Kenapa saya mengambil gambar dengan memegang Majalah Libur Edisi Disember 2009 di sebuah lokasi pelancongan di Malaysia iaitu Firefly Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor? Jawabannya tunggu saja 'entry' saya selepas 13 Disember 2009. Sesuatu yang amat menyeronokan akan berlaku. Tunggu saja yaa...
Gambar ini di ambil pada 27 November 2009 yang lalu. Niat untuk menyaksikan Kelip-kelip ini memang sudah lama terpendam. Selain daripada itu, saya juga diasak Lisa yang meskipun kampungnya dekat dengan Kuala Selangor tetapi belum pernah menyaksi dan menangkap secara hidup-hidup serangga yang kelip-kelip itu. Hasrat pada mulanya memang ingin ke Kampung Kuantan tetapi setelah rujukan dilakukan di internet dan memandangkan juga Iwan telahpun ke Kampung Kuantan Musim Aidil fitri yang lalu maka kamipun mengubah destinasi ke Firefly Park Resort di Bukit Belimbing. Selain daripada Iwan; Ebi, Nora, Dafi dan anak mereka juga turut serta kali ini. Memang tidak banyak bezanya kerana kita akan menyusur sungai yang sama iaitu Sungai Selangor dan Kelip-Kelip cuma akan kelihatan di Pohon Berembang sahaja. Arus sungai agak perlahan dan lawatan dengan bot ini mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit. Mengikut ceritanya, jangka masa menunggu di Firefly Park Resort adalah lebih pendek jika di bandingkan dengan Kampung Kuantan.
Ralatnya saya kerana tidak sempat mendapatkan cenderahati kerana Kedai Cenderahati kerana telah tutup usai saya pulang dari menyusur sungai kira-kira jam 9.45 malam. Mungkin pihak Firefly Park Resort patut memikirkan untuk melewatkan operasi kedfai ini dan juga restoran makan laut tersebut. Jika tak puas, ada chalet untuk tujuan bermalam. Apa lagi? Jom !!! Lagipun tiket cuma RM15.00 seorang.
No comments:
Post a Comment