Saturday, August 8, 2009

Apa Khabar Bah? Festival Filem Malaysia ke 22 dari KK (3/5)

Sempat pula saya godak-godak internet lantas terjumpa keputusan lengkap yang telah di umumkan pada 5 Ogos yang lalu.

Filem Dokumentari Terbaik (Bumi Pribumi)
Filem Pendek Terbaik (Permata Bonda)
Filem Animasi Terbaik (My Telatori)
Filem Digital Terbaik (Aathma)
Filem Box-Office (Geng : Penggembaraan Bermula)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim - Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Jaclynn Victor - Talentime)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Mohd Hadziq - Syurga Cinta)
Lagu Tema Asal Terbaik (Sayangku Disisimu - Jin Hutan)
Poster Terbaik (Histeria)

Keptusan Seterusnya di sampaikan oleh Datuk Maria Menado, Datuk Mustapha Maarof & Datin Rosnani Jamil :

Anugerah Penggiat Belakang Tabir (...maaf terlepaslah pulak)
Anugerah Pelakon Vateran Wanita (Seniwati Mariani Ismail)
Anugerah Pelakon Vateran Lelaki (Seniman S. Shamsuddin)

Selingan : Chapz Ayam menyampaikan lagu Hidup Satu Perjuangan dari Filem Antoo Fighter.

Que Haidar & Lisa Surihani telah menyampaikan anugerahanugerah di bawah :
Anugerah Pengarah Harapan : James Lee (Histeria)
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Salina Saibi (Bohsia)
Anugerah Pelakon pembantu Lelaki Terbaik : Mohd Shafie Naswip (Telentime)

Sekarang pula tengah segmen memperingati Allahyarham Yasmin Ahmad dengan mopntaj dan sajak untuk memperingati karya magis beliau. Kemudian diikuti oleh Stacey menyampaikan lagu 'Angel' dan diikuti oleh Rey (Juara Bintang RTM tahun lalu) dengan lagu 'Pergi' dari filem Taletime.

OK. Saya 'stop' dulu. Nak solat sementara 'commercial break' ni...

No comments: