Monday, August 3, 2009

Mangga Sabak Bernam? Dah Cuba?












Antara yang menarik jika melintasi Sabak bernam ialah deretan gerai yang menawarkan buah emas kekuningan iaitu mangga ataupun mempelam. Dengarnya ladang mangga milik penduduk tempatan banyak tewrdapat di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar iaitu kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar atau 40 kilometer dari Bandar Padi Selangor, Sekinchan. Ladang-ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini menghasilkann buah mempelam yang begitu manis lagi enak dimakan begitu sahaja ataupun di jadiakn jus. Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Hilir Perak atau sebaliknya yang mana anda melalui Sungai Besar, maka anda tidak mungkin akan terlepas dengan gerai buah-buahan dipinggir-pinggir jalan yang menjual pelbagai buah-buahan terutamanya pelam. Walaupun pokok mempelam ini rendah sahaja tetapi buah yang dihasilkan amat memberangsangkan dan sedap dimakan.

Jika kena musimnya, pemilik ladang-ladang ini kerap menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladang mereka untuk menikmati sendiri buah mempelam yang dipetik sendiri dari pokok. menarik bukan? Ala-ala seperti di negara barat jika melawat ladang epel !!! Bayaran yang dikenakan adalah amat murah tetapi saya tiada maklumat berkenaan ini.

Jadi ayuhlah lekas berkunjung ke Ladang Mangga, Sungai Limau, Sungai Besar. Saya? ketika pulang dari menghadiri kenduri perkahwinan bersama Lisa & mas... kami cuma sempat menikmati gerai-gerai mangga di tepi jalan sahaja. Tapi itu sudah cukup.... sebab rasanya memang enak sekali !!!

2 comments:

chah said...

sedapnya...i dah cuba, memang sedap. Tpi tak lah sampai ke sana membeli, cuma pesan kat member...

JaseMario said...

Chah : Memang BEST. Nasib baik ada kenduri kat are sana kan... kan.. kan...