Saya pernah rasa menyesal kerana terlepas menonton filem ini ketika ia berlegar di pawagam. Apatah lagi dengan 'promo yang bagai nak rak', termasuk juga dengan munculnya pelakon Indonesia Samuel Rizal sebagai pelakon utama diganding pula dengan Sharifah Amani yang jarang mengecewakan di layar perak tentunya ia merupakan tarikan 'besi sembrani' yang mantap. Namun setelah melaburkan RM19.90 untuk membeli VCD Original dan menonton dua hari lalu, saya kira ia merupakan pelaburan yang AMAT sia-sia !!!
Sebagai sebuah filem remaja berorientasikan muzikal saya kira ia gagal kerana muzik latar yang yang seperti membazir dan tiada impak. Cuma satu lagu sahaja yang saya kira boleh dibanggakan. Entah apa tajuknya tetapi nyanyian Ajai & Marsha.
Dialog juga ada ketikanya kedengaran janggal seperti 'dubbing' yang tak sempurna. Tetapi saya boleh puji kerana masing-masing menggunakan dialek sendiri seperti Sarawak, Melayu, Inggeris, kantonis dan ROJAK. Tetapi Mia (Amani) kenapa tidak cuba bercakap loghat Sarawak? Kan Mia sepatutnya orang Sarawak? Bapak Mia? Alahai... pergilah kelas lakonan !!!
Jalan cerita? Ini lagi satu... penulis skrip Malaysia perlu belajar lebih lagi dan jangan banyak sangat kebetulan dan 'twist' mudah yang entah apa-apa untuk menamat cerita. Hmm... Apakah logiknya seorang budak lelaki gagah seperti Remie (Samuel) menyimpan topi keledar pink di dalam motor beliau? Siapa nak jawab? Bapak Mia yang menghabiskan masanya mengarah bonzer mengugut dan memukul Remie menjadi begitu pemaaf dengan tiba2? Amat kebetulan juga bapa Remie adalah bekas pemandu bapa Mia? Remie... secara keseluruhan berkominikasi dalam Bahsa Indonesia. Alasan yang di berikan ialah ibu Remie berasal dari Indonesia tetapi jika tinggal di Sarawak dari kecil mana mungkin dia tidak langsung berbicara dialek Sarawak? Jika anda berfikir ingin menonton semua filem tentang tarian seperti 'Step Up' ataupun 'Flashdance' ataupun 'Footloose'. Lupakan saja; Anda akan menyesal. Tarian yang hebat ala-ala Beyonce oleh Dafi cuma akan muncul di 15 minit pertama !!!
Benda yang paling klise dan menyebabkan seperti ingin menekan BUTANG STOP ialah apabila Remie jatuh sakit (luekimia) dan memerlukan pembedahan dengan segera. Seperti filem-filem Melayu yang biasa kita tonton, orang yang sakit yang memerlukan pembedahan mesti datang dari keluarga miskin. Begitu juga dengan kisahnya filem ini.
Jika ingin menonton kisah Cinta Antara Dua Darjat yang 'out dated' dan 'muak tahap nak muntuh' bolehlah menonton filem ini!!! Meskipun lapuk, mengapa pembikin filem kita masih ingin membuat cerita sebegini? Konpius saya...
Ada satu watak yang entah tiada hujung pangkal muncul dan mengelirukan. Tiba-tiba 'mamat' muncul di tempat kerja Remie dan mencabar Remie untuk bertanding pertandingan menari. Watak itu hanya muncul dua kali, kali kedua ialah pada hari pertandingan! Gila bukan?
Kekuatan Lakonan Samuel? Ekspresi wajahnya... Memang penuh karisma. Watak Amani agak terbatas - macam mana boleh tercalon lagi untuk Pelakon Wanita Terbaik kali inipun saya musykil.
Saya menonton filem ini setelah Yasmin Ahmad meninggal dunia. Di dalam filem ini Yasmin membuat cameo yang agak unik. Arwah Yasmin cuma muncul di dalam frame gambar di bilik tidur Remie. Arwah Yasmin di gambarkan sebagai ibu Remie; orang Indonesia yang telah meninggal ketika Remie masih kecil. Amat ironi sekali bagi saya....
No comments:
Post a Comment