium diazepam buy d 10 valium - buy valium america