Wednesday, August 27, 2008

Kehadiranmu

Helaian tulisan tangan yang masih tersimpan

Kekadang Aku Menjadi Bayu
Menyapa Rindu Menitip Sesuatu
Mengejar Destinasi Yang Tiada Hujungnya
Kekadang Aku Menjadi Insaf
Pada Diri Yang Seringkali Alpa
Pada Kemahuan dan Kehendak Diri


Dan Tanpa Aku Sedar
Sejak Kau Hadir Dalam Situasi Ini
Aku Terasa Persis Dewasa
Kerana Kehadiranmu Itu
Mamaksa Aku Mengharungi Gelodak Rasa

Sesungguhnya
Perasaan Ini Kita Yang Punya
Memang Ditakdirkan Untuk Kita
Dan Seharusnya Aku Akur
Kehadiranmu Menyala Talian Inspirasiku
Membakar Semangatku
Lantas Maju Setapak Lagi
Memperlengkapkan Diri
Sama-sama Bersaing
Dalam Arena Yang Sedang Kita Tempuhi


(Reedza - 18 April 1992 - Perpustakaan UPM)


Nota Jase :
Saya sebenarnya baru berpindah lokasi 'workstation'. Meskipun berpindah ke 'workstation' yang lebih besar, saya harus juga menjalankan aktiviti 'spring cleaning'. 'File'kan apa yang patut, buang apa yang patut, simpan apa yang patut, berikan kepada kawan-kawan apa yang patut dan kemas sekemas-kemasnya agar 'work station' saya yang baru akan lebih 'inviting' dan aman. Dalam menguruskan proses-proses tadi maka, saya ada terjumpa beberapa karya lama saya yang belum pernah di terbitkan di mana-mana penerbitan (meskipun sebenarnya kebanyakan karya-karya ini cuma untuk simpanan peribadi). Lantaran itu saya ambil kesempatan untuk siarkan di dalam blog agar karya-karya ini tidak hilang ditelan zaman dek kerana helaian-helaian usang ini nanti ini kabur dan dimakan anai-anai. Ini koleksi peribadi, mungkin ada cerita di sebalik setiap sajak-sajak ini. Mungkin juga saya sendiripun seakan lupa juga tentang apa yang tersirat di antara.

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam bro...puisi yang dipamerkan cukup ringkas dan mudah difahami....terkena pada diri ini...
Have pleasant day ahead bro...

JaseMario said...

Salam Hidayat... Thanks sebab sudi menjengok blog Bro Jase yang tak seberapa ni. Jika ada sekelumit yang berfaedah, alhamdulillah. Keep reading, Keep blogging. I will do the same too.