Tuesday, August 25, 2009

The Grand Old Lady @ Miri





Terima kasih Husni (rakan sekolah saya yang kini bekerja di Miri) yang membawa saya malam-malam hari usai Solat Terawih & Solat Witir ke Puncak Canada Hill untuk bergambar dengan oil well yang pertama di Malaysia yang bakal menyambut ulang tahun ke 100 tahun hadapan !!! Memandangkan singgahan saya di waktu malam maka saya tidak dapat untuk melencong ke Muzium Petroleum yang tersergam indah di sebelah The Grand Old Lady ini. (Saya ingat saya seorang sahaja yang membuat kerja gila untuk bergambar pada waktu malam ini di sini tetapi masih ada ramai lagi yang sepemikiran dengan saya... ahaks!!!)

Oil Well ini hebat kerana ia berjaya 'meyelamatkan diri' semasa WWII. Mula beroperasi pada Disember 1910 dan ditutup pada tahun 1941. Ia ditutup setelah berjaya mengeluarkan 650, 000 barel minyak mentah. Pada 1 Oktober 1973, Sarawak Shell secara rasminya menyerahkan Oil Well pertama di puncak Canada Hill ini kepada Kerajaan Negeri Sawarak dalam satu upacara ringkas. Begitu serba ringkas maklumat berkenaan The Grand Old lady ini. Kini, lokasi ini adalah mercu tanda utama yang sukar untuk dilepaskan jika kita menjejakkan kaki ke Miri. Jangan tanya saya kenapa ia dinamakan sedemikian. Mungkin ada adalam lipatan sejarah yang boleh dibongkarkan. Sudi-sudikan...