Situasi di laman rumah bonda Allahyarham Ustaz Asri (Vokalis Rabbani) di Bukit Lanchong, Sempadan Puchong - Shah Alam, dimana kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai dan juga para peminat memberi penghormatan terakhir. Syukur Alhamdulillah kerana saya dapat juga menatap wajah arwah untuk kesekian kalinya.
Van Jenazah yang membawa Jenazah Arwah dari Bukit Lanchong ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Saya dan Nizam Pahang tiba agak lewat. Selain daripada kawasan ini agak asing bagi kami. Sesampai sahaja di tanah perkuburan tersebut jenazah telahpun di masukkan ke dalam liang lahad dan di dalam proses untuk mengambusnya.
Alhmadulilah juga kerana saya dan Nizam Pahang masih sempat untuk bersama-sama membaca talkin dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Memang ramai yang nampak akan kesedihan di wajah mereka termasuk saya. Wajarnya saya untuk datang ke majlis pengkebumian ini adalah kerana Arwah Ustaz Asri pernah menjadi imam solat maghrib saya, bukan sekali tetapi beberapa kali. Sesungguhnya, yang pergi kalim ini memang tak kembali, yang masih hidup perlu terus menginsafi diri. InsyaAllah...
Anak Sulung Arwah yang menyiramkan air di pusara. Sungguh tabah sekali beliau.
Nota Jase :
Saya mendapat berita sedih ini daripada Cute pada jam 11.40 pagi. Lantas kemudian terus menelefon Saudara Asri Ubai dari Kumpulan Rabbani yang mengesahkan berita tersebut. Kemudian saya melayari Berita Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut. "Innalillahiwainnalillahirojiunn..." (dalam hati tersa sedih dan kehilangan dan kesal kerana beliau masih diperlukan namun Allah s.w.t. tentunya lebih sayang akan beliau. Suaranya memang lunak tiada tandingan. Selalu tersenyum. Tegas.) Jam 12.05 satu lagi sms masuk daripada Nizam Pahang, kemudian bertanyakan tentang majlis pengkebumian. Setelah berbagai rakan yang saya hubungi akhirnya jam 5.34 barulah mendapat jawaban dari Yasin Sulaiman tentang lokasi tersebut, kemudian oleh Muaz. Jam 6.00 petang setelah memaklumkan kepada Lisa barulah saya keluar dari pejabat untuk ke Kampung Bukit Lanchong. Alhamdulillah, selamat sampai. Melihat jenazah dan berbual dengan beberapa rakan dan bertemu Nizam Pahang.
Antara ungkapan yang pernah dikeluarkan oleh arwah semasa hidup : "Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat, aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu....Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas."
Kesedihan dan Al-Fatihan saya dikirim kepada Arwah Ustaz Asri Ibrahim, Doa yang tulus ikhlas dari hati nurani saya panjatkan kepada Allahyarham Ustaz Asri; semoga dilimpahi rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang soleh. Jika dia ada kekhilafan, saya maafkan dan saya berdoa semoga Arwah telahpun memaafkan salah silap saya kepadanya jika ada... InsyaAllah. Saya terpaksa tamatkan kerana tidak mampu lagi mencoret, bulan puasa ini tentunya Lagu-Lagu Nasyid & alunan bacaan Al-Quran Allahyarham Ustaz Asri akan terus menghiasi kereta saya...
1 comment:
kyrie shoes
fear of god
kyrie irving shoes
yeezy 380
off white clothing
Post a Comment