Tuesday, March 10, 2009

GENG : Pengembaraan Bermula


Pada 7hb Mac baru lalu; saya, Lisa dan Angah berkesempatan menonton Filem Animasi 3D Malaysia yang digembar-gemburkan sekarang ini di GCS Sunway Carnival - Seberang Jaya. Tayangan di pawagam di seluruh negara sebenarnya telahpun bermula sejak 12 Februari 2009 lagi, cuma kami baru berkesempatan. "Better Late Than Never" kata orang putih. Ceritanya bermula dengan Badrol dan Lim, remaja kosmopilitan yang berkawan baik merancang untuk balik ke Kampung Durian Runtuh (Kampung Badrol) setelah menyaksikan datuk Badrol - Tok Datang muncul di kaca TV di temuramah oleh pemberita TV berkenaan dengan misteri kehilangan buah durian yang berlaku di kampung tersebut. Tiba di kampung Badrol dan Lim bertemu dengan kanak-kanak India pintar yang bernama Rajoo yang sering bercakap dengan lembunya. Bukan itu sahaja mereka juga ditemukan dengan kembar seiras comel Upin dan Ipin yang nakal dan kakak kembar tersebut yang garang bernama Ros yang seterusnya mengakibatkan mereka terjebak dengan misteri yang berlaku di Kampung tersebut di mana ianya mungkin diluar jangkauan pemikiran kita sebagai penonton filem melayu. Misteri yang mededahkan mereka dengan operasi jahat menangkap binatang yang hampir pupus, penemuan dengan makhluk yang seakan-akan "Lilo & Stitch" dan gergasi ala-ala ultraman !!! Selebihnya? Tonton saja GENG : Pengembaraan Bermula... di Panggung Wayang sebelum terlambat. Pelaburan RM10 kita memang berbaloi !!!




Untuk sebuah filem animasi 3D Malaysia; ia memang bertaraf SUPERB @ 5 Bintang. Apabila kita keluar dari panggung kita akan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jalan ceritanya juga agak mudah. Ada momen-momen ceria, lucu, mengusik jiwa, mendebarkan malah menakutkan. Pergerakan setiap watak juga lancar, warna yang menarik, pelakon suara juga serasi dengan watak. 'Scene' 'roller coaster' di dalam hutan itu juga cantik dan mendebarkan meskipun agak lama. Seperti biasa cerita kartun/animasi pastilah 'happy ending' kan.. kan.. kan...

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Nak sgt tengok crita nih.....hujung minggu ni lah...

Cheers!!!!!!!!!!!

JaseMario said...

Tengok jangan tak tgk Dayat !!! Jangan lupa support Filem Malaysia.