Saturday, August 9, 2008

Corat-Coret FFM21

(1) Masa saya baru nak bukak laptop dan onlinekan streamyx, FFM21 telahun berlangsung selama 30 minit berlalu. Nasha Aziz dan Mak Nani baru nak keluar ke pentas untuk mengumumkan pemenang Pelakon Harapan Wanita Terbaik. Alamak... Lisa Surihani (I'm Not Single) menang. Rasa seperti beberapa hari lalu saya baca di akhbar yang mengatakan lakonan beliau kaku dan tiada chemistry dengan Farid Kamil. Nampaknya tidak di mata juri FFM21.


(2) Siapa pula pemenang Pengarah Harapan? Seperti jangkaan saya Hans Isaac @ Hang Ishak kata Mak Nani. Saya ada menonton Cuci. Cerita tuu memang best, cuma saya rasakan Afdlin, Hans, Awie & AC terlalu tua untuk memegang watak-watak tersebut. Karektor sebegitu memerlukan pelakon awal 20an. Dan saya memang berbangga dengan Hans. Kemenangan kali kedua untuk Hans. Hans pernah menang Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki dalam FFM19.


(3) Sebelum saya mengupdate tadi. Mohd Kamarulzaman yang melakonkan watak Tunku Abdul Rahman, Perdana Pertama Malaysia memang. Saya juga mengharapkan beliau menang. Saya baru menonton 1957 : Hati Malaya sebenarnya, melalui tayangan sempena FFM21 di GSC, Alamanda pada 8/8/2008. Watak Tunku memang terserlah di tangan Zaman. Meskipun begitu, saya juga mengkagumi M.Subhash (Pensil) dan sudah semestinya Wan Kanari (meskipun belum menonton filem ini).


(4) Saiful Apek & Umi Aida? Bukan pasangan yang menarik... Tatabusana? Pilihan saya... KMBM. Apa kata juri? Kan betul... ini adalah filem noir mamat khalid (yang saya tak minat langsung nak tengok kalau dia dipanggil untuk AF. Komen Abg Mamat selalu ntah apa apa) yang saya cuma lihat trailernya sahaja tetapi mengkagumi pakaiannya.


(5) Filem Sususk menang Poster Terbaik. No Komen.


(6) KMBM menang lagi. kali ini untuk Anugerah Cipta Penataan Seni Terbaik. 1957 : Hati Malaya pun cantik jugak penataan seninya.


(7) Alamak... rindu nak tengok lakonan Abg Eman & Kak Erma. Saya masih ingat dengan Bintang Malam & Femina, gandingan hebat kedua mereka. Saya mula mengkagumi Eman sejak Matinya Seorang Patriot lagi. Lantas hampir semua filem lakonan Eman saya tonton di panggung, termasuklah Buai Laju-Laju.


(8) YESSS.... Pensil menang Anugerah Khas Juri kerana mengangkat tema untuk Orang Kurang Upaya. Saya baru lepas menonton Pensil di TGV KLCC petang tadi. Lakonan M Subhash dan Mak Mah memang superb. Jalan cerita memang best. Filem ini memang layak di bawa ke Pesta Filem Luar Negara. Lagu Tema Nyanyian Mak Mah juga meruntun hati. Memang sedih filem ini. Menambahkan lagi kesedihan bila tak ramai yang mahu menonton filem hebat ini.


(9) Wayang pula menang Anugerah Khas Juri untuk tema menyemai Warisan Budaya di layar perak. Yes... filem ini ada Eman & Zulhuzaimy, kawan saya, Mesti Tonton. Kalau tak silap saya filem ini berkenaan tok dalang wayang kulit.


(10) Keberkesanan Aksi lasak di layar perak - Evolusi KL Drift (Untuk Syamsul Anak Malbari Yusof Haslam).


(11) Tensionnya.... Datuk Siti tengah menyanyikan lagu Hati. Lagu Tema filem 1957 : Hati Malaya. Pesal saya tak dapat tiket untuk tengok secara live di PICC nii.... tension, tension.


(12) Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Susuk. Kalau perasan, Pak Kassim Masdor tersalah sebut yang pemenang akan memenangi RM10 sahaja. Seisi dewan ketawa.


(13) Lagu Tema Asal Terbaik.... Hati? Gelap?. Alamak... Gelap kalah. Tapi memang dah jangka Hati akan menang, sebab tuu Datuk Siti dijemput untuk menyanyikan lagu ini malam ini. Skor Muzik Asal Terbaik pula di menangi oleh 1957 : Hati Malaya (Sharon Paul - pencipta lagu Marsha - Untuk Terakhir Kali tuu kan) lagi. Nampak gayanya... satu persatu pencalonan Wayang tumpas ni !!!


(14) Sinematrografi Terbaik di menangi oleh Raja Mukhriz Evolusi KL Drift. Menang lagi ! Saya tak mampu berkata apa kerana saya tidak menonton filem ini. Penyunting Terbaik pula di menangi oleh 1957 : Hati Malaya. Mana aci... Shuhaimi Baba menyampaikan trofinya... hehehe.
(15) Datuk Siti Nurhaliza muncul lagi. Kali ni dia nyanyi lagi Sabarlah Menanti dari Filem Hapuslah Air Matamu. Semasa filem lakonan Broery & Tok Pah ini masuk panggung saya teramat kecil lagi. Tapi masa tuu, Filem ini memang hebat, sehebat Sembilu.
(16) Misha Omar nyanyikan lagu Hati Yang Rapuh dari Filem Hati Bukan Kristal. Dah lama betul tak dengar lagu ni. Nyanyian asal Rahimah Rahim. Erma Fatima menang Pelakon Wanita Terbaik dari filem ini. Redzuan Hashim pula menang Pelakon Lelaki Terbaik. Hati Bukan Kristal, sah-sah menang Filem Terbaik. Pesta Filem Keberapa? Saya lupa...
(17) Anugerah Ketiga untuk Hans !!! Lakon Layar Terbaik untuk Cuci. Kejutan nii...
(18) Cerita Asal Terbaik pula dimenangi oleh Osman Ali untuk Anak Halal. Saya juga menonton filem ini di Kuantan. Best memang BEST, tapi saya tidak bersetuju dengan ceritanya. Ceritanya macam mengarut dan tak berfaedah. Apakah yang boleh dipelajari dan diperlahulusi dengan cerita remaja bermasalah sebegini?
(19) Filem Box Office dengan kutipan sebanyak RM4.679 juta ialah Duyung (saiful Apek & Maya Karin). Terbitan KRU & GBSB. Pengarahnya pula ialah Prof Madya Razak Mohaideen. Saya cuma menonton DVD filem ini sahaja. Tidak dipanggung. macam filem budget rendah, hahaha. Lagu-lagu dari filem ini boleh tahan, terutama Hampir Ke Situ (Mendua).
(20) Akhirnya bakat Mah Mah diiktiraf. Mak Mah dianugerahkan Pelakon Veteran Wanita. Bagi saya Mak Mah sepatutnya memang Anugerah Pelakon Pembantu Waniota Terbaik bagi filem Jangan Pandang Belakang dalam FFM20. Kenapalah Mak Mah kalah masa tuu...
(21) Akhirnya... Mak Mah dapat jugak Anugerah yang dia patut dapat di FFM20. Pelakon Pembantu Terbaik Wanita ialah Mak Mah !!!! Mak kepada Adlin Aman Ramli. Bravo Mak Mah !!!
(22) Zulhuzaimy... menanglah ko kali ini. Aku doakan...! Tapi semua hebat-hebat belaka. Dan pelakon pembantu Terbaik Lelaki Yes !!!! Yes !!! Yes !!! My Friend yang baru pindah rumah baru... Zulhuzaimy Marzuki. Saya kenal Zul sejak zaman teater beliau. Tetapi saya tetap mengatakan Zulhuzaimy patut menang kategori ini semasa FFM19 bagi filem Remp-It.
(23) Stacy AF6 buat slack... masuk terawal. Lepas tu.. masuk terlambat pulak. Hehehe... badi juara?
(24) Kak Yan & Zamarul... Anugerah apa depa nak bagi. Pelakon Wanita Terbaik.... sapa akan dapat? Maya @ Erra? Asalkan bukan Fazura dah. Verdict saya Maya... Lantas Kak Yan mengumumkan, memang halal... maya Karin !!! Pelakon Lelaki Terbaik... Saya pilih Eman Manan. Juri pula? Alamak... Rosyam Noor!!! Betul betul memeranjatkan. Zamarul kata dulu rambut dia kobra... dia dah hilangkan botak dia.
(25) Dua Anugerah penting. Pengarah Terbaik & Filem Terbaik. Pengarah Terbaik - Mamat Khalid. Oh No... Tidak !!!! Kata Mamat Khalid... Terima Kasih juri yang genius... hahaha. Calon2 Filem Terbaik, Wayang, 1957 : Hati Malaya, KMBM, Anak Halal & Pensil. Dan pemenang RM50, 000 untuk Filem Terbaik ialah Kala Malam Bulan Mengambang !!! Lagi sekali Oh Tidak !!!
Case Closed. Saya ngantuk. Nak tidur.

No comments: