Thursday, August 7, 2008

What About Now The Video - Daughtry



Nota Jase :
Semasa Chris Daughtry bertanding di American Idol 5; saya adalah salah seorang penyokong utama beliau meskipun tidak mampu mengundi. Masih ingat lagi saya, salah seorang rakan sepejabat saya - Nes menyokong Eliot Yamin. Kami selalu akan berdiskusi di pejabat sebaik sahaja persembahan/konsert tamat di sebelah malamnya. Nasib Eliot lebih baik kerana berjaya mara hingga sampai ke top 3; sedangkan Chris cuma terkandas di top 4. Bagi saya, Chris pun sebenarnya tidak percaya yang beliau akan terkandas dalam minggu tersebut kerana memang beliau memiliki material seorang juara. Tapi lihatlah, meskipun tidak mampu dimahkotakan sebagai American Idol, album pertama Daughtry (kini berkumpulan) adalah merupakan album yang paling laris di Amerika Syarikat tahun lalu. Dan Daughtry adalah antara post AI yang paling berjaya selain Kelly Clarkson. Apa lagi kita enjoy video terbaru dari Dughtry ini.

No comments: