Kak Yah bolehlah dikatakan sebagai 'Ikon hidup' kepada Hotel DePalma, Ampang. Ada yang datang ke Cafe Rhumbia Hotel ini hanya kerana ingin menikmati goreng-goreng Kak Yah sahaja saban petang. Ada pelbagai jenis gorengan yang Kak Yah sediakan panas-panas setiap hari (kecuali Ahad & cuti umum) dari petang hinggalah ke malam hari. Antaranya ialah pisang goreng (pisang abu), cempedak goreng, keladi goreng, sukun goreng, cekodok pisang (saya kurang pasti pisang apa yang digunakan) & jemput-jemput. Ini merupakan kali ketiga saya makan goreng-goreng Kak Yah setelah kali pertama beberapa tahun lalu semasa berbuka puasa dan lewat akhir tahun lalu.
Petang tadi saya sempat bersembang-sembang dengan Kak Yah yang sudah lama berkhidmat di sini. Menurut beliau semenjak datang ke Kuala Lumpur (bersama suami dan tidak betah duduk di rumah) beliau memulakan kerja di Ampang Point sebelum mendapat kerja di DePalma lebih 6 tahun yang lalu. Mula-mula di bahagian dapur sebelum Kak Yah di ketengahkan sebagai 'selebriti' di pintu masuk Rhumbia Cafe. Nak dijadikan cerita lagi Kak Yah ini sebenarnya berasal dari utara dan kampung beliau memang dekat benar dengan kampung saya di Kedah. Dunia ini memang kecil kan? Bila saya bertanya tentang pulang ke kampung; tiba-tiba sahaja Kak Yah seperti sedinh mengingatkan kampung halaman. Saya dapat merasainya kerana sebagai anak perantau, sesekali mengigatkan kampung memang kita akan tersentuh.
Selain Kak Yah, Hotel DePalma juga dikenali sebagai satu-satunya hotel ke arah pencapaian 'Syariah Compliance' dan satu-satunya hotel yang dapat menganjurkan Solat Jumaat di Surau Hotel ini di tingkat 3, saban minggu.
Syabas kepada pihak pegurusan Hotel DePalma atas usaha ini. Bravo !!!
1 comment:
supreme outlet
kevin durant shoes
golden goose
birkin bag
golden goose sneakers
jordan retro
kobe shoes
off white jordan 1
supreme clothing
lebron 16
Post a Comment