Pandangan dari luar Restoran Muara Waterfront Sungai Miri yang diperkenalkan kepada kami oleh Mr Wong, si pemandu Teksi. Inipun daripada 3 pilihan, akhirnya kami memilih restoran ini kerana Ibu Hanim ingin merasa makanan jawa. Apa lagi lalapan lah... Saya dan Ibu Hanim, rakan sekerja sedang menjalankan tugas di luar kawasan - Miri. Rakan-rakan yang lain dari GTS 'tapau' saja untuk berbuka di bilik hotel. Alamak...:)
Hiasan dinding Restoran Muara Waterfront Sungai Miri. Boleh tahan juga gambar-gamabar pelbagai hidangan lalapan seperti ayam, danging, ikan dan udang. Yang penting ada ongkosnya dan berani mencuba.
Saya di luar Restoran Muara, Waterfront Sungai Miri. Ini untuk di jadikan bahan bukti... terutama untuk rakan-rakan yang bekerja di Miri tetapi saya tidak sempat untuk bersua muka kerana masing0masing masih sibuk dengan kerja dan kerjaya. Tapi tak mengapa, harap-harap saya masih diizinkan untuk datang ke sini lagi oleh pihak syarikat di masa-masa akan datang.
Air 3 warna ini entah apa namanya. Tetapi ialah adalah campuran teh + susu cair ideal + manisan gula pandan. Sebelum minum perlu dikacau agar semuanya bercampur dahulu. Cantik, kreatif, menarik malah sungguh enak juga. Jika tidak takkan saya pesan sehingga 2 gelas !!!
Ikan Tenggiri Goreng & Pecal ini adalah menu tambahan kami. Pecal di sini memang 'superb'. Kuahnya memang sedap betul...
Lalapan Daging ini menjadi Ibu Hanim. Terima Kasih Ibu Hanim kerana membelanja saya berbuka hari ini. Tapi saya pun dah balas balik sebab tambang teksinya saya yang bayar.. ahaks, nak juga.
Lalapan Ayam - makanan jawa ini menjadi pilihan saya untuk berbuka hari ini. Teringat pula akan saya menu semasa Majlis Perkahwinan Mawi - Ekin di FELDA Taib Andak. Inilah menunya.
1 comment:
yeezy boost 350 v2
yeezy shoes
supreme new york
curry 7
moncler outlet
kyrie 5 spongebob
yeezys
supreme clothing
giannis antetokounmpo shoes
supreme hoodie
Post a Comment