Tuesday, August 1, 2006

Marathon Seni (1) : Malam Ekspresi... Kezaliman Yang Direstui

Visual yang menghiasi pentas Auditorium P Ramlee melambangkan darah para penduduk Qana, Selatan Lubnan yang mengalir tanpa henti akibat bedilan peluru tak bermata Rejim Zionis Tel Aviv. Siapakah yang merestui tindakan zalim ini?

Pintu masuk Auditorium P Ramlee; seakan menggamit satu perasaan nyilu yang amat perit seperti diulit sembilu. Wajahku tersenyum di dalam gundah.


Haliza Misbun yang ditugaskan sebagai pengacara yang membaca prolog trajis antara segmen-segmen puisi. Bahasa yang digunakan oleh Siso, menambahkan lagi keperitan yang terpendam. Berat mata memandang di kaca TV, berat telinga mendengar di corong radio, berat hati terusik apabila membaca di dada akhbar pastinnya berat lagi siksa yang ditanggung oleh penduduk awam Qana & Gaza dek kekejaman Israel !!!


Zubir Ali, bukan nama asing dalam pentas puisi. Tentu kita masih ingat lagi bagai mana janggalnya intepretasi Velvet AF4 terhadap lagu Penantian - Kumpulan Harmoni. 'Sasau' jadinya. Lagu yang sepatutnya dinyanyikan dengan penuh rayuan mendayu, mengharap, dan menyiksakan dinyanyi dengan begitu lantang dan nyaring persis PHSM. Sempat juga aku berbual pendek dengan Uncle Zubir; antaranya bertanyakan tentang album baru beliau (kini dipasaran), bila akan terbitnya album Kompilasi Kumpulan Harmoni dan kekecewaanku tentang tercicirnya Lagu "Tanah Air" (adaptasi dari puisi Usman Awang) di dalam kompilasi yang terdahulu (bersama Sohaimi Mior Hassan).

Ras Adiba Radzi. Tahniah Ras kerana dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Belia 2006 baru-baru ini bagi kategori OKU. Usaha gigih beliau memang patut dihargai dan disanjungi. Puisi Ras memang menusuk kalbu. Bila lagi agaknya Ras akan melahirkan album puisi beliau yang kedua?


Utaya Sankar SB. Aku cuma mengenali namanya sahaja (terutama melalui hasilan prosa beliau)sebelum ini. Seorang yang amat fasih berbahasa melayu dan arif soal linguistik bahasa dan sastera melayu juga. "Dah jadi Personaliti TV sekarang?" Sapa ku. Dengan rendah diri, Utaya mengatakan beliau cuma membaca keratan akhbar di SPM, TV1... ahaks.

Rasanya malam ini aku seperti ingin kembali kepada fitrah, ya fitrah (maksudku kembali ke alam puisi yang aku minati). Aku masih ingat sewaktu usia awal remajaku, bila mula melangkah ke sekolah menengah aku begitu meminati bidang penulisan. Bukan sedikit hadiah yang aku menangi, bukan juga sedikit puisiku menghiasi dada penerbitan. Namun keterbatasan waktu dalam mengejar cita-cita membuat minatku yang asal ini untuk menjadi seorang penulis seakan terkubur begitu sahaja melewati masa. Meningkat dewasa, cabaran kehidupan dan juga tuntutan pendidikan memaksa aku untuk membuat pilihan. Implikasinya, aku tewas akan minatku sendiri lantas terkubur segala cita-cita penulisanku. Akhirnya berbekal ijazah Sumber Asli, aku melewati hari-hariku dengan tugas sekarang. Apabila dunia hiburan dilanda gelombang tsumawi, aku tewas lagi... Mengikut arus dalam mengkagumi seorang insan seni. Lantaran itu hampir setahun aku persis menawan waktu untuk mengukiti setiap perkembangan seni ini. Terbantut lagi minat asalku... Sewaktu membelek akhbar Sabtu lalu, sekilas aku terbaca akan satu program 45 minit yang bakal dianjurkan oleh RTM pada 31 Julai 2006 di Auditorium P. Ramlee - Malam Ekspresi... Kezaliman Yang Direstui. Bakal membicarakan tentang kezaliman satu bangsa terhadap bangsa yang lain. "Hati pastinya tersentuh, perasaan amarah juga pasti mendidih, membuak"
Seperti bermain dalam kotak fikiran, aku mesti hadir. Inilah makanan rohaniku setelah sekian lama aku tinggalkan. Ya... Puisi. Deklamasi Puisi mengecam tindakan ketidakperikemanusiaan Rejim Zionis Tel Aviv terhadap penduduk awam yang tidak berdosa di Gaza & Qana, Selatan Lubnan. Bagi aku, ini bukan agenda politik tetapi adalah agenda pemusnahan dan penghancuran terhadap agama Islam oleh puak zionis dan konco-konconya!!! Sudah lama rasanya aku menjauhkan diri dari puisi, andai diberi pena untuk menulis puisi tika inipun aku aku terpaksa lemparkan pena tersebut lantaran sungai cetusan tidak mungkin muncul-muncul !!!
Aku tiba agak lewat di Angkasapuri, selain daripada tersalah masuk Auditorium. Aku ingatkan program tersebut di Auditorium Perdana, rupa-rupanya di Auditorium P Ramlee (yang cuma bersebelah da banguna yang sama - cuma lebih kecil). Kawalan yang agak ketat dan tempat duduk yang hampir penuh memnambahkan lagi kesengsaraan untuk menikmati malam ini. Ketika aku sampai, Utaya Sankar SB baru tamat mendeklamasikan sajak beliau diikuti lagu puisi dengan Lagu Puisi Taman Kami yang begitu syahdu. Nyatanya prostes secara aman melalui mata pena yang diekspreskan memalui puisi sudahpun bermula....
Ras Adiba Radzi meneruskan semarak gelanggang dengan puisi Aku Ingin Berlari ke Padang Itu. Puisi yang begitu menyayatkan hati. Bukan Disneyland yang dipinta oleh kanak-kank Qana & gaza, cukuplah padang hijau yang tidak dihujani ledakan bom dan mortar. Meskipun begitu terdapat kecacatan dengan persembahan ini kerana hampi 70 % daripada puisi tersebut tidak dapat dinikmati akibat gangguan sistem audio yang amat lemah.
Kumpulan Kasturi melebarkan perotes dengan sajak Berikan Aku Bunga Zaiton Itu. Melankolik dan mengguriskan. Bait-bait rangkap puisi mengungkaikan seribu kepedihan yang tak mampu difikirkan...
"Peristiwa Hitam 17 September, telah menjadi bukti.... sempurnalah kekejaman, satu bangsa yang sombong dan hina..." Antara bait-bait lagu puisi Balada Seorang Gadis Kecil, yang sentiasa berlegar-legar difikiranku... ya... "Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba... Kerana tuhan mengasihi dia..." Begitulah syahdunya lagu puisi dendangan Zubir Ali.
Kemudian Kak Yah (Fauziah Nawi) mengambil giliran mendekalamasikan sajak Surat Untuk Ibu, hampir bergenang air mata para penonton. Kak Yah memang hebat bermain dengan emosi. Ditambah dengan visual yang dipaparkan, persis kita turut sama di bumi Lubnan...
Datuk Azimi Daim dengan Quayadis Globalisasi; mengakhiri bicara dengan " Ibu aku melutut di hadapanmu, ku mohon maaf, kerana tidak mendengar katamu.."
Ufuk Nurani nyanyian Papa Rock - Ramli Sarip menginsafkan aku. Katanya, Yang Zalim pasti akan mendapat balasan, kalau bukan hari ini, esok... pasti akan dibalas. Atas ketidaksabaran yang wujud dalam diri, aku selalu bertanya... tetapi bila? Bilakah Rejim Zionis dan Dujana Amerika akan dibalas?
Seakan ingin terbang ke Beirut, sajak Wan Hanafi Su - Lubnan dan Kemusnahan Peradaban Dunia.... menaikan kembali semangat setelah dibuai melankolik yang penuh kesedihan. Untuk bangkit, untuk berjuang... kita semua terpaksa akur akan Suara Kofi Annan tidak masuk ke telingan bajingan Zionis dan konco-konconya. Apakah yang mampu kita lakukan?
Pengacaraan oleh Haliza Misbun dijalankan dengan begitu puitis dengan teks yang ditulis oleh Siso... aku amat tertarik dengan bait-bait, "kau mampu bunuh aku, tapi akan bangkit 1000 lagi pejuang seperti aku", InsyaAllah.
Dekon Kurma Berbuah Peluru adalah sembang antara anak, abang, ibu yang kehilangan suami/ayah dan adik bongsu. Kehilangan mereka yang dikasihi akibat perang... adalah begitu menyakitkan, memeritkan. Jika buah kurma itu menjadi peluru... akan aku gunakan senapang ayah untuk menuntut bela kematianmu, biar aku tunggu ayah di pintu syurga...
Langit Semakin Runtuh oleh Kopratasa memambahkan lagi siksaku melihat kekejaman yang berlaku du bumi para ambia' ini....
Ramai juga penggiat seni yang hadir; yang sempat aku nampak kelibat mereka ialah Abang Long Norman KRU, Erma Fatima, Farith Ismet, Lim Swee Tin, para pelajar Akademi seni & Lim Fhen Fhen. Sementara VIP pula terdiri dari Datuk Zam, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil & Setiusaha Pertama Kedutaan Lubnan di Malaysia.
Teringat aku pula akan lagu Allahyarham Sudirman - Warisan; " Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berkorban, walau dengan cara sendiri, demi cinta ini...". Jika ada sesuatu, akan aku jadikan sesuatu itu, agar sesuatu itu bisa mendamaikan sekelian alam...

1 comment:

Anonymous said...

Ruginya saya zaman tu tak ada kamera digital macam zaman sekarang.. kenangan saya buat persembahan kurma berbuah peluru tak sempat saya rekodkan malah tiada dalam simpanan. Kalau tak silap saya senior saya yang melakukan persembahan bersama saya pada malam itu kini dah bergelar Dr. Mardiana dan skrg menjadi pensyarah di UPSI