Jika ada di antara kita yang telah menjengah Karnival Jom Heboh di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil semalam atau hari ini pasti akan terpandang dengan sekurang-kurangnya 5 gerai/kiosk yang menjual kasut/sandal Crocs dengan harga yang amat-amat-amat murah sekali. Purata harga sepasang sandal Crocs yang dijual adalah RM20.00 dan jika membeli 2 pasang maka harga yang ditawarkan ialah RM30.00 sahaja. Kita semua maklum bahawa Malaysia adalah dataran lambakan Crocs tiruan yang TERBESAR DI DUNIA. Jika dahulu jika kita bertanya kepada peniaga Crocs jalanan ini mereka akan bermati-matian mengatakan Crocs yang mereka jual adalah 100% Asli. Namun situasinya telah berubah sekarang ini, di mana mereka kini lebih beretika kerana tanpa segan silu akan memberi tahu para bakal pembeli bahawa Sandal/Kasut Cros yang dijual mereka adalah TIRUAN !!! Kata salah seorang penjual lagi ketika saya bertanya; "Bahan Croslite adalah hasil 'patented' daripada pemilik sebenar, yang di jual oleh beliau adalah daripada bahan lain yang sama tapi tak serupa".
Sebagai pengguna Crocs Original maka saya amat kesal akan situasi ini. kenapa tiada kawalan daripada Kementerian bertanggungjawab untuk membendung isu ini. Namun sebagai pengguna biasa saya hanya mampu menyeru "TEPUK DADA TANYA SELERA, TEPUK DAHI TANYA DIRI SENDIRI'.
No comments:
Post a Comment