Ahad lalu (6 Disember 2009) saya berkesempatan untuk menghadiri majlis akad nikah sahabat saya Faizal (yang saya panggil dia Pejal) dan Fateen. Untuk rekod, saya mengenali Peja semasa sama-sama menghadiri kursus untuk Fasilitator Program BAKTI beberapa tahun yang lalu. Sementara Fateen pula, saya cuma pernah nampak wajahnya di FB Pejal... Hahaha. Kehadiran ini juga dikira tanggungjawab yang perlu dilangsaikan kerana Pejal dan Fateen telah bersusah payah datang menghantar secara serahan tangan kad undangan ke rumah saya meskipun ketika itu saya tiada di rumah. Tarikh Majlis Persandingan gilang gemilang mereka akan di adakan di Putrajaya esok hari (dan saya sekali lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana telah memiliki komitmen lain yang telah disahkan terlebih dahulu). Maka sayapun menawarkan diri untuk menghadirkan diri di majlis akad nikah pasangan ini yang di adakan di rumah kedua orang tuan Fateen. Kiranya saya seperti menjadi rombongan pihak lelaki pula itulah sebabnya saya memakai baju melayu berwarna biru. Majlis dimulakan lebih kurang jam 2.30 petang dan dan alhamdulillah berjalan lancar dan akad nikah sempurna dengan sekali lafaz sahaja oleh Pejal.
Pejal & Fateen kemudian tersenyum simpul dihiburkan dengan persembahan silat sebelum mereka beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Setelah menjamu selera, sudah tentu sayapun pulang - takkan nak tunggu lagi? Untuk Pejal & Fateen - Semoga Berbahagia Sehingga ke akhirnya. Saya tumpang gembira. Dulu memang selalu saya ber'teh tarik session' dengan Pejal kerana saya selalu 'out-station' di Melaka, namun kini giliran saya menunggu Pejal untuk menghadirkan diri mengikuti kursus di tempat saya bekerja jika ingin meneruskan 'teh tarik session' dengan beliau. Hahaha...
No comments:
Post a Comment