Saturday, December 26, 2009

Unlock Your Sherlock




Dalam keghairahan para pengunjung panggung wayang menonton AVATAR, saya dan Lisa menonton Sherlock Homles !!!

Guy Ritchie (ex Madonna, pengarah filem ini) telah mengambil pendekatan yang amat berani dengan menukar watak klasik zaman Victoria British ciptaan Sir Arthur Conan Doyle (ACD) kepada sesuatu yang amat moden,'popcorn flick' dengan menzahirkan Sherlock Holmes kepada interpretasi yang amat berani dalam persada aksi yang penuh mendebarkan. Menonton Robert Downey Jr (Sherlock Holmes) dan Jude Law (Dr John Watson) di layar perak juga begitu terhibur, penuh kelucuan dan seakan kedua pelakon ini mempunyai ikatan 'chemistry' yang kuat samada di dalam mahupun di luar layar perak. Jika menonton dengan hati terbuka maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah paparan yang amat berani ini penuh dengan aksi-aksi 'blown up, blown out' persis Batman & James Bond !!!

Plot dan sub plot seperti biasa masih mengikut galur yang dicipta oleh ACD tetapi dengan suatu tambahan yang begitu mengujakan; BLACK MAGIC !!! Scotlan Yard juga pasti ada kan. Ketika itu 'London Bridge' juga masih dalam pembinaan, maka lokasi menjadi bertambah menarik bila di punghujungan pastilah saat genting dan kritikal akan berlaku di sini.

Cerita ini dimulakan dengan Sherlock Holmes dan Dr John Watson telah berjaya menamatkan kes pembunuhan ritual dan akhirnya pesalah (Lord Henry Blackwood) telah dihukum gantung. Sebelum digantung beliau telah meminta untuk bertemu Sherlock Holmes. Dalam pertemuan tersebut beliau telah memaklumkan kepada Holmes bahawa kematian tidak akan memusnahkan rancangan beliau untuk melakukan 3 lagi pembunuhan.

Keadaan London menjadi panik setelah Lord Henry Blackwood bangkit dari kubur. Semasa Holmes melakukan penyiasatan ini beliau juga terpaksa menghadapi masalah peribadi kerana Dr Watson sedang berpindah keluar dari kediaman mereka di 221 Baker St kerana ingin melangsungkan perkahwinan dan juga menamatkan 'perkhidmatan' daripada menjadi 'partner-in-crime' Holmes. Dalam pada itu Irene Adler (Rachel McAdams), satu-satunya penyiasat/penjahat yang pernah 'memperbodohkan' Holmes dua kali muncul untuk menawarkan kes daripada seorang yang penuh misteri. tanpa sedar akan 'permainan' yang terpaksa ditempuhi Holmes & Watson bekerjasama untuk menyelesaikan adventur yang mencabar dan mendebarkan disaksikan pertembungan kuasa ilmu hitam (black magic) dan kehebatan teknologi sains !!!

Filem ini di tamatkan dengan mengajak kita untuk berfikir dan meminta kepada sequel cerita ini. Masakan tidak, kita di dedahkan dengan watak Moriarty, lelaki yang tidak dikenali, penuh misteri, tidak pernah dilihat dipersoalkan oleh Sherlock usai kes Lord Henry Blackwood tamat !!!

Untuk rekod, filem ini lahir daripada hasil karya cerita asli yang ditulis oleh Lionel Wigram and Michael Robert Johnson. Sementara lakon layarnya pula di tulis oleh Micheal Robert Johnson, Anthony Peckham and Simon Kinberg. Daripada skrip yang kita amati kita akan dapati bahawa ia adalah hasil daripada fahaman mendalam terhadap watak yang diciptakan oleh ACD. Karektor Holmes kali ini lebih hidup dan dipercayai dan bukan hanya seorang perokok tegar yang dikurniakan otak yang amat genius yang juga memualkan !!! Watak Holmes kali ini juga lebih fizikal daripada kesemua jelmaan yang pernah dihasilkan.

Rating : ****

No comments: