Sunday, December 27, 2009

Bila Bulan Berwarna Biru...



Saya dan Lisa terlepas 9 jam untuk menonton AVATAR. Jangan di tanya kenapa, insyaAllah akan saya ceritakan kemudian.

Secara dasarnya Avatar telah memberikan visual yang menjangkaui pemikiran kita - begitu indah, cantik, mempersonakan, terpegun dan Wow !!!, tetapi menghidangkan cerita dari resepi yang di kitar semula, di kutip dan dicantum semula dan mesej yang mendatar yang tidak cukup 'benar'.

Avatar mengambil kira latar belakang tahun 2154 di mana manusia melalui sebuah syarikat mega korporat Amerika Syarikat memasuki planet makhluk asing bernama Pandora (bukankah ini nama tuhan mistik tamadun Greek??? bagi mendapatkan galian unobtainium yang berharga jutaan USD sekilogram. Para pekerja manusia di planet ini dikawal oleh pasukan Marin Amerika Syarikat. Penerokaan ini menemui jalan buntu kerana syarikat gergasi ini terpaksa berunding dengan makhluk asing tersebut, Na'vi untuk mencapai niat rakus mereka. Ini adalah kerana mengikut kajian galian yang dikehendaki itu berada di bawah pohon suci yang menjadi tempat tinggal puak tersebut. Yang juga menjadi nadi 'Eywa' yang menyatukan Na'vi dengan penyatuan fiber optik antara Na'vi dengan Eywa dan juga makhluk (tumbuhan dan binatang) lain di Pandora. (Apakah James Cameron juga menyahut gagasan PM Najib kita - '1Malaysia'?) Ini adalah kerana di Pandora; Nadi kesatuan satu Pandora adalah dengan satu planet, satu roh dan satu tenaga/kuasa.

Tema Avatar juga dilihat sebagai simbolik permohonan maaf terbaru Amerika Syarikat !!!. Ia mencerminkan tuduhan pihak imperialisma kulit putih Amerika dalam tahun 1800 di mana mereka telah menghalau Puak Red Indian daripada tanah suci mereka atas nama kuasa, kerakusan, ketamakan dan mengejar kekayaan.

Percaya atau tidak di dalam cerita ini juga ada menyentuh tentang Venezuela dan Nigeria (kedua-dua negara ini kaya dengan minyak) tetapi Amerika Syarikat belum pernah lagi berperang @ menyerang @ menakluk. Mungkinkan ini adalah destinasi peperangan Amerika Syarikat yang seterusnya untuk beberapa tahun mendatang?

Bagi memenangi hati Puak Na'vi, satu kajian sains yang di ketuai oleh Dr Grace telah berjaya menghasilkan klon tubuh puak Na'vi melalui program yang dinamakan Avatar. Nak dijadikan cerita seorang bekas askar marin Amerika Syarikat yang lumpuh, Jake Sully telah berjaya memperoleh peluang untuk mengemudi Avatar setelah kembarnya, seorang saintis di situ telah terbunuh dalam satu kejadian jenayah di bumi. Ini adalah kerana sebagai saudara kembar mereka memiliki genetik yang sama. Dengan 'memakai' klon Na'vi Jake boleh berlari, terbang, memburu dan bercinta dan mempunyai ketinggian melebihi 10 kaki.

Metos ini di teruskan dengan menjadi seperti cerita kitar semula Hollywood apabila Jake telah sesat di Pandora dan ditemukan dengan anak gadis ketua Na'vi, Nyeteri. Dan lantas berusaha untuk diterima dan belajar menjadi Na'vi sebenar. Seperti yang di duga, Jake tidak akan hanya tertawan dengan keindahan Pnadora yang 'glow in the dark' tetapi juga Nyeteri (dan bakal mengundang konflik perebutan Nyeteri dengan pahlawan Na'vi yang telah di'tunang'kan dengan Nyeteri).

Jake (termasuk Dr Grace) akhirnya berpaling tadah lantas bersatu dengan Puak Na'vi untuk menghalang syarikat mega korporat Amerika Syarikat yang bukan sahaja mencari galian tetapi memusnahkan Pandora. Jake akhirnya menjadi wira Na'vi setelah berjaya menjadi Turok Macto lantas berjaya memusnahkan pasukan marin Amerika Syarikat.

Di akhir cerita, Jake akhirnya memilih untuk menjadi Na'vi sebenar dengan kelahiran kedua dengan bantuan Eywa (semangat alam di Pandora).

Stereotaip lain yang sudah dijangka ialah; semestinya kemenangan berpihak kepada mereka yang ditindas dan baik selain daripada mesej hijau yang telah menjadi teori 'agama' baru orang barat; yang juga 'spin off' daripada teori Darwin bagi mereka di Amerika Syarikat !!!

"Menonton untuk melihat dan bukan untuk dipengaruhi"

Rating : *** 1/2

No comments: