Nota Jase : Saya baru pulang dari kerja luar kawasan di KK & Miri. Merujuk kepada Pertama Ramadhan saya - di tahun 2007 saya bersahur di Jakarta, 2008 di Kota Kinabalu, maka sahur 2009 kali ini di Miri. Semakin dekat dengan kampung halaman..:). Tahun ini saya borsolat Tarawikh di Masjid Taqwa, Miri sugguh cepat kerana jam 8.30 malam sudah tamat (ya lah... Isyak pun masuk jam 7.45 malam). Jadi masih punya masa untuk bersembang-sembang dan 'moreh' di Selera Warisan agak lama juga dengan Hj Razali, En Sam & Morni sehingga jam 11.00 malam.
Pulang ke Semenanjung dengan menaiki Pesawat MH jam 11.25 pagi. Lebih kurang dua jam kemudian telah mendarat di KLIA. Dalam perjalanan pulang sempat singgah di pejabat untuk mengambil kereta. Sampai di rumah semasa membahagikan 'souvenir' pada Lisa, sambil menghabiskan baki DVD 'Shinjiku Incedent' lakonan Jackie Chan sempat juga melayari internet untuk mencari tempat berbuka. Lantas akhirnya mengambil keputusan untuk berbuka pertama Ramadhan 1430H dengan Lisa di Pullman Putrajaya. Harganya ngam-ngam RM 100. Memandangkan ini hari pertama maka memang tidak ramai langsung orang yang datang. Makanan memang banyak. Kakitangan pun baik-baik belaka. Lantas itu... lihat sahaja gambar-gambar di atas ya...
No comments:
Post a Comment