Tuesday, January 5, 2010

Jelajah Persada : Episod 1 (Gua Musang - Dabong - Jeli)




19 Disember 2009 : Usai menjamu mata di Pasar Basah Brinchang di sebelah EQ kami bersepakat untuk meneruskan perjalanan ke Gua Musang melalui jalan yang sama kami datang dahulu sehingga berdepan dengan simpang tiga di mana jika ke kiri kami akan berpatah balik ke Simpang Pulai, maka kami mengambil jalan ke kanan iaitu ke arah Blue Valley dan akhirnya akan sampai ke Gua Musang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam sebelum sampai ke Pekan Dua Musang. Perjalanan pada mulanya agak cantik dan menarik di mana Blue Valley merupakan sebuah ladang hasil bunga dan sayuran yang amat besar sebelum kami dikejutkan dengan kabus tebal yang menghalang penghilatan. Tiba-tiba sahaja saya sudah tidak dapat melihat kereta Mas dan Oxford. Hati di dalam cuak kembali kerana bukan sahaja setelah lampu dipasang tidak memberi apa-apa kesan lantaran pada masa yang sama fikiran melayang-layang kemungkinan kami akan hilang di dalam dimensi keempat tanpa dapat di kesan dan mencari jalan pulang. Bagaimana pula ceritanya? Perjalanan berkabus melewati sehingga lebih 20 minit sebelum kami berhenti di tepi jalan untuk menikmati pemandangan yang sungguh indah. Wow !!




Lebih kurang jam 1.00 petang kami sampai di Gua Musang. Destinsai pertama ialah PSS PETRONAS Gua Musang sebelum kami mencari papan tanda untuk ke Stesen Keretapi Gua Musang. Perjalanan melewati Pekan Gua Musdang yang sedang giat membangun tambahan pula ia adalah satu-satunya kawasan di negeri kelantan yang tidak pernah terlepas ke tangan parti pembangkang. Akhirnya kami tiba ke tempuat tujuan. Menghabiskan masa di dalam rintik hujan menikmati dan memerhati sekitar Stesen Keretapi yang menyimpan banyak sejarah negara. Latar belakang Gua Musang di stesen ini selalu menjadi panorama yang jarang terlepas dari lensa jurufoto dna kini saya dapat melihat dengan mata saya sendiri. Siknifikasi saya mengambil gambar berlatar belakang papan tanda stesen ini ialah kerana teringatkan sebuah pemenang anugerah Drama Terbaik di Anugerah Seri Angkasa sekitar tahun 1994-95 "Cikgu Limau Kasturi" yang begitu menyentuh hati lakokan Harun Salim Bachik yang secara peribadi saya dedikasikan kepada Angah, seorang guru contoh juga. Ingat lagi saya yang terpaksa meminjam VCR tersebut dari Perpustakaan Universiti dan menonton di bilik tayangan seorang diri usai peperiksaan akhir. Sudah lebih berbelas tahun yang lampau...

Setelah memulakan roda kereta untuk meneruskan perjalanan ke Dabung barulah saya terasa ralat kerana tidak menyatakan kepada Mas & Oxford untuk meneruskan penjelajahan sekitar Gua Musang. Singgahan kami di sini sebenarnya sekejap sangat rasanya.







Lebih kurang jam 2.00 petang kami melewati papan tanda SELAMAT DATANG KE DAERAH DABONG setelah mengharungi perjalana yang amat mencabar. Jalan licin. Jalan berlubang. Jalan kecil. Hutan sekeliling. Tiada penempatan. R&R sunyi. Tiada 'coverage' Maxis mahupun Celcom. 2 kemalangan. Jalan di sekat lori sawit. Selepas bebas semua cabaran ini akhirnya kami seakan terpandang papan tanda Gunong Stong. Seperti memiliki hubungan telepati kami semua seakan bersetuju untuk membelok ke sebelah kiri untuk merasai sendiri Air Terjun Jelawai yang di katakan tertinggi di Asia Tenggara. Percaya atau tidak, kelihatan air terjun ini airnya mengalir dari kepulan awan. Begitulah ketinggiannya dari pandangan jauh.

Kawasan rekreasi ini amat indah. Desiran air terjun yang deras dan jernih menambahkan lagi keasyikan kami untuk menghabiskan masa kami di sini. Air jeram boleh tahan sejuknya. Yang menarik di sini kerana penginapan juga disediakan meskipun agak sukar untuk mendapatkan makanan, ini mungkin kerana lebih ramai yang datang berkhemah dan masak sendiri. Setelah bersembang dengan pekerja setempat dan mengambil gambar semestinya makan kami meneruskan perjalanan ke pekan kecil Dabong. Dan semestinya Stesen Keretapi lagi untuk makan tengah hari sedangkan waktu telah melepasi jam 4 petang !!!


Satu-satunya gambar yang saya sempat 'klik' kamera saya di Jeli ialah Masjid Jeli yang boleh tahan nilai estatiknya; yang kami berhenti untuk menjamak solat Zohor dan Asar. Waktu telah melewati jam 5.45 petang sebenarnya dan kami masih mencari penginapan yang sesuai di sini. Stesen PETRONAS juga tidak di pandangan mata meskipun kami telah berpusing dua tiga kali. Maka, setelah bermesyuarat ringkas (setelah kecewa tidak dapat membeli Akok yang telah habis di sebuah gerai yang menjualnya) kami bersetuju untuk melepasi Lebuhraya Timur Barat tepat jam 6.30 petangan InsyaAllah kami akan sampai di Jeti Tasik Banding jam 8.00 malam. Itu adalah perancangan...

No comments: