Monday, March 9, 2009

Kembara Batu


Ini haaa... saya menyambung cerita kelmarin. Angah sampai rumah awal daripada yang dijangkakan. Kami kemudian keluar dari rumah menunju Gunung Keriang lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Perjalanan melalui Jalan Persekutuan dan Lebuhraya Utara Selatan (exit di Alor Setar Selatan) memakan masa lebih kurang 2 jam (ini setelah di campur dengan singgahan kami untuk makan tengah hari di Sungai Petani). Kami tiba di Taman Rekreasi Gunung Keriang lebih kurang jam 2.30 petang. Itulah destinasi kami. Tempat yang dituju adalah deretan kedai (3 atau 4 sahaja) yang menjual pelbagai batu kristal. Untuk perhiasan semuanya di gali/lombong dari Gunung Keriang itu sendiri. Batu hidup katanya, jika di siram ia akan tumbuh. Kalau untuk gelang - ada berbagai jenis batu untuk pelbagai kegunaan dan semuanya diimport. Dan itulah sebenarnya tujuan Angah mengajak kami - untuk memborong gelang. Saya kira lebih kurang 11 utas (betulkah penjodoh bilangan ini??) gelang daripada pelbagai batu yang di beli Angah. Lisa pula membeli dalam 5 utas. Saya cuma membeli batu hidup untuk dekorasi meja.

Harganya memang murah. Lebih murah jika di bandingkan jika di beli di kiosk-kiosk di pusat membeli belah. Jika berminat... redah ajer jika ada kelapangan.

No comments: