Konsert Fantasia Mawi 2006…. Silky for Man… Apa yang mampu aku katakan. Setelah lama tidak menyaksikan Konsert ‘Live’ oleh Mawi dalam skala besar. (Seingat aku kali terakhir mungkin Bulan April tahun ini semasa rakaman DSS Mawi untuk siaran Hari Raya Haji di Studio 1 Astro). Tentulah terubat rindu akan kelunakan suara beliau dan keceriaan keletah Mawi melayan para peminat biasa, fanatik & lunatik… ahaks. Jangan marah yek….
Mawi membuka tirai persembahan dengan lagu Aduh Saliha… pilihan lagu yang baik sebenarnya untuk mengimbau kita kepada nostalgia setahun lalu ketika Mawi dinobatkan sebagai Juara AF3. Tata-busana Mawi juga begitu gah dan ‘smart’. Mawi yang tinggi lampai sememangnya bergaya dengan suit ala-ala Jaharawal Nehru (mungkin ada kesalahan ejaan). Siapa Jaharahwal Nehru? Hmm.. bekas PM India lah…, bapa kepada Mendiang Indira Gandhi. Jadi apa yang kurangnya dengan lagu pembukaan Mawi? Suara OK, Lagu ini memang menarik para penonton untuk terus melekat samada di kaca TV ataupun stadium, yang kurangnya ialah kerana kareografer tarian dan props yang digunakan seperti diulang-ulang daripada persembahan-persembahan Mawi yang lalu… Kalau tak percaya sila ‘rewind’ minda anda.
Lagu Kian menyusul di mana Mawi mengajak para penonton ikut menyanyi… kemudian Mawi bergerak ke ‘collapsible stage’ di mana para penonton ‘diarahkan’ berdiri. Ketika Mawi menyampaikan lagu nasyid beliau, di sambung pula dengan pewrsembahan Raihan yang kini bergerak tanpa Nazrey Johani. Hmmm… kenapa tidak pula dibenarkan berdiri sepanjang Konsert berlangsung seperti Konsert Aura Mobile atau DSS? Kan lagi ‘happening’? Oohh… mungkin sebab ada warga emas & ibu-bapa yang membawa bayi? Mungkin juga yaaa….. (Patutnya warga emas & mereka yang membawa bayi tidak dibenarkan masuk ke dalam arena, barulah kita boleh buat ‘Rusuhan Muzik’ mengikut kata M Nasir)
Ramai juga jemputan… Salima dan Mawi berduet lagu Arab… Lagu Amir Diab rasanya? Rasanyalah… Tapi memang sedap di dengar… Kedua-dua Mawi dan Salima ternyata amat sesuai menyanyikan lagu berirama padang pasir. Ada juga pemenang tempat ketiga AF4, siapa lagi kalau bukan Farhan. Kenapa bukan Lotter (pemenang kedua AF4) atau Faizal (Juara AF4)? Jawapan yang paling diplomatik yang aku terfikir ialah untuk memenuhi kuarta jemputan penyanyi wanita. Jika tidak tentu konsert ini dipenuhi oleh penyanyi lelaki sahaja… Farhan dan Mawi berduet lagu Inggeris (Fly Me To The Moon kot)… (@ Jawerld… mengikut istilah Mawi) adalah sedikit kekurangan yang jelas…. Kemudian Farhan mendendangkan single pertama beliau yang entah bila akan dipasarkan… ‘Aku Saja Yang Tahu’.
Kejutan… atau kezutan. Memang aku sudah nampak Datuk Zam ada. Sejak awal lagi. (Blogger Glamer dah tentulah nampak sebab beliau ada hubungan istimewa dengan orang kuat Datuk Zam… “ampuuunnnn”) Cuma ingatkan Datuk Zam pun minat Mawi… rupa-rupanya untuk menyampaikan Medalion Mawi dan pelancaran lagu Patriotik , ‘Janji Kita’ (yang Mawi telah dendangkan semasa Konsert Mega Merdeka yang lalu di TV1). Penyerahan medalion ini menjadikan Mawi artis pertama di Malaysia yang dianugerahkan dengan anugerah ini. Memang Hebat Mawi nii…
Jamal Abdillah… menyampaikan lagu Seroja? Kenapa? Adakah beliau masih nak membuktikan yang versi Jamal lebih enak di dengar dari versi Mawi semasa final AF3? Ahaks… atau beliau dalam proses untuk mendendangkan lebih banyak lagu yang bermakna dan bukan cinta murahan? Hmm… Masih banyak lagi lagu dalam album Aku penghibur kan? Jamal berduet dengan Mawi dua kali untuk Gadis Melayu & Terharu (dari album Raja Pop Volume 2). Jamal muncul dua laki, kali kedua, Jamal di dera oleh Mawi untuk menari.
Yang ditunggu…. Juga… Sifu M. Nasir, Mawi buat gimik mengatakan yang M Nasir tiada. Tetapi, ‘clue’ telah kelas… jika ada guitaris Lan, sudah tentu M Nasir akan ada… Sifu mendendangkan lagu Sang Pencinta yang belum ‘radio friendly’ lagi… kemudian, Juita Citra Terindah…. Yang ni OK. Sifu memang bijak menarik penonton… sebelum tuu… jika masih ingat sesi jamming M Nasir – Mawi – Lan… yang semi ntahapaapantah… ahaks. Ok juga for ‘killing time’.
Lagu Penutup…. Ghazal Untuk Rabiah… setelah ada sedikit gangguan terutama dari segi kesediaan mawi untuk berbual nampak seperti ‘unplanned’. Lagu Penutup yang hebat, tapi lebih hebat jika cuma Mawi sahaja yang menyanyikan lagu penutup… kan konsert Mawi?
Aku menantikan Mawi menyanyikan lagu “Cinta Hakiki” sudah tentu hampa… Walau bagimanapun, Konsert ini memang menghiburkan. Penonton juga ramai, malah lebig ramai dari AF4. Tak caya…? Tanyalah mereka yang hadir dalam dua-dua konsert.
Nota Kaki :
1) Maka tamatlah Marathon Seni aku selama 7 malam berturut-turut.
2) Lepas Konsert sempat 'supper' dengan niezam_phg, ahaks... banyak jugak cerita keluar, ye lah kau tuu blogger yang ada aura, dah 38, 000 ++ pengunjung.
3 comments:
erkk ada pembetulan sikit..bukan 38 000 tapi dah 52 000...aper pun..selamat memblog...kalau boleh tambahkan puitis sikit kat karangan ko yu yer..ala ko kan suka sastera benda benda nie,,jadi awak kena move,,awak jgn fragile..kena gunakan segala ruang yang ada...dan lagi satu..aper pun takdir awak selepas ni saya harap awak berjaya....eh aper aku mengarut macam adlin aman ramli nie...nampaknya demam af aku tak sembuh lagiiiiiii..hahahahah
En niezam_phg : Terima Kasih atas kritikan berbaur AF tersebut. InsyaAllah akan ku kotakan harapan; kugapaikan impian. Agar semua sirna hilang bersama rintihan semalam. Lantas mentaripun memancarkan sinar agar dinihariku indah, seindah camar yang pulang...
alahai syahdunyer komen balas ittew.tapi aku suka.hehe
Post a Comment