Saturday, March 7, 2009

Mampukah 7 dibalas 7?



(1) Terima Kasih kepada Oza yang telah memanjangkan jemputan kepada saya dan Lisa untuk menonton 7 Pounds pada 17 Februari 2009 yang lalu di Cineleasure, Mutiara Damansara. Terima Kasih Daun keladi, Kalau Ada Jemputlah Lagi..

(2) Will Smith muncul di layar perak untuk satu lagi watak yang bakal membolehkan beliau di calonkan untuk Anugerah Academy (Oscar) tahun hadapan, saya kira kerana rasanya filem di mula di tayangkan di Amerika Utara selepas tarikh penayangan untuk Calon Oscar tahun ini ditutup.

(3) 7 Kemusnahan dibalas dengan 7 kehidupan baru (7 pouns of flesh for 7 lives?).

(4) 2 tahun yang lalu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dengan kemalangan di sebabkan beliau sedang leka menggunakan telefon bimbit beliau. Kecelakaan itu telah menyebabkan 7 kematian termasuk tunang beliau – Sarah Jensen. Setahun selepas kemalangan tersebut di mana beliau juga telah berhenti kerja sebagai Jurutera Penerbangan, Tim telah menderma ‘lung lobe' kepada adik beliau Ben (pekerja IRS). 6 bulan kemudian beliau menderma pula sebahagian daripada hati beliau kepada seorang pekerja pusat kebajikan kanak-kanak bernama Holly. Beliau meneruskan 'kembara murni' beliau dengan menderma buah pinggang beliau kepada George seorang jurulatih hoki skuad remaja. Tidak cukup setakat itu sahaja, kemudian beliau menderma pula sumsum tulang kepada seorang pesakit kanak-kanak kulit hitam yang memerlukan sumsum tulang bernama Nicholas.

(5) 2 minggu sebelum membunuh diri, beliau telah menghubungi Holly semula untuk mendapatkan maklumat tentang siapa lagi yang memerlukan pertolongan. Holly mencadangkan Connie Tepos yang tinggal bersama teman lelakinya yang suka mendera bersama 2 orang anak mereka. Dalam masa yang sama, Tim telah berpindah ke sebuah motel murahan untuk tinggal bersama dengan haiwan peliharaan beliau – Jelly Fish. Satu malam, selepas dipukul kekasih, Connie menelefon Tim meminta bantuan. Tim memberikan Connie kereta dan mengarahkan Connie memulakan kehidupan baru di rumah tepian pantai beliau.

(6) Kini Tim hidup dengan identiti adiknya Ben sebagai pekerja IRS. Lantaran itu beliau telah mencari 2 penerima terakhir iaitu Ezra Turner, seorang penjual daging yang buta yang suka bermain piano. Kemidian beliau menghubungi pula Emily Posa seorang peniaga kecil-kecilan yang mencetak kad jemputan dari rumah menggunakan mesin percetakan klasik – Heidelberg. Seperti yang dijangka beliau jatuh cinta dengan Emily. Adik Tim berjaya menjejaki Tim dan meminta semula Kad IRS beliau. Tim menghabiskan malam-malam indah bersama Emily dan kemudian pulang ke motel. Beliau memasukkan ketulan ais di dalam 'bathtub'. Kemudian melabuhkan dirinya pula dan akhir sekali melepaskan 'jellyfish' untuk ke dalam 'bathtub' dan membunuh diri. Kawan baik beliau sejak kecil, Dan menjadi peguam bagi memastikan Ezra mendapat sepasang mata baru untuk melihat dunia dan Emily mendapat jantung beliau untuk meneruskan kehidupan. Akhirnya Emily dan Ezra bertemu dan mensyukuri atas kehidupan baru.

(7) Sebuah melodrama yang mendebarkan dan amat ‘tense’ sekurang-kurangnya 30 minit awal. Tambah-tambah lagi bagi saya yang menonton tanpa membaca sinopsis lebih awal. Namun dari sudut moralnya saya masih kurang bersetuju yang membunuh diri adalah jalan penyelesaian meskipun untuk tujuan yang mulia. Ini mungkin kisah tentang seseorang yang tidak dapat memaafkan dirinya atas kesilapan lampau...



Nota Jase : Saya sebenarnya sedang berada di kampung sekarang - bercuti sempena Maulidur Rasul. Ini merupakan entry yang telah tertangguh lama. Situasinya sekarang; saya sedang menunggu Angah untuk pulang dari gotong royong di sekolah beliau. Mengikut rencananya, Angah, Lisa dan saya akan ke Gunung Kriang lewat tengah hari ini. Ceritanya? Tunggu saja di entry akan datang.

No comments: