Tuesday, August 26, 2008

Konspirasi-Teater-Politik. Sultan Alauddin?

Semalam dalam suasana basah dan dingin, kami (saya, Lisa & Galzean) meredah hujan demi menuju Akademi API-UM untuk menyaksikan pementasan teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Persembahan dijelmakan melalui lima watak, semuanya lelaki termasuk Tun Senaja (isteri keempat Sultan Alauddin), bergelut dalam tempoh dua jam sebelum mementaskan sebuah produksi teater purbawara tentang Sultan Alauddin Riayat Syah. (Baca : Ini bukan teater purbawara tetapi teater masakini berkisarkan tentang konsiparasi politik peringkat tertinggi yang melampaui batas masa). Kami membeli tiket yang paling mahal (RM50 seorang) bukan hanya sekadar kerana saya adalah pembaca setia karya-karya Faisal Tehrani tetapi demi untuk mendapatkan lokasi terbaik untuk menikmati teater hebat ini. Hebatkah teater ini? Nak tahu hebat tak hebat, kenalah datang dan menontonnya sendiri. Bagi seorang penggemar teater, saya merasakan teater ini bermula agak lembab tetapi berakhir dengan klimaks yang amat mendebarkan. Teater 'budget rendah' tapi bermutu. Selain daripada itu, patah-patah dialognya penuh makna mendalam dan terkini dengan perkembangan politik semasa.


Tiket boleh ditempah dengan membuat pesanan melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email muringwien@mac.com. Juga boleh menghubungi produser : HAMZAH AMIR +60172052409 atau email hamzah_oc@yahoo.com atau SAIFUL DIWAN di +60175331002.


Saksikan Tun Senaja, Sultan Alauddin, Mani Purindan (Juru Busana - Rosma?), Raja Merlang (Coffee Boy?) & Tun Kerutup (Pengarah).


Dr Abu Hassan : Kami bawakan pementasan ini sebab nak bawa satu mesej penting. Kita nak minta orang lihat semula sejarah, gali semula ketokohan baginda. Supaya kita dapat ‘jual’ kebijaksanaan baginda…

Untuk rekod pembaca, Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah Melaka dari tahun 1477 hingga 1488 masehi. Baginda Sultan Alauddin disifatkan sebagai satu-satunya raja Melaka yang bersifat action oriented. Iaitu pemerintah Melaka yang melakukan setiap retoriknya. Baginda amat mengambil berat keadaan negeri sehingga turut turun padang menjaga keamanan negeri Melaka. Baginda juga seorang yang wara’ dan alim. Baginda misalnya menitahkan kanun Melaka ditegakkan secara menyeluruh di seluruh tanah jajahan Melaka sehingga baginda ikut menghukum pembunuh Telanai Trengganu yang didalangi oleh kekandanya sendiri di Pahang. Hasrat baginda untuk menegakkan Islam ini mendapat tentangan kumpulan yang lebih liberal dalam istana dan ini sudah tentu menambahkan musuh baginda. Siapakah yang meracun Sultan Alauddin dan apakah yang berlaku dua jam sebelum baginda syahid? (Sumber : Blog Faisal Tehrani)


Tun Senaja : Banyak perkara tuanku. Yang paling utama, titah tuanku mahu melaksanakan undang-undang Islam yang benar setelah pulang dari haji menakutkan kita semua. Sangat-sangat menakutkan kita. Kerana Islam lebih menakutkan dari Melayu. Kalau tuanku melaksanakan Melayu dalam istana kita semua masih dapat berbahagia, tetapi kalau melaksanakan Islam tiada ruang semua bernafas. Kalau syahid kalimatnya, maka syahidlah baginda sultan. Yang utama dan berkepentingan, tiada Islam mengekang kita dari berbuat apa yang kita suka. (Nada mengejek) Demi Tuhan Kaabah! Ya demi Tuhan penjaga yang makruf dan pencela segala yang mungkar, Tuhan yang mencabut nyawa untuk golongan Tamil kembali bertakhta. Jadi tuanku, izinkan kita melihat tuanku berangkat ke barzakh tanpa rasa bersalah. (Sumber : Dialog Tun Senaja, bukan Tun Sengaja)



Sultan Alauddin: Demi Tuhan Kaabah! Kalian meracuni beta kerana beta mahukan Islam mentadbir Melaka?

Sempat lagi bergambar dengan Sultan Alauddin Riayat Syah Syah sebelum post-morterm malam pertama bermula.


Nota Jase : Faisal Tehrani atau nama sebenarnya Mohd Faisal Musa menyatakan bahawa teater ini bertujuan untuk menyampaikan suara rakyat bawahan yang "tidak lagi percaya dengan semua kepimpinan politik" pada masa ini. Teater ini diadaptasi daripada novel kanak-kanak "Nama Beta Sultan Alauddin" yang dihasilkan beliau dalam tahun 2007. Penerbitan Akademi Sinema Amatur Malaysia ini diarahkan oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya iaitu Dr Abu Hassan Hasbullah. Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dibintangi oleh atlet olahraga acara lompat berpagar kebangsaan , Mohd Robani Hassan (yang kini belajar di UPM) dan Hero Jonny Bikin Filem, Zack Idris. Tiket berharga RM50, RM30 dan RM20 untuk awam dan RM10 untuk pelajar boleh dibeli di auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sebelum persembahan bermula. Persembahan bermula jam 8.30 malam dari 25 - 29 Ogos 2008.

3 comments:

Jong said...

Salam
Terima kasih Jeffri.
Wassalam

bumblebee said...

wahhh.... u must be flattered... the wirter himslef drop a thank you note... =0).... keep on blogging...

JaseMario said...

(1) faisal : Terima Kasih bebanyak sebab sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni.

(2) eeza : Yes... eeza, Hari Ini Dalam Sejarah !