Wednesday, March 4, 2009

Malam Sinar Maulidur Rasul






Malam Sinar Maulidur Rasul kali terakhir di pentaskan saya kira 2 atau 3 tahun lalu. Masih menampilkan bintang-bintang yang hampir sama seperti Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Mawi dan Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah. Amy Search dan Ustaz Akhil Hayy menambahkan seri persembahan untuk kali ini. Program yang di taja oleh TM kali ini lebih besar kerana sejak jam 10.00 pagi Karnival telah dimulakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam yang menawarkan beraneka jenis barang. Untuk tiket pula, penonton diperlukan untuk membeli kad iTalk samada RM10, RM 30 ataupun RM 50. Bergantung di kerusi mana kita ingin menonton persembahan.

Persembahan kali ini di mulakan agak lambat. Mungkin sekitar jam 9.30 malam. Alhamdulillah juga. Kerana kami juga tiba agak lambat kerana perlu 'menyelamatkan' Cikgu Jah yang sesat entah ke mana di sekitar Shah Alam. Di tambah pula dengan hujan yang mulai turun di sebelah petang. Dan lebih membebankan, di Stadium Shah Alam berlangsung pula pertandingan bola Sepak Liga Super (kalau tak silap saya lah) di antara Selangor menentang Kelantan.

Persembahan juga tidak menggunakan Pengacara. Pengacara cuma mengendalikan segmen formal majlis perasmian dan sumbangan untuk Tabung Bersamamu. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Dr Mashitah. Persembahan seterusnya cuma di selang selikan oleh monolog yang penuh syahdu oleh Dato' Siti Nur Bahyah. Sudah tentu membicarakan soal Sirah Rasulullah s.a.w.

Mawi menyampaikan dua buah lagu. Al Jannah yang kedengaran lebih merdu dan berduet dengan Rabbani melalui lagu Saksi. Datuk Siti juga menyampaikan lagu merdu yang saya tidak tahu judulnya. Mungkin juga lagu Indonesia. Ustaz Akhil menyampaikan lagu Inggeris. Hmm... yang saya agak keliru kenapa Amy Search menyanyikan lagu Tiada Lagi? Seperti janggal pula bunyinya. Liriknya sperti tidak selari dengan konsep Persembahan sempena Maulidur Rasul. Rabbani sudah tentulah menyampaikan banyak lagu merdu. Selain dari berduet dengan semua artis. Termasuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur dengan Amy Search. Di akhir persembahan, semua artis dibenarkan menyampaikan ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul. Saya kira TV3 akan menayangkan konsert ini di layar kaca sempena sambutan Maulidur Rasul nanti.

Persembahan tamat lebih kurang jam 11.15 malam. Di belakang pentas? Nanti-nantilah...