Sunday, March 29, 2009

'Pilihlah Aku' - Qhaud @ K03AF7

Khaty : "QHAUD, you picked up the song.. Alhamdullilah.. You ada confidence and you made the song sounds very interesting..All the best to you QHAUD.."

Alhamdulillah... kali ini dapat lagi saya dan rakan-rakan (Cute & SpiderX) memeriahkan Dewan Seri Putra bagi menyokong Qhaud dengan lagu Pilihlah Aku. Alhamdulillah juga kami berjaya mendapatkan tempat duduk 3 dari hadapan berdekatan dengan juri jemputan.

Meskipun komen juri kurang menarik buat Qhaud kali ini; kecuali yang terkeluar daripada mulut Datuk Khaty tetapi alhamdulillah kerana masih Qhaud terselamat daripada disingkirkan. Lebih-lebih lagi kerana kali ini terdapat dua penyingkiran sekali gus - Rini & Obri.

Bagi saya persembahan Qhaud kali ini memang kurang dibandingkan dengan minggu lalu @ graf jatuh sedikit. Kalau nak ikutkan mutu suara; memang di konsert kedua lebih original. Kali ini memang ketara Qhaud persis tepengaruh dengan suara Abang Latif. Tapi yang lebih menarik minat saya ialah persembahan, 'props' dan kareografi yang ditonjolkan oleh Qhaud semasa mendendangkan lau ini memang menjangkau 'perbatasan'. Yang penting, Qhaud perlu bekerja keras untuk Konsert keempat !!!

Ada 4 perkara menarik berlaku di Konsert ini. Sudah tentulah yang berkaitan dengan Qhaud. Tetapi saya amat mengantuk untuk terus menulis. Kita sambung di 'entry' mendatang - saya janji; berserta gambar ya !!!

No comments: