Ini buktinya yang sekarang ini Siti Payung bukanlah hanya sekadar sebuah lagu tradisional yang dinyanyikan oleh bujang dan dara satu ketika dahulu. Di Banadaraya pelancongan Miri, Siti Payung adalah sebuah Kafe 'ala-ala' Secret Recipe di mana kita boleh bersantai sambil minum kopi dan makan Kek Lapis Sarawak dan juga melayari internet. Lokasi Cafe' ini alah di Lot 1314, Miri Waterfront Commercial Centre.
Berbagai kek lapis boleh dijamah di sini. Yang pasti jika kita mampu untuk membayar harganya semua pun boleh dirasa. Sesuatu yang amat menarik ialah apabila untuk menjamu selera di Restoran siti payung, kek-kek lapis ini dipotong dalam bentuk kiub-kiub kecil dan dijual secara pek tiga rasa dalam satu pek. Sekadar menyebut antara yang menjadi pilihan ramai termasuklah Kek Lapis Oren Sunkist, Kek Lapis Roll Cheese, Kek lapis Bunga Api, Kek Lapsi Roll masam Manis dan yang terbaru Kek Lapis Siti Payung.
Selain daripada kek lapis ada juga produk dari Sarawak lain yang turut dijual di sini. Antaranya ialah Ikan Masih Terubuk, Kerepek Tradisi, Gula Merah sarawak, Gambir Sarawak, tabaloi, Kuih Cincin dan Beras Bario, sekadar menyebut. Mungkin Restoran ini dalam proses untuk menjadi '1 Stop Centre' untuk pelancong (dalam dan luar negara) yang ingin mendapatkan cenderahati kepada rakan-rakan mereka.
Saya dan Morni (rakan saya di Miri) mengambil kesempatan untuk merasa Kek Lapis Roll Bunga Api, Kek Lapis Roll Fido Dido dan Kek Lapis Roll Lilo Stitch. Apa yang dapat dikatakan semuanya sedap-sedap belaka !!! Hahaha... mungkin ada yanga kan mengatakan saya 'bias' kerana saya memang peminat kek, tapi kalau tak percaya datanglah sendiri. Rasalah sendiri. kemudian tinggalkan komen di sini.
Sebagai peminat kopi, sudah tentu kopi yang saya minum. Hmm... Adalah lebih enak jika Cafe' Siti Payung ini dapat mepelbagaikan hidangan kopi yang untuk penggemar kopi seperti saya. Saya kira sarawak juga pasti ada kopi tradisi mereka kan? Tetapi setelah 'berdiskusi' dengan Morni kami merasakan cara yang paling enak untuk menikmati kek lapis ialah dengan hanya meminum kopi-o tanpa gula ataupun teh-o tanpa gula !!!
Sudah puas mengomen... itu dia pemilik Cafe Siti Payung, Bro Hafidz. Sebagai 'tokey' yang mesra pelanggan tidak syak lagi perniagaan ini mampu pergi jauh !! InsyaAllah jika saya ke Miri lagi pasti saya akan singgah samada petang ataupun malam. Bukankah begitu? Jika hendak membuat tempahan, hubungi sahaja piabu_sop85@hotmail.com jika ingin mebuat tempahan !!!
Nota Jase :
Demi tugas saya terpaksa menyambut tahun baru 2010 di Bandaraya Pelancongan Miri, Sarawak. Tugas yang bermula sejak 30hb Disember 2009 telah meleret sehingga petang 31hb Disember 2009 yang mengakibatkan saya terpaksa mengubah jadual penerbangan kepada 1hb Januari 2010. Usai semua tanggungjawab lewat petang 31hb, saya 'terpaksa' mengajak rakan saya Morni (yang bertugas di Miri) untuk menemani saya makan malam dan bersantai-santai dan juga meneruskan projek 'PSS Challange' saya. Sambil ronda-ronda bandaraya setelah mekan malam teringat pulan ingin merasa dan membeli Kek Lapis Sarawak. Nasib baik Morni teringatkan Cafe kek Lapis Siti Payung, lantaran tujuan utama saya untuk makan kek dan minum kopi (kira macam supperlah ni.. dan bukannya nak membeli kek lapis untuk di bawa pulang). Namun dek kerana kebaikan dan persahabatan yang dihulurkan oleh Hafidz maka akhirnya saya membeli dua pek kek lapis (Siti Payung & Masam Manis) untuk di bawa pulang. InsyaAllah pada di singgahan akan datang di Miri saya akan mengunjungi lagi Siti Payung. Anda juga jika bertandang di Miri, jengoklah juga Siti Payung yaa...
4 comments:
terima kasih atas komen yang diberi..insyaalah akan ada permbaharuan dari kami..yang pastinya...saya yang mesra pelanggan memang sudi menerima teguran,cadangan, komen dan apa2 yang boleh membantu..abang memang berbakat menulis.tahniah...blog yang akan selalu saya layari...
TQ Hafidz. InsyaAllah... penulisan akan di teruskan selagi terdaya. Jika ke Miri lagi akan abg singgah juga di Siti Payung. All The Best & Take Care.
Abg Jep.. Saya pun rasa macam nak gi Miri jugak. Nak rasa Kek Lapis Sarawak ni... Bila nak ajak saya gi Miri?
saya setuju dengan anda!!
kek lapis di sini memang sedap sedap belaka!!
Post a Comment