Saya tahu, jika melihat kepada gambar yang saya kongsi bersama ini seperti saya pergi menonton pertunjukan Dolphin & Singa Laut seorang diri. Apa hal pulakkan? Namun hatta sesunggunya, saya menonton bersama Lisa (yang memang sudah plan dari tahun lepas lagi mengajak saya menonton pertunjukan ini) dan sahabat baik saya dari Kuantan, Nazeem dan isteri beliau Hajar beserta juga anak-anak mereka Naufal & Nazmi. Cuma saya tidak berkesempatan untuk berkongsi gambar keriangan mereka di sini (mungkin kerana belum sempat mendapatkan kebenaran agaknya?). Lagipun inikan blog saya, jadi sayalah yang seharusnya mendapat liputan yang lebih meluas kan?
Kami pergi menyaksikan pertunjukan tersebut pada hari Ahad minggu lepas sebenarnya, ketika Nazeem sekeluarga 'turun' ke Kuala Lumpur untuk Cuti-Cuti Malaysia. Pertunjukan yang berlangsung di Sunway Pyramid ini; di katakan antara yang pertama di Malaysia. Sementara itu, jurulatih kepada kedua-dua haiwan ini di datangkan khas dari Indonesia. Pertunjukan berlangsung selama lebih kurang 45 minit dan terdapat lebih kurang 4 pertunjukan setiap hari. Meskipun tempat duduk agak terhad oleh kerana kawasan agak kecil, tetapi apa yang dapat disimpulkan ialah kami semua amat berpuas hati. Jangan risau, pertunjukan masih lagi berlangsung. Dengar cerita akan dipanjangkan sehinngga bulan Februari ini. Jika ada kelapangan datanglah...
No comments:
Post a Comment