Friday, August 29, 2008

Antara Keputusan dan Pilihan

Ini gambar di 'workstation' saya yang belum habis di kemas - sekadar hiasan


Hari ini merupakan hari terakhir saya (dan kita tentunya) bekerja sebelum masuk bulan puasa. Hari terakhir untuk sarapan, cicipan dan kudapan. 2hb September 2008 nanti, bila mula bekerja semula suasana di pejabat akan jadi lain, bulan puasalah katakan. Ada banyak perkara penting yang akan berlaku hari ini sebenarnya. Di peringkat negara, petang ini ada Pembentangan Bajet 2008 (Kalau zaman DSAI jadi TPM/Menteri Kewangan dahulu, namanya Pembentangan Belanjawan Negara). Jam 4.59 petang ini pula; tarikh akhir untuk menghantar surat penerimaan/penolakan dengan tawaran kerja baru. Sementara itu, kami juga di arahkan untuk bersiap sedia melihat ‘Skrin Intranet’ hari ini, dengar ceritanya ada pengumuman ‘menarik’ hari ini. Akhir sekali, saya perlu ke rumah Alif lewat waktu kerja hari ini kerana ada kenduri dan rakaman TV. Semuanya hari ini !!! Dan esok... tentunya; “Penghujung Borneo, akanku tawan”.

Berbalik pada tawaran kerja. Saya sebenarnya masih dalam keadaan dilema. Keputusan memang telah dibuat, tapi situasi saya masih terumbang-ambing. Bukan apa-apa; cuma bagi mereka yang tahu tahu… kami sebenarnya telah ditawarkan dengan tawaran kerja baru dimana kami terpaksa membuat pilihan dengan berhenti dari tempat kerja sekarang (majikan sekarang) dan menerima tawaran majikan baru. Secara dasarnya, kami akan menjalankan kerja yang sama (ada yang akan dinaikkan pangkat) dengan pertambahan gaji (lebih kurang 20 %) tetapi dengan 'kontrak pekerjaan' yang berbeza. Berhenti kerja sekarang bererti saya perlu berhenti daripada menjadi warga sebuah syarikat multi nasional yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Wow… bukan mudah untuk membayangkannya apatah lagi untuk menulis ‘entry’ ini. Saya memang telah lama membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan terus bekerja dengan syarikat multi nasional ini. Tambahan lagi saya juga telah mendapat tawaran kerja di sebuah anak syarikat milik badan korporat ini dimana saya akan berpindah ke Bangi (yang penuh nostalgia, kiranya). Tentunya saya merasakan keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri saya ketika ini. Surat penolakan telahpun di hantar pada 19hb Ogos 2008 – 10.10 pagi yang lalu. Namun begitu, sehingga petang semalam saya masih lagi di datangi ‘kuasa berpengaruh’ untuk memujuk agar saya merubah fikiran. Persoalannya ialah samada saya yang mengecewakan atau saya yang akan dikecewakan dengan keputusan ini? Apakah pilihan ini baik untuk saya? Namun apa yang pasti, keputusan dan pilihan yang tepat cuma berlaku pada masa keputusan itu dibuat sahaja, selebih dari itu saya harus berpegang pada keputusan dan pilihan itu dan percaya setiap keputusan ada hikmahNya. Lantas mempelajari, menghayati, mengambil iktibar lalu memperbaiki.

Bukankah kerja Tuhan itu tiada siapa yang tahu?

1 comment:

bumblebee said...

macam pernah ku dengar , tapi di mana yaaa?? =0)... decision has been made, now we can only hope for the best... with no regrets....