Sunday, December 27, 2009

Siapa Yang Paling Nakal?

Semalam semasa saya dan Lisa lepak-lepak di Mines Shopping Fair @ MRC saya terjumpa sebuah album yang telah lama ditunggu-tunggu sebenarnya. Bila dah terjumpa, kenalah dibeli. Album apa lagi kalau bukan album terbaru Alif Satar (OIAM 1.. Ingat? Hmm.. Pengacara Idola kecil 2? YES !!!) yang berjudul NAKAL. Lebih 2 tahun sebenarnya saya menunggu buah tangan daripada Alif ini. Hmm.. Sebenarnya siapa yang Nakal ni Alif? Alif atau kekasih aLIF budak sekolah tu? Hahaha... Eh.. Eh... budak 19 tahun ni. Apapun tahniah kepada Alif kerana berjaya menghasilkan album ini yang mengumpulkan ramai komposer kreatif seperti Audi Mok, Zimi Sofaz & Aidit Alfian antaranya. Alif juga tidak ketinggalan menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Katamu.

Selain daripada lagu Jangan Nakal & Akan Tiba (runut bunyi Rona Roni Makaroni ciptaan Amelea AF3) yang telah lama berkumandang di radio sejak awal tahun lagi, album ini juga menampilkan lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. Secara keseluruhan terdapat 7 buah lagu dan juga satu lagu minus one "Jangan Nakal". Secara peribadi ada tiga lagu yang betul-betul menyentuh jiwa saya. Lagu yang paling saya suka ialah Cukup Indah (Zimi Sofaz/Zimi Sofaz), Lagi Lagi Cinta (Audi Mok/Shah Shamshiri) dan Katamu (Alif Satar & Farith/Alif Satar & Farith). Mengikut perancangannya lagu Cukup Indah akan dijadikan Single dalam masa terdekat. Saya harap single ini akan lahir dengan klip videonya juga. Saya harap lagu ini akan tercalon untuk Juara Lagu 2011 !!!

Album ini begitu kuat degan jalur popnya. Muziknya begitu santai dan 'easy listening'. Ada dua tiga lagu juga yang liriknya begitu mudah bak percakapan harian. Suara Alif juga telah matang dfan makin lunak, makin sedap didengar. Yang menariknya semua lagu-lagu ini bukan sahaja sesuai dengan imej Alif yang masih remaja tetapi juga sesuai dengan konsep album ini keseluruhan. Saya kira 'cover' album ini juga dibuat dengan teliti.

Akhir kata :

(1) Alif bila nak bagi kat abang satu keping CD yang ditandatangani oleh Alif ni? Yang abang beli ni untuk kereta tau... kat rumah nak simpan satu keping juga...:)

(2) ... Hanya Kerna Kau Yang Cukup Indah, Untuk Dimiliki dan 'Tuk Dicintai, Ku Tahu Kau Mahu Ada Di Hati, Untuk Didampingi Untuk Disayangi...

No comments: