Thursday, December 3, 2009

Cinta, Rusuhan & Air Mata


Masih segar dalam ingatan saya sekitar tahun 1989, ketika itu saya masih belajar. Begitu juga Angah. Angah yang dalam ranga untuk mengambil STPM menjadikan Dewan Masyarakat sebagai salah satu bacaan wajib beliau. Meskipun majalah ini agak berat sekali, sesekali saya juga mengambil kesempatan untuk menimba ilmu mana yang boleh daripada bahan bacaan ini. Salah satu karya dan penyelidikan yang menarik minat saya adalah hasil tulisan Fatini Yaacob yang mengupas dengan begitu mendalam, terperinci dan menarik sekali mengenai Tragedi Natrah. Kini setelah 20 tahun berlalu barulah saya mampu untuk bertemu dengan Fatini lantaran itu saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan senaskhah kajian beliau mengenai Natrah yang telah dikemaskini yang mengambil kira lampauan masa 1937 sehingga 2009. Karya hebat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM dan dijual secara promosi (dengan harga RM65.00 senaskhah) di Istana Budaya sempena Teater Natrah yang sedang dipentaskan di sini sehingga 9 Disember 2009 nanti.

Penyelidikan setebal 457 halaman ini saya kira akan mengambil masa yang lama untuk saya menghabiskannya, namun sekitar semalam saya sudahpun membaca bab akhir kerana ini mengetahui bagaikan kesudahan Natrah @ Puteh @ Nadra @ maria @ Bertha ini dari sisi pandangan Fatini. (alamak anti klimakslah pulak).

Saya sebenarnya amat tersentuh dengan tulisan Fatini di halaman 455 yang antaranya berbunyi; "Walaupun secara ideal orang-orang Islam mahu melihat Natrah kembali kepada islam, namun bagi saya, saya percaya Natrah tetap dalam kasih sayang dan keampunan Allah jua, kerana sesungguhnya yang memiliki natrah sebenarnya adalah Allah bukan kita sebagai insan. Kita tidak berhak mengatakan apa-apa pun terhadap hak dan ketentuan Allah apabila telah berakhir hayatnya, kecuali mendoakan kebaikan untuknya."

Sesungguhnya saya mendoakan segala kebaikan untuk diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat. Untuk Natrah semoga Allah memberikan kebaikan untuk beliau juga...

No comments: