Thursday, January 7, 2010

meLambai-lambai Kepada Siapakah Itu?


Gambar saya bersama Mawi dan Ekin ini sekadar hiasan. Ia di ambil ketika saya (bersama Cikgu Jah) menganjurkan Program Makan-makan & Beramah Mesra bersama Mawi di Restoran Marry Brown, Brem Mall, kepong lewat tahun lalu.

Mawi yang tak pernah kekeringan idea kini tampil dengan idea bernas terbaru iaitu memajukan medan selera yang bakal dinamakan Lambai Lambai. Apabila dua kali melambai, ini bermaksud yang Mawi dan Ekin tentunya serius dengan perniagaan yang bakal diceburi mereka ini.

Mawi dan memasak seperti saya juga seperti langit dengan bumi. Tetapi saya kiranya boleh memasak juga jika di dalam keadaan tersdesak terumaka jika saya mengutip semua pengalamaman berkhemah di tahun-tahun ketika di Menara Gading dahulu. Jadi menurut Mawi, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. Tapi rasanya Mawi juga perlu mengawal tentang jenis makanan yang akan di niagakan, konsep dan kebersihan. Tambah beliau lagi, "Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’".

Saya sudah mencongak untuk mengajak rakan-rakan singgah, tetapi alamak... Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dekat benar dengan KL... Bukan boleh main gitu-gitu jer nak singgah... Kenalah merancang betul-betul jika ingin menyokong Mawi ni...

Lambai Lambai akan memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga. Mawi telah membelanjakan hampir RM40, 000 untuk projek terbaru beliau ini. Wow... boleh tahan besar juga pelaburan ini ya...

Projek-Projek terbaru Mawi yang Lain ialah Telefilem "Jika Kacau" dan dua drama berantai berjudul "Cinta Nami Island" dan "Gincu Cikgu Salbiah". Mawi kini muncul dengan album Era Muzik Hits Terkini bersama bintang-bintang Akademi Fantasia dan bakal melancarkan album Idola yang melibatkan penyanyi ‘otai’ seperti Ramli Sarip, Datuk Jeffry Din, Jamal Abdillah, M. Nasir, Hattan, Aznil Hj Nawawi dan Ogy Ahmad Daud pada hujung bulan ini. Album yang telah lama ditunggu-tunggu !!!

(Terima kasih kepada Jedi yang memberikan saya hint akan berita sensai dan terkini ini, jika tidak saya mungkin akan terlepas kereta api lah apabila semua orang meLambai Lambai...:))

No comments: