Tuesday, August 11, 2009

Corat Coret "Better on The Other Side"



Saya sebenarnya sedang menonton VCD Muzik Video Wacko Jacko. Sebenarnya Lisa yang nak tengok sangat, aleh-aleh saya yang menghabiskannya... hahaha.

Dalam waktu yang sama juga sedang ber'sms', 'chatting' & e-mel rakan-rakan kerana sedang melobi mereka untuk menyertai program 'Night @ The Museum' yang sedang saya rancangkan. Setakat ini saya telah mendapatkan persetujuan lebih kurang lebih kurang 7 orang untuk turut serta. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 20 orang untuk menjadikan program ini sesuatu yang realiti.

Di kaca TV sekarang tengah video Blood On The Dance Floor !!! Alamak... kebetulan pula... video klip di atas adalah 'tribute' daripada The Game dan Chris Brown kepada Wacko Jacko. "Better on the Other Side".

Saya telah menonton Setem sejurus selesai menonton FFM 22 Sabtu lepas. Ia memang filem yang amat bagus. Kelakar & tidak memperbodohkan penonton. Lawak yang amat segar. Sisi Khabir Bhatia yang agak berbeza. Sokonglah Filem Malaysia. Bawalah Filem kita ke Persada Dunia. Saya akan tulis sedikit sebanyak yang mampu tentang filem tersebut bila masa mengizinkan, insyaAllah. Doakan saya.

Di Channel 110 Astro sekarang ini pula sedang tribute untuk Arwah Yasmin Ahmad. Saya juga peminat Kak Min, tetapi perlukan sampai satu channel untuk Arwah? 24-7 pulak tu? Tapi kalau betul-betul ingin mengabadikan sumbangan dan kehebatan beliau kenapa asyik ulang tayang Mukhsin & Sepet dan "the making of talentime" sahaja? Mana filem-filem yang lain seperti Talentime, Gubra & Rabun? Saya tahu Mualaf mungkin belum boleh ditayangkan. Mengapa tidak di tayang jugak komersial-komersial PETRONAS hasil kreatif beliau? Kenapa tidak juga ditayangkan sesi-sesi interview yang melibatkan beliau? Muzik Video dari filem beliau seperti Hujan, Pergi & Angel juga tiada. Lantas, hasilnya seperti melebaskan batuk di tangga sahaja Astro ini.

Saya masih dibuai dengan video muzik wacko Jacko yang hebat... Aahhh... They Don't Care About Us di bikin di Brazil. Lirik lagu ini mengundang kontroversi (anti Yahudi) satu ketika dahulu... antaranya.. (lihat baris yang saya gelapkan)

"Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, sue me
Everybody do me
Kick me, kike me
Don't you black or white me"

Dan saya... alhamdulillah masih lagi memboikot produk-produk yang ada kaitan dengan Israel selagi mampu. Antaranya McDonalds, Coca Cola, Arsenal, Jonhson&Johnson, CNN, Levi's, Tommy Hilfiger, Starbuck, Marks & Spencer & Disney. Ayuh, ikut bersama saya.

No comments: